Yezzah.. Dia Naik Lagi, originally uploaded by KHAIRUL AMRAN.
Utusan Meloya melaporkan dari tanah jajahan sang kelembai. Kenaikkan yang
pasti berlaku. Tahniah untuk orang TENANG yang tengah TENGGELAM dalam
banjir. Air naik… Minyak pun naik. Hah! sama-sama naik. Terima la nasib.
Padan muka aku. Hehehehee. Terimalah hadiah paling berharga dari orang
kesayangan.
Entah kenapa aku ni suka sangat mengomen pasal kenaikkan harga minyak ni.
Padahalnya memang kenaikkan tu kan seluruh dunia. Betul tak? Satu dunia
minyak naik… Kat sini cuma naik 10sen je. Tu pun aku nak komen. Sebenarnya
aku sokong sangatlah minyak ni naik 10sen. Kalau tak macam mana nak tampung
kos pilihanraya kat Johor semalam kan.. lusa tulat ada lagi pilihanraya. Nak
tak nak kena la naik jugak. Jalan raya nak kena buat baru, makcik pakcik nak
kena bagi sekilo dua beras, nenek-nenek nak kena hulur sehelai dua kain
batik. Kan banyak tu kosnye.
Yelah.. terpaksalah aku berkorban sikit. Keta yang aku pakai ni pun cuma
boleh pakai minyak RON97 jer. Tak tau la kalau aku pakai RON95. Apa jadi
ntah. Untuk kesenangan sahabat handai rakan taulan jugak. Senang mereka
harap-harap senang jugak la aku. Menumpang di negara orang memangla macam
ni. Setakat naik seposen insyallah aku boleh tanggung.
Gegak gempita guruh di langit,
Jangan dituang air di besen
Mencakar tanah mencari duit,
Gara-gara minyak naik seposen.Bumi dipijak bergegar-gegar,
Rupanya dinasour bangun pagi,
Kuhirup udara pagi nan segar,
Moga hilang rungsing di hati.
Terimalah segala kelemahan ini seadanya. Usah perbaiki kerana ianya akan
merugikan kita juga. Perbaiki diri sendiri tanpa memperdulikan orang lain
adalah sifat mulia masa kini. Biar kita berjaya sorang-sorang. Tinggalkan
mereka yang taknak berjaya.
Leave a Reply