Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Wajarkah Dibenarkan Pengeluaran Wang KWSP Untuk Membayar Hutang Kad Kredit?

Wajarkah Dibenarkan Pengeluaran Wang KWSP Untuk Membayar Hutang Kad Kredit?

17 July 2013 by Cikgu Hairul

5620381089_6583eb2604.jpgAda cadangan dari orang tertentu supaya membenarkan pengeluaran wang KWSP untuk melangsaikan hutang kad kredit. Berita jam 7 pagi semalam cakap, kerajaan tak bersedia lagi nak bagi kebenaran.

Sebelum itu mari kita lihat apa tujuan simpanan KWSP tu.

KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai.

Menyediakan faedah persaraan maknanya untuk kita guna duit tu masa pencen nanti. Duit tu bukan untuk kita berfoya-foya semasa kita masih bekerja.

>>Bagaimana Menggunakan Kad Kredit Dengan Efektif<<

Mungkin ada yang kata, duit tu kan duit kita, kenapa kwsp nak halang daripada kita keluarkan untuk melangsaikan hutang? Itu sudah pasti ada yang bunyi. Namun apa yang perlu kita sedar ialah kwsp telah diamanahkan menjaga wang kita untuk persaraan. Tak kira la duit tu kita punya pun, selagi belum cukup waktu dan syaratnya tak boleh la keluarkan ikut suka.

Agaknya apalah harapan orang yang nak keluarkan sangat duit tu untuk bayar hutang kad kredit kan? Masa berhutang memang tak beringat. Bila dah diistihar muflis, mulalah meroyan. Oh iya.. kan ramai orang yang muflis di usia muda sekarang ni.

Memang la dari satu sudut, ada wajarnya hutang itu dibayar dengan duit kwsp. Tapi kebenaran itu akan menjadikan kita lebih suka guna kad kredit. Berbelanja sampai tak hengat dunia. Sebab dah tau duit dalam kwsp beratus ribu. Jadi ambik la peluang nak keluarkan. Kalau macam tu, tak payah la majikan susah payah potong duit kita. Gunakan je semua tu untuk berbelanja.

Apapun biarlah kerajaan buat penilaian dan keputusan yang bijak dalam menangani permintaan yang bukan-bukan ini. Silap perhitungan, ramai rakyat akan merempat dihujung usia.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. hatiputera says

    17 July 2013 at 08:10

    Kalau dibenarkan nanti ramai yang akan hilang duit kat kwsp sebelum persaraan. Adalah wajar tidak dibenarkan.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 July 2013 at 09:31

      Kerajaan perihatin akan masalah tu. Saya pernah menghadiri satu talk dari orang kwsp berkenaan duit kwsp selepas pencen ni. Terkejut juga bila pegawai tu kata duit yang kita keluarkan nanti tak sampai 2 tahun boleh habis. Itu yang tak dikeluarkan sejak kerja. Tapi bila boleh dikeluarkan untuk macam-macam perkara ni, tak tahu la berapa lama boleh bertahan.

      Reply
      • Zuan says

        18 July 2013 at 05:49

        ada dengar jugak pasal tu, sbrnya kita memang tak boleh bergantung sangat pada kwsp ni..

        Reply
  2. titan says

    17 July 2013 at 08:38

    boleh, tapi dengan jumlah tertentu.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 July 2013 at 09:11

      Satu cadangan yang baik. Macam juga pengeluaran menyelesaikan hutang rumah. Bukan semua, tapi jumlah atau peratusan tertentu je dibenarkan.

      Reply
  3. blackrosehunter says

    17 July 2013 at 12:27

    tidak wajar..sebabnya kalau dah boleh bayar macam tu..makin ramai la mohon kad kredit..makin ramai yang boros berbelanja..makin ramai yang berhutang..dan ramai la yang muflis nanti.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 July 2013 at 06:35

      Peluang untuk mereka nak keluar dari belenggu muflis. Guna kwsp untuk bayar.. Akhirnya bila pencen, yang tinggal cuma kad kredit je..

