Bismillahhirrahmanirrahim.
OS X 10.10 Yosemite begitu dinantikan sepertimana iOS 8 yang dijanjikan kemunculannya pada “coming this fall”. Setiap rumors ada sudut pandang masing-masing. Sudut pandang saya lebih kepada suatu sudut yang agak sunyi. Perentak kepada suatu perkara yang orang kurang minat walaupun penting. Saya suka usulkan beberapa perkara terpinggir.
Dalam OS X 10.8 Mountain Lion dan 10.9 Mavericks, Apple integrasikan OS X dengan ciri rangkaian sosial Twitter dan Facebook. But, Mac is a production machine, not a sosial machine. Komputer yang terhubung dengan rangkaian sosial tentunya akan menurunkan kadar produktiviti tapi Apple umpan Facebook dan Twitter ke dalam OS X dengan agenda tersembunyi supaya pengguna sukarela online untuk menerima notification. Tagline-nya ialah “online”.
Sayangnya sehingga Mavericks, Apple masih susah hati, sebab bila pengguna online dengan Mac, mereka gunakan WiFi. Kadang-kadang baru guna Personal Hotspot dalam iPhone. Apple umpan satu lagi alasan supaya pengguna sentiasa selaraskan (sync) iPhone dan Mac bukan sahaja dengan iCloud malah dengan memindahkan panggilan telefon ke Mac. Dengan cara ni lebih banyak maklumat tepat dapat dikumpul.
Dengan hadirnya Yosemite dan iOS 8, Apple dapat mengumpul lebih banyak data seperti; Nama, lokasi, kad kredit, cap jari, akaun sosial, foto, video, hubungan istimewa, saudara-mara, TAHAP KESIHATAN, kecenderungan dalam suatu hal dan pelbagai maklumat peribadi yang pengguna dedahkan secara tak langsung. Maklumat ini kemudiannya dengan mudah dianalisis oleh NSA. Ini akan memudahkan rancangan dajjal untuk menghapuskan 2/3 penduduk dunia bila sampai masanya nanti.
{Untuk jangka pendek, mendedahkan maklumat kesihatan kita yang baik ialah juga menjadikan kita sebagai sasaran penculikan untuk pemerdagangan organ.}
Ini menunjukkan ejen dajjal sedang bersiap sedia menjalankan agenda menghapuskan 2/3 penduduk dunia. Orang-orang Tasawuf terdahulu mendedahkan hal ini lebih awal lagi. Dan dari rentetan perkhabaran yang telah dan pernah berlaku, belum ada yang silap.
Jadi, adakah kita masih menantikan Yosemite dan iOS 8? Atau kita patut hindarkan dari terpedaya dengan ciri istimewa yang ditampilkan dalam Yosemite dan iOS 8?
Teknologi itu bagus hanya jika kita yang menguasainya. Jika kita sekadar pengguna, kita dalam masalah yang sukar dijangka mudaratnya.
Begitulah adanya. Wallahhua’lam.
amirulfaiz says
Oleh itu, kita kena sentiasa berwaspada. Sentiasa ingat, ada yang memerhati… Allah.