Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Virus Menyerang Hati

Virus Menyerang Hati

27 December 2013 by admin

Kita heboh memperkata kenaikkan harga barangan keperluan tanpa kawalan. Cuba teliti, adakah itu benar-benar barang keperluan? Okeh.. tak apa, kita tinggalkan langau-langau yang berbunyi. Pekakkan telinga sekejap. Duduk diam-diam dan muhasabah diri.

Bila terjadinya sesuatu musibah, itu memang Allah nak tujukan untuk kita. Tanpa tersasar dari target. Jadi, dengan muhasabah diri diharap kita tahu apa salah kita, apa yang perlu kita buat dan tidak menyalahkan orang lain,  malah tidak pula menyalahkan ketentuan Allah.

bantahan harga naik?
bantahan harga naik?

Dalam dok fikir-fikir tu, cuba ambik nasihat orang. Hahaha.. bab nasihat ni tak ramai yang boleh terima. Masing-masing rasa betul. Tak hirau apa orang cakap walaupun betul. Sifat manusia semacam ni dah sah-sah terkena jangkitan virus. Virus yang telah menyerang hati. Apa jenis virus aku pun tak tahu la. Mungkin Dr dan Profesor bertauliah boleh buat sedikit kajian.

Kenapa aku cakap ramai manusia telah diserang hatinya oleh virus? Sebab hati yang kena serang virus akan sakit. Seketul daging tu kalau sakit, maka rosaklah seluruh tubuhnya. Tengok je la kanan-kiri kita. Tak payah pegi jauh-jauh sampai ke Kemboja dan Vietnam. Cukup dalam rumah kita.

Terlalu banyak hati-hati yang dah sakit tenat. Akibatnya otak juga tak mampu berfikiran waras. Mulut tak mampu menahan dari berkata-kata yang kesat dan jijik. Tangan pula tak dapat dikawal dari menuliskan status yang bukan-bukan. Bukankah ini namanya hati yang sakit?

Baiklah. Parah tak parahnya hati sebahagian besar dari kita ni, bila orang cuba nak rawat pun dimaki hamun. Orang nak nasihat, bukan setakat taknak terima, malah dikutuk lagi sipemberi nasihat. Memang dah parah tahap kritikal.

Kenapa kita tak cuba nak melihat nasihat orang dari pelbagai sudut? Walaupun tak sependapat dengan kepala hotak kita, itu bukan bermakna dia salah dan kita betul. Bukan bermakna dia tak sependapat dengan majoriti, dia salah dan kita betul. Tapi mana-mana yang baik walaupun tak semestinya betul bagi kita, kita ambillah buat pengajaran.

Parah!

Hati yang dah terkena jangkitan virus ni sangat mudah menjangkiti orang lain. Akhirnya bila semua dah dijangkiti, tiada lagi umat manusia yang akan hidup di muka bumi ini. Masa itu, barulah kita rasa menyesal tidak menjaga hati dengan baik semasa kita masih hidup lagi.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. titan says

    27 December 2013 at 16:56

    payah bila dah kena penyakit hati nih..susah nak dibaiki.

    Reply
    • Amran says

      28 December 2013 at 06:31

      memang payah lagi2 kalau si berpenyakit tak mahu terima rawatan.

      Reply
  2. encikarman says

    27 December 2013 at 17:43

    susah nak ubat nih, ambil masa lama. kalau merajuk dgn couple lagi senang pujuk

    Reply
    • Amran says

      28 December 2013 at 06:35

      bergantung kepada diri pesakit juga. kalau dia taknak diubati, lama mana pun dia pasti menderita dengan penyakit tu. tak baik-baik pun. habisnya, berjangkit la kat semua.

      Reply
  3. Adam says

    27 December 2013 at 21:56

    Banyak virus bahaya ni. Pastikan antibodi kuat, takut ada yang ‘demam’.

    Reply
    • Amran says

      28 December 2013 at 06:37

      Kalau boleh elak, elaklah virus ni. Sekali terkena.. emmmm.. payah ni.

      Reply
  4. blogger lelaki says

    28 December 2013 at 13:29

    jagalah hati..kerana hati adalah raja

    Reply
  5. Amar says

    28 December 2013 at 22:02

    1. Dah bertahun-tahun tak install antivirus ni bro.
    2. Firewall 4 penjuru pun dah lama tak ambil peduli.
    3. Jalan dan duduk tak ikut Q memang camtulah hasilnya. Apa yang kita tanam itulah yang akan kita tuai.

    Reply
  6. muja says

    29 December 2013 at 02:00

    kena amik ubat virus hati nampaknya,, huhuu

    Reply
  7. ohcikgu says

    29 December 2013 at 08:41

    kat sekolah pun ada yang hasad dengki dan iri hati..inikan pula politik semasa. hehe..

    budak sekolah pun pandai da berpolitik dalam kelas.

    Reply
  8. Zufar says

    30 December 2013 at 00:05

    kos hidup makin tinggi…anak makin ramai..nasib baik bini sorang..kalau tak mmg bungkus den tahun depan.. 🙂

    Reply
  9. UpProfits says

    30 December 2013 at 02:02

    Kalau kita berada di Zone selesa..kita sukar menyelami apa yg mereka rasai..mereka kebanyakannya adalah rakyat marhaen golongan rendah dan pertengahan yang semakin tertekan dgn kos sara hidup yg semakin meningkat sedangkan golongan kaya dan berkuasa terus menekan golongan bawahan..mereka sepatutnya dibantu, bkn ditambah lg kesengsaraan mereka..

    Reply
  10. Hafizul says

    3 January 2014 at 03:56

    Buat tu tak kena..buat ni tak kena..susah-susah..hehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in