      Reply
  4. Zuan says

    17 July 2013 at 15:43

    kad kredit ni bukaan tak bagus, tapi sikap kita tu kadang tak bagus, nampk senang, guna tak ingat dunia..
    insha Allah saya akan cuba tak pakai kad kredit sebab saya tahu kadang kadang nafsu berbelanja kita boleh mengatasi akal

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 July 2013 at 06:38

      Sikap diri kita boleh kawal lagi. Tapi intrest kad kredit cuma bank boleh kawal.. Kalau kita dapat kawal kedua-duanya insyallah ada 5 kad kredit pun masih boleh manage. Tapi kalau takut dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai 🙂

      Reply
  5. Sya Isya says

    18 July 2013 at 00:03

    tak wajar pada pendapat Sya. sebab KWSP tu simpanan untuk hari tua, kalau takda KWSP tu, belum tentu bila dah tua nanti ada duit simpanan melainkan memang mengamalkan tabiat menyimpan. hutang kad kredit tu boleh dilangsaikan dengan pelbagai cara lain lagi.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 July 2013 at 06:40

      Ya… saya setuju. Bab pengeluaran kwsp tu seboleh-bolehnya cuma untuk pelaburan yang menguntungkan je. Kalau untuk selesaikan kad kredit, rasanya pinjaman peribadi lagi berbloi.

      Reply
  6. fyna says

    18 July 2013 at 10:13

    tengok juga kat tv pasal nih. fyna keluarkan kwsp untuk langsaikan hutang ptptn. alhamdulillah dah selesai.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 July 2013 at 10:29

      Hutang PTPTN takpe. Sebabnya duit PTPTN biasanya untuk peningkatan ilmu kita sendiri. Kalau kad kredit… paham2 je la.

      Reply
  7. onlajer says

    18 July 2013 at 10:23

    sekali lalu aku cakap tak wajar pasal duit kwsp tu untuk simpanan hari tua , lalu kedu kedua macam mana lah korang manage korang punya kad plastik ni ha sampai tak mampu nak bayar.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 July 2013 at 23:11

      Mungkin terdesak terguna terpakai.. tu yang tak ssedar terbankrup.

      Reply
  8. suri says

    18 July 2013 at 10:25

    tak boleh klu kata klr kan tu lama dari keluar sikit2 terus zero…sok dah pencen lagi susah tak der duit..anak2 skrg agak payah gak nak bg mak bapa duit bulan2 kalau ada yg bagi pun jarang2..

    patut pikir dulu masa nak buat pinjaman..jangan ikut suka dan seronok jer…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 July 2013 at 23:14

      Dah terjebak nak buat macam mana kan. Mungkin boleh dikeluarkan untuk yg dah berstatus bankrup 5-10 tahun dulu. Yang baru-baru tak payah la.

      Reply
  9. yusep sugianto says

    18 July 2013 at 10:29

    Saya rasa penggunaan kartu kredit harus digunakan sebijaksana mungkin, Jika pemerintah menyimpan uang untuk kita, sepertinya sudah sewajarya agar kita harus lebih bijaksana untuk tidak menggunakan uang tersebut untuk membayar utang.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 July 2013 at 23:27

      Saat sudah terdesak, macam-macam cara nak diguna untuk mengeluarkan wang. Walaupun tujuannya baik, tapi ia tetap lari dari tujuan asal penyimpanan wang tersebut.

      Reply
  10. fitria yunita says

    18 July 2013 at 10:30

    jangan gunakan uang investasi atau uang tabungan untuk membayar hutang. Ini dapat merugikan

    Reply
  11. kakiblog says

    18 July 2013 at 11:46

    saya rasa wajar sekali…lebih baik tiada wang daripada menanggung hutang.
    nanti dah mati roh akan tergantung jika hutang tak bayar…so bagus sangat tu.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 July 2013 at 23:29

      Biasanya hutang kad kredit bukan sampai ratus ribu kan.. saya pun kadang-kadang terfikir macam tu. keluakan setakat utk selesaikan hutang. lepastu pengeluaran hanya boleh dilakukan lepas pencen -mandatori..

      Reply
  12. Mus says

    18 July 2013 at 13:45

    bagi pendapat saya.. ianya tak wajar..
    dah tua nanti siapa nak tanggung?
    kalau ada sedikit simpanan KWSP syukurlah

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 July 2013 at 23:33

      Rasanya kalau dibenarkan keluar pun setakat selesai hutang. Takde la semua..
      Betul.. dah tua nanti, kita cuma mengharapkan anak-anak.. itu pun kalau anak-anak tak ada masalah keewangan macam kita. Kalau ada masalah, kita la menanggung diri sendiri. Sikit simpanan di kwsp, sikit la kita makan nanti.

