Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Yuran Percuma Jangan Jadikan Alasan Untuk Tidak Berkualiti

Yuran Percuma Jangan Jadikan Alasan Untuk Tidak Berkualiti

8 October 2011 by Cikgu Hairul

Bajet oh bajet. Perkara yang aku tunggu-tunggu bajet semalam ialah peruntukan untuk sektor pendidikan. Wahaa! Banyak tuu.. Paling menarik ialah pengecualian yuran untuk sekolah rendah dan menengah. Tahun depan mak bapak dah tak payah fikir pasal yuran sekolah. Anak-anak boleh masuk sekolah kerajaan secara percuma!

Betulkah percuma? Ye! Memang percuma macam yang PM kita cakap semalam. “tak ada kos terselindung?” Entahlah, aku pun tak pasti lagi. Sejarah tahun-tahun terdahulu boleh menceritakan segalanya. Yuran percuma, tapi setiap kali program sekolah, sekolah terpaksa mohon sumbangan ikhlas dari ibu bapa.

Bila yuran persekolahan dimansuhkan, aku optimis mengatakan selepas ini ramai ibu bapa merungut juga. Buku latihan, buku kerja, buku amali, buku tulisan.. Semua ibu bapa kena beli sendiri. Malahan tak mustahil kertas kerja atau nota fotostat yang cikgu bagi tu pun akan diminta bayaran. Sebabnya sekolah mengenakan caj fotostat dan caj kertas kepada cikgu sebab peruntukan untuk kertas dan fotostat lambat sampai atau tak sampai langsung. Nak tak nak kena mintak kat ibu bapa la.

Percuma= tiada kualiti.

Ini satu pandangan biasa. Benda free, kebanyakkan orang akan cakap “alah, barang tak de kualiti, boleh la bagi free“. Orang boleh buang macam tu je… Orang tak akan hargai benda free. Itu lumrah manusia. Tidak selalu bersyukur dengan benda free yang diberi. Lihatlah sekeliling kita, berapa ramai yang kufur kepada Allah walhal mereka mendapat segala nikmat di dunia ini secara percuma.

Aku harap sangat sistem pendidikan kita tak jadi macam tu. Masyarakat jangan memandang rendah dengan produk sekolah percuma ni. Masyarakat usah membandingbeza kualiti sekolah swasta berbayar dengan sekolah percuma ini. Sudah pasti ada perbezaan. Tapi aku pasti, guru-gurunya akan sentiasa berkualiti. Insentif yang diterima oleh guru dalam bajet 2012 bukan sedikit jumlahnya. Itu akan dijadikan pembakar semangat untuk guru-guru mengimbangi “yuran percuma” yang akan dinikmati nanti.

Keputusan PMR, UPSR dan SPM tahun depan mungkin boleh dijadikan kayu ukur setakat mana kualiti sekolah percuma. Ibu bapa juga kena pantau prestasi ujian bulanan anak-anak. Pihak sekolah pulak jangan jadikan alasan “yuran percuma” untuk tidak memberi perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat. Walaupun mungkin selepas ni agak sukar melaksanakan aktiviti, tetapi aku percaya akan kebolehan guru-guru Malaysia menangani masalah yang akan timbul nanti.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Pacifista says

    8 October 2011 at 19:36

    situasi yang sama berlaku kat sekolah aku.aku pun buat pekak je kalau ada komplen macam tu.yang penting aku buat benda yang betul.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      8 October 2011 at 20:01

      Elok la tu.. Daripada menjawab buat sakit ati baik buat pekak je.

      Reply
  2. Isu Panas says

    18 October 2011 at 18:41

    pasti ada yg merungut…
    dpt free pun sosah..
    x bg pun sosah..aiyaa…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 October 2011 at 10:06

      Susah nak puaskan hati semua orang.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in