Nokia E5 yang aku gelarkan ia sebagai alien sebelum ini benar-benar memberi manafaat besar pada aku. Sementelah iPad wifi aku sampai, ia macam rasa nak dibakar bila berada di tempat yang tiada wifi. Maklumlah nak beli ipad wifi+3G masih diluar kemampuan.
Sebenarnya aku mencemburui iPhone 4 yang boleh dijadikan wifi router. Belek punya belek ovistore, aku terjumpa software Joikuspot Lite. Software free ni membolehkan Nokia E5 menjadi wifi router. Jadi ipad wifi aku bolehla bernyawa.
Versi free tak menyediakan secure password untuk connect ke wifi. Semua orang boleh kongsi line kita. Kalau nak yang berpassword sila beli di ovistore dengan harga RM20.
Serius aku gunakannya dengan senang hati. Tak payah susah-susah nak beli MiFi. Tak payah susah-susah nak seting. Cuma download melalui ovistore dan install. Simple, tak sampai 5minit dah boleh guna.
Software ni boleh dicari dengan keyword Joikuspot Lite @ Joikuspot Premium di ovistore. Aku harap sedikit sebanyak ianya membantu.
nizamghazi says
Slm, ssh nya nak masuk blog ni
Loading terlalu lama (sy just inform)
Sy bukan pengguna Nokia. apa2 pun teknik ni mmg menarik
utk kongsi wifi 🙂
Cikgu Hairul says
Saya pun perasan blog ni jadi lambat.. Dah buntu tak tau nak wat apa lagi. Ada cadangan?
best wireless router 2017 says
Ada cara trik mendownload joikuspot yang versi premium tapi mau gratis dengan cara mendownload semua link yang disediakan pada google search/mesin pencari dengan kata sandi joikuspot untuk nokia maka akan keluar url situs tentang download joikuspot maka download satu-satu dan coba install wifi hotspot nokia joikuspot satu-satu kemudian aktifkan, apabila dari beberapa aplikasi joikuspot itu ada aplikasi premium tapi fitur gratis bisa di ganti nama joikuspot dan sandi menurut keinginan Anda.