      Reply
  13. Denaihati says

    18 July 2013 at 15:11

    kalau orang yang dah status bank bankrup/muflis, mungkin ok la. ada juga rasionalnya. peluang nak bersihkan nama. kalau hutang kredit kad biasa-biasa, silap2 lain jadinnya pulak.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      18 July 2013 at 23:36

      Cadangan masih diperhalusi. Kita serahkan pada yang pakar untuk buat keputusan.

      Reply
  14. anif says

    18 July 2013 at 18:37

    Kad kredit memang berguna.. dalam masa yang sama boleh jadi perangkap hutang. Berhati-hati menggunakannya.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      22 July 2013 at 10:19

      “Perangkap”. Memang selalu orang terperangkap. Selalu-selalulah ingat mengingati. Kita ni manusia yang selalu lupa.

      Reply
  15. encikarman says

    18 July 2013 at 23:28

    fuhhh.. kad kredit, takboleh hidup tanpanya, segala benda aku guna kad je dr isi minyak sampai le shopping kat tesco sbb aku boleh kumpul point. bulan lepas baru aku redeem point utk samsung galaxy s3 mini, berbaloi baloi

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      22 July 2013 at 10:22

      Yup.. salah satu cara nak berjimat jugak. Ada sesetengah kad kredit tu bagi rebat 2% untuk beli minyak. Cuma kita kena juga bajet la. Ujung bulan bayar full. Mesti berbaloi.

      Reply
  16. Fyzal says

    19 July 2013 at 11:11

    Saya cukup tak setuju kalau kwsp dikeluarkan untuk bayar hutang kad kredit. Kalau dimulakan akan encourage orang kita untuk lagi banyak berhutang kad kredit. tiada manfaat langsung hutang kad kredit. Cukuplah hutang kereta dengan hutang rumah. Taknak tambah hutang dah.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      22 July 2013 at 10:24

      Tetapkan pendirian bro. Telemarkerter dari bank giat mempromosi kad kredit ni habis-habisan.

      Reply
  17. daddydee says

    19 July 2013 at 12:48

    Memang baguslah tu…..sape punya idea?

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      22 July 2013 at 10:29

      “Someone”. Tengah dibincangkan di peringkat menteri.

      Reply
  18. encikarman says

    19 July 2013 at 17:26

    duit kwsp utk hari tua, terutamanya utk pekerja swasta

    Reply
  19. TehR says

    20 July 2013 at 00:42

    cadangan kurang molek ni
    aku tak setuju

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      22 July 2013 at 10:32

      Lawan tetap lawan. hehehe. Kalau ada kebaikkan, apa salahnya sekali-sekala menurut.

      Reply
  20. Amar says

    20 July 2013 at 13:05

    Ia suatu cadangan yang patut dipertimbangkan. Kalau pengeluaran wang KWSP digunakan untuk menyelesaikan hutang kad kredit, pencarum mesti bersetuju kad kredit itu dibatalkan selepas ia diselesaikan dan bersetuju dibatalkan kelayakannya untuk memohon kad kredit pada masa akan datang. Boleh hadkan jumlah wang KWSP yang dibenarkan untuk pengeluaran, dan boleh juga dihadkan untuk sekali pengeluaran sahaja. Apapun ia sangat bergantung kepada berapa teruk krisis ni. Kalau ramai yang muflis diusia muda, kira teruk lah tu. Boleh atau tidak tu satu persoalan, tapi yang lebih penting ialah mekanisma menyelesaian masalah.

    Reply
  21. Hafizul says

    20 July 2013 at 13:35

    Emm tak wajar rasanya..kalau bayar PTPTN ok gak..hehe..emm saya dah lama tak check kwsp ni..akaun mana ekk boleh keluarkan duit?

    Reply
  22. Obsolete Coin says

    21 July 2013 at 00:03

    Duit KWSP tu untuk simpanan dihari tua. Kalau dah balik-balik nak ambik untuk bayar macam-macam tu nanti habis pulak. Kalau ambik ada keuntungan rasanya tiada masalah kot.

