Mak suruh masuk Universiti, cikgu juga mendesak, kawan-kawan terlalu mempengaruhi. Kengkadang serabut kepala membuat pilihan. Masing-masing memomokkan kita dengan mitos “tak ada ijazah tak boleh hidup”. Mungkin juga kita sudah terperangkap dengan kelulusan akademik untuk menentukan hidup.
Belajar tinggi-tinggi itu bagus, ada PHD juga bagus. Memang hidup ini memerlukan kita belajar sepanjang hayat. Ijazah adalah satu nilai tambah untuk diri kita. Terlalu ramai orang di luar sana yang belajar tinggi-tinggi tapi mereka bekerja tak ikut apa bidang yang mereka belajar.
Bagi saya, usahlah terlalu berharap dengan sekeping ijazah tersebut. Jangan terlalu beriman dengan sekeping ijazah. Kelak kita akan menyesal. Jangan disebabkan sekeping kertas itu kita bunuh potensi diri. Kita sanggup berhabis duit menjaja ijazah merata tempat semata-mata nak mendapatkan kerja. Sebelum habis beribu-ribu ringgit baik kita kenali potensi diri.
Potensi yang ada dalam diri kita adalah anugerah semulajadi dari Allah. Itu lebih berharga dari sekeping ijazah. Tak salah lepas habis belajar terus mulakan perniagaan berdasarkan apa yang kita minat. Buat kerja berdasarkan apa yang kita suka. Anugerah itu sesuatu yang tak sia-sia. Kalau Allah dah kurniakan sesuatu kelebihan, maknanya ada la tujuannya tu.
Untuk adik-adik yang masih terkejut dapat masuk universiti, cuba ambik ini sebagai pembuka minda. Gunakan masa dalam kampus sebaiknya. Belajar ni bukan hanya untuk periksa semata-mata, tapi belajar untuk menjadi manusia yang berguna kepada Agama, bangsa dan masyarakat. Tak guna ada ijazah dengan pointer yang baik tapi tak berguna kepada masyarakat.
Amar says
Tanya diri sendiri nak jadi apa? Kalau nak jadi jurutera, doktor, pendakwa raya, mejistret, atau
Mak lagenda says
Slm cikgu..t.kasih sbb masih sudi bertandang menjenguk ke blog mak…:) lama beraksi di medium nih. Canggung gak rasa
Btw, secara mata kasar, ijazah tu memang lah penting di zaman skrg, tp sepenting2 ijazah tu..penting lg nilai2 yg kita x blh nmpk dgn mata.
Kegigihan, kuat berusaha, berttggjwp, berbudi bahasa takde dlm ijazah. Semua nilai2 ni perlu ada selari dgn nilai ijazah tu sendiri. Baru la ijazah tu ‘bernilai’ tinggi
KHAIRUL AMRAN says
Walm mak,
Nilai tu yg patut dicari waktu belajar. Tak kiralah apa ijazahnya. Bila dah grad, ijazah +nilai yg terbaik hasil dari belajar kat universiti tu yg kita akan bawa mengadap bakal majikan.
ohcikgu says
ada ijazah atau diploma bukan satu kewajiban.
kalau ada ijazah, lagi bagus.
Peluang kerja lebih meluas.
KHAIRUL AMRAN says
Zaman ni ijazah tu dah macam tangkal. Memasing sangat percaya takde ijazah = takde keja.
Faizal Fredley says
tapi x salah kan utk bangga dgn diri sendiri selepas 4 tahun penat lelah utk mendapatkan ijazah….cuma rezeki ada di mana-mana…x semestinya x der ijazah x leh berjaya. dan x semestinya ada ijazah kita boleh berjaya dgn mudah….
KHAIRUL AMRAN says
Tak salah eh.. Lagi terbaik guna potensi diri +ijazah utk dapat kerja yg terbaik
TehR says
bab ni aku setuju sangat
belajar untuk cari ilmu jadi pandai jadi orang berguna
bukan semata-mata untuk dapat ijazah
Azeni Ahmad says
As salam…
Masyarakat kita telah terikat dengan persepsi bila ada ijazah confirm hidup akan sempurna, berjaya..
Padahal tak nampak pun potensi diri kat mana..
Sebab tue kadang2 terasa pergi keja contohnya sebagai engineer tapi feel ataupun kepuasan tiada dalam buat kerja…
tapi boleh mencari kepuasan dengan cara yang lain-lain jugak..
bdw jangan beriman dengan sekeping ijazah…
Hehe