Hari ni dah masuk hari ke 8 isteriku demam. Hari Jumaat hari keenam demam baru ke klinik untuk dapatkan rawatan. Mengejutkan sebab suspect denggi. Tanpa berlengah terus ke HUKM.
Sampai saat ini masih dirawat di HUKM. Sudah 13 botol air masuk badan, suhu tetap tinggi sekitar 39-40 darjah. Aku tak tau nak buat apa lagi dah ni. Bacaan platlet juga jatuh sampai 99. Doktor kata masih belum boleh keluar.
Entah bila agaknya dinda boleh keluar. Moga cepat sembuh ye sayang.
Awas dengan DENGGI! Itu nasihat aku. Nyamuk Aedes durjana memang suka di takungan air bersih. Memandangkan sekarang musim hujan, sila buat spot check disekeliling kediaman anda. Cari tin dan botol kosong serta bekas-bekas terdedah. Buangkan airnya.
Orang kata denggi tak ada ubatnya. Betul ke? Since aku di hospital ni, doktor cuma masukkan air je tanpa bagi apa-apa ubat, betol la kot. 100 plus sebotol besar buat penawar juga dah diteguk. Tapi masih juga tiada perubahan.
Kengkawan, doakanlah dia cepat sembuh ye. Seksa sangat aku tengok dengan muka yang semakin tembam dipenuhi air tu. Lagi seksa bila tiap pagi dan petang terpaksa diambil darahnya. Aku pulak yang ngeri. Fuhhhh.. Moga-moga cepat sembuh.
azman says
13 botol byk tu…harap cepat sembuh..
Cikgu Hairul says
Harapan macam tu la. Thanks bro.
Mekar says
Semoga isterinya terhindar dari gejala denggi itu.
pst: doktor dah kenalpasti ke penyakit apa?
Cikgu Hairul says
Alergi ngan antibiotik kata doktor..
SamsulAhmad says
semoga isteri cikgu hairul cepat sembuh… skrang dah ok ke bro?
Cikgu Hairul says
Alhamdulillah semua dah ok. Cuma masih lemah je.
titan says
ehh..kene denggi ker?
Cikgu Hairul says
Keputusan last bukan denggi.. Doktor cuma kata viral fiver je. Ntah sakit apa tak tau.
wandisini says
viral fever..demam biasa je
anif says
Semoga cepat sihat seperti sediakala.. Alhamdulillah (mujur) bukan denggi.
Cikgu Hairul says
Alhamdulillah dia dah sihat..
Hafizul says
Sape tak sayang bini oiii…hehe..sembuh dah ke isteri cikgu hairul..lama tak singgah blog cikgu..semalam blog cikgu ada masalah ke??sy tak leh masuk pong…