Bismillahhirrahmanirrahim.
Ceritanya zomba ni berasal dari manusia juga. Bila dah termakan toksid maka jadilah zomba. Zomba ni sifatnya rakus, makan apa saja untuk keinginan yang tak putus-putus.
Alkisah bermulanya begini. Toksid yang menukar manusia jadi zomba ni berasal dari Britain. Toksid tu nak disebarkan ke seluruh dunia, termasuklah Tanah Melayu ni. Ada pun Dato’ Onn telah menyedari akan bahaya bahan toksid tu tapi beliau telah digulingkan dari dalam UMNO. Dan diberitakan pula kepada anak cucu melalui pelajaran Sejarah bahawa Dato’ Onn itu merajuk.
Toksid tu kemudiannya berjaya dibawa masuk ke Malaya dan di-upgrade dari masa ke masa. Toksid tu ialah “gaya hidup yang berkehendak kepada dunia semata”. Zomba bekerja siang dan malam, bersesak dalam trafik, ikat perut… Untuk bayar hutang gajet, bil telefon dan internet, hutang rumah, hutang kereta, hutang peribadi. Zomba mengulang aktiviti yang sama sampai reput tanpa merintis jalan membina tamadun untuk bangsanya, apa lagi agamanya. Dan lebih malang tiada apa-apa untuk dirinya sendiri. Zomba hanya hidup untuk perkara fana’ sampai dia reput dimamah bumi.
Zomba juga berkahwin tapi tidak pula memahami apa itu perkahwinan. Zomba punya anak, anak itu juga meneruskan tradisi zomba.
Mudah untuk mengenal zomba. Tanyakan secara terus Sifat 20. Tanyakan secara terus dalam Sifat 20 itu yang mana zat yang mana sifat. Jika dia tak dapat huraikan pada masa itu juga, dia itu zomba.
Tanya lagi soalan yang lebih mudah… Kalimah Shahadah. Dimana letaknya nafi, dimana pula isbat. Dimana letakkannya rukun iman yang enam itu dalam kalimah shahadah? Jika tak dapat dijawab hurai dengan lancar, dia itu zomba.
Takutnya jadi zomba….moga dijauhkan dari menjadi seorang zomba….tak nakkkk..
semoga kita dijauhkan dari menjadi zomba ini
Salam Jumaat…
Alahai… nak mengubah kehidupan zomba tu bukan lah mudah… sampai mati pun belum tentu akan tertuntas….
saya pun tak mahu jadi zomba tapi mungkin akan terjebak dengan zomba spesis baru sepanjang zaman
Zomba tak pernah berhenti dari mengejar cita-citanya.. Bermula anak adam lahir hingga meninggalkan dunia yang fana ini.