Bismillahhirrahmanirrahim.
Kita mungkin pengguna facebook tegar, tapi tak layan pun sosial network lain seperti twitter, foursquare, instagram dll. Jika itulah kisahnya, cuba kita search dalam facebook sendiri dan laman sosial network yang lain, ada tak kita di sana. Khasnya kalau kita ni dah terjangkit sindrom selfie. Jangan terkejut kalau tuan/puan dapati ada beberapa lagi diri tuan/puan yang aktif bersosial di sana. Itu ialah klon.
Ada suatu bahaya sedang merayap dalam dunia cyber. Pihak tertentu sedang mengumpul maklumat setiap penghuni muka bumi. Mereka perhati setiap maklumat peribadi di internet khasnya laman sosial. Mereka kenal pasti nama, email, gambar, tempat tinggal, profession, kawan-kawan dan apa saja maklumat yang tersedia untuk membuat profile penuh setiap mangsa. Dengan profile yang lengkap mereka boleh cipta satu lagi identiti yang sama seakan real. Identiti kita mungkin sudah diklon.
Lawaknya ia dikira legal sebab maklumat yang mereka ambil ialah maklumat yang kita share di laman sosial. Apa pula yang mereka buat dengan profile ni. Mereka jadikan game menjual orang. Contohnya tagged.com mempunyai app sendiri dan tersedia di App Store. Dlm tagged tu ada profile merepek ciptaan dan ada profile sebenar. Bercampur aduk. Pastinya tiadalah privasi bila profile orang dijual beli seperti orang. Ada pihak tertentu yang membeli profile ni untuk menampakkan dia ada ramai friends dan follower. Apa ingat org yang follower berjuta tu, semua memang org betul ke? Tak semua, retis saja yg ramai follower. Lain tu profile saja. Hackers yang buat kerja godam juga akan guna profile yang ada ni sebagai kambing hitam.
Jadi, apa nak buat? Di laman sosial memadai kita letakkan maklumat asas saja. Jangan share banyak-banyak. Selfie tu elakkanlah. Lebihkan hidup di dunia nyata berbanding dunia cyber tu. Dan selalulah berdoa agar Allah lindungkan kita dari kejahatan jin dan manusia.
Leave a Reply