    Reply
  23. topo says

    21 July 2013 at 02:14

    aku rasa kalau untuk elakkan muflis benda ni wajar.. tapi mungkin ada peratus atau bahagian tertentu jela

    Reply
  24. hafizrahim says

    21 July 2013 at 13:04

    kalau tanya aku, boleh dipertimbangkan sekiranya dah hampir nak diisytiharkan muflis..kalau tak, nanti ramai yang makin boros..alasannya, kwsp boleh cover

    Reply
  25. AUC says

    22 July 2013 at 13:35

    ada pro dan kontranya ni…

    Reply
  26. azman says

    5 December 2013 at 14:47

    bagi pendapat saya..akaun 2 kwsp sewajarnya dibenarkan pengeluarannya untuk membayar hutang kad kredit tetapi bersyarat..contohnya pada mereka yg telah diisytiharkan muflis..sebagaimana yang kita sedia maklum terlampau ramai muda mudi di Malaysia muflis disebabkan hutang kredit kad yg mempunyai interest yang tggi dan hidden charge. iya, memang akaun 2 hanya dibenarkan keluar untuk membayar hutang rumah dan sebagainya tetapi kalau difikirkan kembali, bagi mereka yg telah muflis dan berhajat untuk membeli rumah, pinjaman mereka tidak dibenarkan sama sekali, kerana apa, kerana mereka muflis. n sebarang bentuk pinjaman dilarang sama sekali..dengan kata lain, mereka yg telah muflis, sebahagiaannya akan terperangkap dalam situasi ini dan impian untuk membeli rumah terkubur..pada siapa mereka hendak meminjam? along? so dari sinilah timbulnya idea dari wang mereka sendiri di akaun 2 kwsp..hutang kredit kad x banyak pun, pihak kwsp boleh limitkan pada certain amount boleh dikeluarkan pada mereka yg telah muflis ini..sebab apa yg saya tgk, mereka yg terjerat dari muflis ini sukar untuk keluar dari situasi tersebut sedangkan hutang kredit kad akan bertambah dari masa ke semasa in term of denda lewat, interest dan sebagainya..pada situasi inilah, mereka2 ini selayak2nya dibenarkan pengeluaran akaun 2 untuk keluar dari situasi ini, menolong mereka dengan duit mereka sendiri..kalau masih muflis, sudah tentu sebarang pinjaman tidak dibenarkan, sedangkan akaun 2 kwsp dibenarkan untuk beberapa tujuan..tetapi pada mereka, seperti tidak boleh membantu apa2..kesimpulannya, harap pihak kwsp membenarkan akaun 2 dikeluarkan untuk tujuan hutang kad kredit dalam amaun tertentu dan pada mereka yg telah jatuh muflis dan tergapai2 mencari jalan keluar..at the end of the day, duit kwsp itu dipotong dari gaji mereka juga..sorry, it just my opinion..

    Reply
  27. Kucing Hitam says

    29 August 2016 at 20:42

    Sy difahamkan kwsp akaun 2 bole dkluarkn utk tujuan pembayaran ptptn.. TETAPI HANYA utk mereka yg telah menamatkn pengajian sahaja.. bagaimana pula dgn mereka yg tidak dpt mhabiskn pengajian kerana masalah tertentu (cth pointer xckup) tetapi telah bekerja & ingin membuat pembayaran hutang ptptn secara penuh menggunakan akaun 2 dikatakan tidak layak utk mengeluarkn akaun tersebut.. ?

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      9 September 2016 at 07:00

      Kalau kenyataan tu keluar dari kwsp sendiri, apa boleh buat. Cari je jalan utk bayar cara lain. Tapi kalau tiada apa-apa kenyataan bertulis dari pihak kwsp, rasaya tak salah mencuba buat permohonan..

      Reply
  28. chua says

    6 November 2016 at 20:02

    siapa boleh tolong saya, keluar EPF saya segera,sila PM Mr chua 0132624477 WhatsApp

    Reply
  29. Anak Mensia says

    1 December 2017 at 15:53

    Adakah anda sedar bila tiba masanya wang kwsp boleh dikeluarkan kelak, orang yg telah diistiharkan muflis itu tetap akan kena bayar hutangnya juga. Pada waktu itu bunga pada hutang orang yang berkenaan telah belipat kali ganda. Jadi ada lagi tak duit untuk.persaraan orang tu nanti. Saya rasa tak ada dah duit untuk persaraan nya kelak.

    Reply
    • Khairul Amran says

      15 December 2017 at 09:35

      redho. sudah mewah dengan hutang. wajib bayar walau bunga meningkat. ini kerana kita sendiri memilih meminjam dengan bunga.

      Reply
  30. Amizan Abd Rahman says

    12 September 2020 at 13:02

    Patut diberikan second chance for better life dan semestinya diambil pengajaran oleh orang yg muflis.
    pengeluaran bersyarat hanya sekali dlm tempoh 55 tahun.

    Duit yg dikeluarkan itu akan recover balik dgn dividen oleh EPF.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in