Tidak sampai setahun yuran percuma persekolahan dilaksanakan, sudah ada bunyi-bunyi yang kurang menyenangkan kedengaran. Kesan kepada sekolah dan kesan kepada ibu-bapa sudah mula dirasai. Andaian kebanyakkan cikgu semasa perlaksanaannya awal tahun lepas ternyata betul. Pada awalnya memang nampak yuran percuma itu banyak meringankan beban ibu-bapa. Ditambah lagi dengan bantuan RM100 yang diberikan kepada semua murid sekolah. Kegembiraan itu tidak lama.
Baru-baru ini saya ada terbaca status seorang sahabat mengenai beberapa siri derma yang sekolah minta. Marah tak kira.. macam sekolah mintak derma tu untuk sara hidup cikgu-cikgu je bunyinya. Baca dan fahami status ini.
Memang sekolah memerlukan dana yang cukup besar untuk belanja pendidikan. Yuran yang dipercumakan termasuk sumbangan PIBG yang dikecualikan menambah beban sekolah. Tidak semua sekolah, tetapi sekolah luar bandar sangat terasa kesannya. Ini kerana ibu-bapa di luar bandar kebanyakkannya tidak mampu memberi bantuan keewangan kepada sekolah. Semua belanja pendidikan 100% datangnya dari kementerian pelajaran. Tetapi sebahagian besar sumbangan tersebut telah diagihkan dalam bentuk bantuan RM100 awal tahun hari tu. Oleh sebab itu, sekolah terpaksa mencari dana lain untuk menampung kos pendidikan anak-anak kita.
Rentetan dari tindakan sekolah memohon derma, cikgu dicemuh. Tanpa usul periksa cikgu jadi mangsa cacian. Sampai ada yang mengata cikgu gunakan duit derma untuk beli kereta, pasang langsir, pasang aircond di bilik guru dan macam macam lagi.
Sebelum melontarkan cemuhan, apa salahnya menjadi guru barang sebulan. Try rasa macam mana nak memandaikan bangsa. Datang sekolah untuk ambik report kad pun macam-macam alasan diberi. Dijemput datang mesyuarat PIBG macam-macam alasan untuk taknak datang. Bila timbul masalah di sekolah, cepat je melemparkan tohmahan.
Untuk sahabat yang bergelar guru, jangan cepat patah semangat dengan cabaran ini. Kita kan dah diajar menepis segala cabaran tu dengan tenang. Ikhlaskanlah hati ketika menyampaikan ilmu. Tidak mengapalah berhabis tenaga dan wang ringgit demi untuk anak-anak didik kita. Jangan sesekali mengungkit walau sedikit akan pengorbananmu itu. Insyallah jika bukan di dunia kamu mendapat ganjaran, di akhirat nanti pasti ia menanti.
Daripada cakap-cakap tu dah sah-sah diorang tu tak pergi mesyuarat PIBG! Semua itu dah dibincangkan pada mesyuarat tersebut. Tak puas hati atau ada cadangan beritahu dalam mesyuarat la.. Aiseh!
Setuju ngan Mr Anif. Semua tu dah dipersetujui dlm mesyuarat PIBG. Sape suruh tak pegi @ tak ambik tau langsung.
menjadi guru bukan mudah apa lagi jadi yg tuan besar. klu yg sandang baru tahu situasi yag sbnar
ibu bapa kena buat simpanan utk anak2. tak blh peruntukan tu ngam2 jer..
itulah yang sebaiknya.. menyimpan untuk perbelanjaan anak-anak dari anak masih bayi lagi.
di sekolah cina mereka akan berikan sumbagan gak..terutama murid2 merka tka byk soal merka ibu bapa byr yer, mgapa kita sb ibu bapa berkira sgt bab2 tu. bukan utk org lain tpi utk anak2 juga dan pendidikan mrka masa depan juga
mungkin terasa terbeban dengan macam-macam derma.
mak bapak macam tu. tampar aje laju-laju. tanya semua cikgu, berapa banyak diorang keluar duit sendiri untuk budak-budak?
Yang cikgu keluarkan duit merekataknak ambik tau sebab bukan duit mereka. Tapi bila duit mereka mula keluar, barulah mereka berbunyi. Dulu duit belanja tu semua kerajaan urus. Tapi bila kerajaan bagi ibu-bapa urus, lain pulak jadinya.
haha..tanya aje kat diorang. selagi diorang tak jawab..tanya lagi dan lagi..sampai satu tahap..diorang akan mengaku kesilapan diorang. tak caye. cuba buat..
mungkin ade segelintir shja yg mcm tu..jenis yg lepas tgn dan x mahu pikir pjg..apa pun sabar je la..
Memang tak ramai, tapi disebabkan oleh yang tak ramai tu la suasana jadi kelamkabut. Kalau mereka yg tak ramai ni bawak isu remeh ni ke media, maunya pak menteri semua akan masuk campur.
itulah…serba salah situasi cikgu ni..ibu bapa ada gelintirnya….tahu nk senang je…
Macam mana nak memahamkan ibu bapa ye?