Bismillahirrahmanirrahim.
Apapun aktiviti kita di media sosial, ada masanya kita nak tinggalkan nombor telefon untuk PM tepi. Samada untuk bisnes online atau tujuan lain.
Sedikit masalah ialah dah jadi kebiasaan orang berhubung dengan WhatsApp yang mana nombor yang kita tinggalkan perlu save dulu dalam phonebook/contact sebelum boleh ber-WhatsApp.
Kalau ada cara boleh terus ber-WhatsApp tanpa perlu save nombor terlebih dahulu tentu best kan? Lagi laju org boleh PM tepi. Ni caranya…
Buatkan nombor phone tu sebagai link macam ni 60123456789. Link tu ditulis begini https://api.whatsapp.com/send?phone=60123456789&text= . Tulis serupa begini, cuma tukar nombor telefon. Kaedah ni terus ke server WhatsApp dan re-direct ke nombor yg ditulis tu.
Selamat mencuba. TQ.
Ouh.. dia sama tak macam cara ni? http://www.wasap.my/60xxxxxxxxx ?
Sama. wasap.my pun guna API yang sama. Hari tu ada seorang yang mengaku “bekas” programmer cakap pandai, mengata owner wasap.my pasal issue sekuriti. Yang kelakarnya “current” programmer tak alert apa-apa pun. “Bekas” yang melebih-lebih. Jadi, ni saya kongsikan cara terus guna API dari WhatsApp. Kalau orang yang seangkatan dengan “bekas” tu masih sangsi, biarkanlah dia.
sebolehnya aku malas letak no pon aku kat online nih.
memacam leh jadi.
Betul betul betul..
Bagus cara ini sebab bila nak contact seller tu kita tak perlu save dulu nombor mereka. Tekan je link terus wassap, kemudian kalau nak save baru save.
Betul betul betul..
Cara ini dah berjaya generate beberapa sale secara tak sengaja. Terbaik
cara ni lebih mudah untuk orang reach kita melalui ws.
Informasi menarik.