Situasi 1 : “Aku dah study sungguh-sungguh, tapi keputusan exam aku cuma cukup-cukup makan je”
Situasi 2 : “Walaupun aku tak study, tengoklah keputusan aku memang terbaik la.”
Pernah tak dengar dialog macam tu? Antara kedua-dua situasi tersebut mana agaknya yang lebih baik? Usaha dan gagal atau tak usaha tapi berjaya?
Dari segi motivasinya, situasi 1 tu lebih baik. Tetapi adakah kita masih mengharapkan kepada nasib?
Sebelum tu cuba lihat difinisi usaha dan nasib. Usaha ialah satu perbuatan bagi mencapai satu kejayaan samada secara betul atau salah. Nasib pulak ialah bukan tindakan atau perbuatan, hanya menunggu sesuatu kejayaan tanpa berbuat apa-apa.
Adakah dengan berusaha kita akan berjaya? Biasanya orang yang berusaha akan berjaya. Contohnya, kalau anda nak makan nasi dan berusaha menyuap menggunakan tangan. Dengan usaha anda itu, sepanjang anda makan menggunakan tangan adakah pernah tak masuk dalam mulut? Mungkin ada sekali dua. Itu pun masa makan anda diganggu atau masa tengah mamai.
Berbeza dengan orang yang cuma mengharapkan nasib. Duduk diam depan pinggan dan mengharapkan nasi itu masuk mulut sendiri. Kalau nasib baik nasi itu masuk mulut sendiri. Bolehkah macam tu? Boleh kalau anda orang yang ternama, orang glamour dan ada orang baik hati menyuapkan nasi ke mulut anda. Kalau setakat kita ni orang biasa, jangan harap la ada orang yang nak tolong suapkan.
Kadang-kadang kita sudah berusaha sedaya upaya. Tapi kejayaan tak berpihak kepada kita. Janganlah risau dan berputus asa. Selalunya orang yang berusaha akan mendapat nasib yang baik. Jarang-jarang jumpa orang yang nasibnya baik tanpa usaha. Berusaha untuk mendapatkan nasib yang baik itu sebaiknya.
p/s: Sekadar menyampaikan apa yang didengar di radio pagi tadi.
b3njy says
Selalu juga dengar dialog no 1 tu …. dan banyak juga dengar dialog no 2 …
Cikgu Hairul says
Dua-dua dialog tu memang biasa. Lagi2 kat sekolah. Antara sesama pelajar.
suri says
curi2 dengar yer..
b3njy says
Janganlah kita selalu mengharapkan nasib sebab ia hanya datang mungkin 1 dalam sejuta sahaja, tetapi berusahalah untuk mendapatkan kejayaan.
Cikgu Hairul says
Nasib yang baik kena diusahakan. Kalau menunggu nasib baik datang, nasib tak baik… tak baik jadinya.. Pening ngan ayat sendiri.
b3njy says
Tetapi kalau selalu dapat nasib yang baik setiap hari best jugakan … nampak gayanya tak payah kerjalah macam tu … magik…magik… 😀
suri says
eh mana blh bgtu benjy hee…nk jadi mat jenin yer
suri says
tak kisah apa jadi usaha smpi berjaya. klu tak jumpa kegagalan cam ner nak temu berjaya hee
Cikgu Hairul says
semangat waja cik suri ye.. hehehe
titan says
usaha dan teruskan berusaha. 🙂
Cikgu Hairul says
Usaha tapi kalau nasib tak baik yang kunjung tiba, kita akan lebih rasa redho.
chii says
kadang2 x semua yg da berusaha tu akan bernasib baik =)
tp nk harap nasib..seperti berserah je..susah gak kan
Cikgu Hairul says
Dan sudah semestinya ikut logik akal, yang tak berusaha itu tak bernasib baik.
ohcikgu says
orang kita ni, memang malas berusaha. Bila gagal, nasib disalahkan, tuah disalahkan..
Cikgu Hairul says
Nak menjadikan rajin berusaha tu satu cabaran kan cikgu. Kalau tak kesian dengan Nasib dan Tuah. Sering saja dipersalahkan.
kodinz says
dialog no. 2 tu boleh buat orang yg dalam dialog no.1 tensen. tambah2 lagi bila kena provoke ntuk stop berusaha dan harap pada nasib ja.
tensen woo bila member datang ckp “jom la lepak2 layan game. study banyak2 pon bukan leh score” sedangkan korang ada exam esok lusa.
Cikgu Hairul says
Kena buat pekak la jawabnya. Kalautak kena repeat paper. Sapa susah?
Achik Ezz says
Lagi kureng kalo ayatnya..”ala,ikut nasibla..kalo ada kita dapat”..semua nk ikut nasib.sejak bila nasib jd leader kita?sebaliknya kita yang kene tentukan nasib kita sendiri..Firman Allah juga menyatakan bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kalau kaum itu tidak berusaha untuk mengubahnya..so,berusaha lah kita untuk sesuatu yang lebih baik,moga Allah mudahkan urusan kita.
Cikgu Hairul says
Nasib pun boleh diubah. Yang tak boleh diubah siang dan malam je.