Akhirnya saya terpikat juga dengan senyuman Lisa Surihani. Hari-hari dok promote WeChat kat TV, sapa tak terpengaruh memang hati kering. Lepas baca keseronokkan yang dijanjikan oleh wechat saya tekad untuk mencuba.
Semalam saya install WeChat kat handset Nokia E5. Nak bandingkan kecanggihan dengan iPhone 5 memanglah tak terbanding. Tapi saya bersyukur sebab masih boleh mencuba guna wechat.
Perkara pertama lepas install ialah memonitor penggunaan data. Maklum saja lah, saya ni cuma guna pakej broadband yang paling cikai, 300MB sebulan. Kalau terlebih guna nanti tak dapat pulak nak online sambil drive.
Ramai dah blogger mengulas kelebihan dan kekurangan WeChat dan Whatsapp. Bagi saya kelebihan masih pada wechat. Bukan sebab Lisa ye. Tapi sebab fungsi yang pelbagai ditawarkan. Cuma saya nak mengulas dari segi penggunaan Data.
Whatsapp menggunakan data yang kecil berbanding WeChat. Sehari penggunaan wechat, data yang digunakan untuk wechat sahaja lebih kurang 500KB. Itu cuma aktiviti testing. Belum lagi transfer data suara, gambar dan video call dengan ramai kawan.
Berbeza dengan Whatsapp, penggunaan data selama sebulan tak sampai 5MB. Itu penggunaan yang maksimum. Ramai kengkawan bersms menggunakan whatsapp. Tapi takde la hantar gambar dan video call bagai.
Jimat kan gunakan whatsapp? Memang jimat bagi yang menggunakan data plan murah macam saya. Lepas seharian saya testdrive wechat, saya ambik keputusan untuk uninstallnya. Banyak lagi aplikasi yang nak menggunakan dataplan itu.
azman says
Pernah ada akaun ni,tapi bila reset pun malas dah nak log ini hehehe..dorang ni promosi gila2 woo..
Cikgu Hairul says
Ramai juga kengkawan dah bertukar dari whatsapp ke wechat. Mungkin sebab promo kat tv. Blogger pun ramai juga yang promote wechat ni.
mancai says
aku lebih suka guna whatsapp berbanding wechat…
Cikgu Hairul says
Samalah kita bro. Lepas rasa kedua-duanya, whatsapp lebih praktikal setakat ni.
amirulfaiz says
Dua-dua saya tak guna, bateri cepat habis bila standby line 3g.
Cikgu Hairul says
Kalau memikirkan pasal bateri, line gsm lebih menjimatkan. fungsi sms dan call yang penyedia perkhidmatan lebih praktikal berbanding kedua duanya.
iOSGEAR says
Saya guna dua2.. ๐
Cikgu Hairul says
Hahahah.. bro memang pencinta gadjet tegar..
UmmiKami says
Assalamu’alaikum…
Macam-macam ada sekarang ni…Line, WeChat, WhatsApp, Messaging…
pilih yang mana satu nak… Ummi WhatsApp ja…. ๐
Cikgu Hairul says
Waalaikumsalam,
Tu la dia.. kecanggihan teknologi yang tak mampu ditolak.
UmmiKami says
Assalam..
Macam-macam ada sekarang ni…Line, WeChat, WhatsApp, Message…Ummi guna WhatsApp ja… ๐
titan says
dua-dua aku tak layan. haha
Cikgu Hairul says
Kenapa bro? Masih setia dengan sms dan call? Rasanya itu lebih praktikal di semua keadaan.
Amar says
Guna Wi-Fi jer ler Bro. Unifi tu apa ada hal… ye tak?…
Tapi kalau guna iPhone, bila nak travel… Data tu turn off jer terus. Tinggal 3G jer macam Sony C902. Baru ler selamat bateri tu. Tapi bil lah pulak yang parahnya.. hehehe…
Amar says
Bila nak tukar themes ni Bro? Themes dalam stock tu belambak-lambak dah.
Cikgu Hairul says
Malas nak tukar la. Tak de yang menarik hati la.
wazy says
Dua aplikasi ni memang hangat jugak la,kadang-kadang guna kedua-dua aplikasi ni serentak
Hazmin Hamudin says
Ada lagi satu tengah promote dekat tv jugak. LINE… hehe.. Mungkin cikgu nak test drive LINE pulakkan
intim4ever says
dua2 tak reti pakai sbb guna handphone lama….heheh!
Fizaaaaaa says
Thanks cikgu for the info. Memang tengah cari info which application yang kurang guna data sebab nak bertahan sebulan punya pasal hihihi ๐