• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Cikgu Hairul

Just another Teacher story

  • Home
  • Contact
  • Polisi
  • InfoKerjaya
You are here: Home / Dari Hati / Gambaran SEO dan Kepentingannya

Gambaran SEO dan Kepentingannya

by Cikgu Hairul on Tuesday, January 11, 2011

Diam tak diam rangking alexia blog ni dah semakin baik. Ingat dulu masa mula baru dibuka. Rangking cikguhairul.com mencecah 11 996 986. kalau dibundarkan pada nilai genap terhampir ialah 12 Juta. Sekarang dah menjadi 1 713 748. Banyak penurunan tu. Apa rahsianya? Sebenarnya saya mengamalkan teknik SEO yang betul. Itu pun lepas saya belajar Teknik Asas SEO dari Bro Zamri Nanyan. Zamri ni seorang Pakar SEO tempatan. Tak rugi belajar dari dia.

Apa yang saya belajar dalam pengajaran yang disampaikan adalah menggunakan TOOLS yang betul untuk menaikkan rangking. Macam-macam tips disampaikan. Saya tak hadir kelas dia pun. Semua dalam bentuk video. Senang, mudah dan tak perlu keluar rumah. Saya cuma perlu download dan belajar.Ada beberapa tips saya nak sampaikan untuk menjadikan blog kita mesra SEO.

Apa itu SEO?

SEO adalah singkatan bagi Search Engine Optimization. Biasanya dikaitkan dengan kaedah pencarian spider dalam web untuk mengukur tahap kefemousan sesebuah web. Kiranya SEO ni la yang akan bertindak sebagai juri nak menentukan web mana layak dapat no 1, no 2 dan seterusnya. Secara teknikalnya macam mana SEO bekerja tak pulak saya faham. Tapi banyak formula yang dibincangkan dalam blog-blog otai SEO memang boleh digunakan. Mereka ni pakar dalam SEO. Mereka mengkaji dan membuat analisa. Kenapa? Sebab mereka nak meletakkan blog mereka di tempat teratas.

Read more:  Jual eBook Je Lah

Letakkan Keyword Yang Betul

Ramai diantara kita (termasuklah saya) menulis sekadar ikut rasa. Tak nak fikirkan apakah keyword setiap tulisan yang dibuat. Keyword ni penting kerana pembaca akan mencari sesuatu di internet dengan menulis keyword-keyword tertentu. Kalau boleh tajuk mesti sesuai dengan isi. Jangan main letak je.

Gunakan Tools SEO

Satu kaedah yang biasa digunakan oleh blogger untuk menaikkan rangking blog mereka ialah dengan menggunakan  tools SEO. Contoh yang boleh anda cuba ialah All In One SEO ( Untuk WP). Apa yang perlu anda lakukan adalah install dan isikan maklumat yang diperlukan. Itu saja.

Update blog sekerap mungkin

Kaedah ni bagi membuatkan spider mengindex blog dengan cepat. Ditmbah dengan keyword yang betul tak mustahil kalau tajuk yang anda buat berada di tangga teratas carian google. Penting untuk update blog ni. Sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau rajin buatlah 3 hari sekali. Macam mana  tu nak buat? Senang jer. Masa anda tengah boring-boring menunggu tren, bas atau tengah b***k buatlah entry anda. Kalau ada idea terus tulis kat handphone. Sekarang kan dah canggih. Handphone pun hebat. Takkan menulis pun tak boleh. Cukupla 2-3 perenggan dengan 200-500 perkataan.

Read more:  Duit Gaji Bukan Kita Punya

Kalau banyak artikel yang anda siapkan buat posting secara berkala. Setkan pos anda mengikut jadual. Mungkin seminggu sekali. Kalau ada 10 artikel dah 10 mingu anda tak perlu update blog. Semuanya dibuat secara automatik. Kan best gitu.

Rajin-rajin buat lawatan

Faktor lawatan ke blog sahabat lain juga penting dalam menaikkan rangking blog kita. Kenapa? sebabnya adalah kalau kita buat lawatan dan tinggalkan jejak ( buat komen), link blog kita juga akan diindex oleh spider. Itu namanya outbond link. Cuba buat kawanan 10 orang untuk saling kunjung mengunjungi dan komen mengomen. Nanti google akan tahu bahawa blog kita sering dikunjungi dan penting kepada mereka. Itu pun kreteria penting bagi menaikkan rangking blog kita.

Saya harap beberapa tips di atas dapat memberikan sedikit gambaran tentang SEO dan kepentingannya kepada blog kita. Untuk mampelajari secara mendalam bab SEO saya cadangkan anda cari panduan ini.

Panduan Asas SEO

About Cikgu Hairul

Cikgu Hairul, bukan seorang guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Lepasan UTM dalam bidang Pendidikkan. Kini menjadi tenaga pengajar di salah sebuah Akademi yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia. Tulisannya berkisar kepada apa yang dilalui sepanjang hidupnya. Apa yang baik, boleh diambil menjadi tauladan manakala yang tidak sesuai, jadikan sepadan.

Reader Interactions

Comments

  1. Azuan says

    Wednesday, January 12, 2011 at 21:58

    Secara peribadi, tajuk yg sesuai utk entry ni ialah “gambaran tentang SEO dan kepentingannya”.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Wednesday, January 12, 2011 at 22:12

      Teima kasih berikan cadangan tajuk. Ok saya tukar. Heehe

      Reply
  2. deCrewz says

    Thursday, January 13, 2011 at 05:28

    Hu3.. Cukup memeningkan bab SEO ni bagi newbia macam jai ni.. Byk nak kena tau..

    Reply
  3. Cikgu Hairul says

    Thursday, January 13, 2011 at 14:29

    seo memang pening..

    Reply
  4. zool says

    Thursday, January 13, 2011 at 16:50

    bagus entri pasal SEO ni.. boleh belajar kat sini

    Reply
  5. Ayabizz says

    Sunday, May 22, 2011 at 18:36

    Alhamdulillah ranking blog Aya pun di BloggerWanita.com semakin hari semakin meningkat..sebab Aya praktiskan SEO ni..tapi Aya takdalah expert sgt..hehehe

    Reply
  6. Ray ban Malaysia says

    Monday, May 30, 2011 at 08:59

    SEO pening TAPI penting

    Reply
  7. top 5 says

    Thursday, June 9, 2011 at 12:11

    terima kasih lak cikgu dengan penjelasan pasal SEO kat atas ni, saya ni pun baru lagi dalam dunia blogger ni. sekarang tengah mencari idea meningkatkan populariti blog.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Thursday, June 9, 2011 at 18:22

      Pelan-pelan kayuh

      Reply
  8. Akulah.com says

    Friday, May 4, 2012 at 10:02

    artikel yang manfaat 🙂

    Reply
  9. Nicholas Worman says

    Friday, June 22, 2012 at 14:38

    Hi to all, I am also really keen of learning PHP programming, but I am new one, I always used to read content related to PHP programming.

    Reply
  10. gumuruh says

    Monday, November 25, 2013 at 13:53

    kalau macam tu kita skrg boleh tak jadi kongsi lawat melawati website kita orang? nak juga naik PR website kat sini… 😀

    salam kenal yow

    Reply

Leave a Reply to zool Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 · Blogging With Love by Cikgu Hairul.

Porn Central

  • porno carioca
  • porno en español
  • xvideos brasileiro
  • videos pornos