Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / InfoKerjaya / 10 Soalan Lazim Temuduga Yang Perlu Anda Tahu

10 Soalan Lazim Temuduga Yang Perlu Anda Tahu

15 April 2017 by admin

Semua orang yang akan melalui sesi temuduga akan menerima soalan-soalan yang di luar jangka daripada bakal majikan ataupun pihak HR. Mengetahui bakal soalan sebelum anda ke sesi temuduga amatlah penting supaya anda tidak “blank” apabila ditanya ketika sesi temuduga nanti.

10 soalan temuduga ini boleh dikatakan sebagai soalan ‘Favourite’ syarikat. Jawapan kepada soalan-soalan ini sebenarnya tiada istilah betul ataupun salah, cumanya anda kena tahu bagaimana untuk menjawab soalan yang diberikan dalam keadaan yang profesional.

Bukan membuta tuli menjawab ikut emosi dan tidak berakal.

Mengapa dalam sebuah syarikat, mereka hanya menggunakan soalan-soalan yang sama untuk setiap orang yang berlainan? Pernah anda terfikir?

Jawapannya kerana soalan yang sama diberikan dan mereka akan terima pelbagai jawapan yang berbeza dari setiap calon yang temuduga.

Menarik bukan? Disini berlakunya analisis calon untuk menentukan siapa yang terbaik untuk terpilih memiliki jawatan yang ditawarkan.

Tetapi yang lebih mengerikan, soalan yang sama juga sebenarnya bertujuan juga untuk menyingkirkan calon kerana dalam satu-satu jawatan yang dibuka terdapat ramai calon yang bersaing untuk mendapatkannya.
//static.mailerlite.com/data/webforms/372710/m1o5o5.js?v2

Ini 10 Soalan Lazim oleh Panel Temuduga :

  1. Beritahu saya tentng diri anda ?
  2. Apakah kekuatan / kelamahan diri anda ?
  3. Apakah yang memberikan anda motivasi / semangat ?
  4. Bagaimana rakan-rakan/majikan/pelanggan memandang anda ?
  5. Apakah sasaran prestasi anda dan bagaimana anda ingin mencapainya ?
  6. Apakah perkara yang palng membanggakan anda ?
  7. Mengapa anda meninggalkan pekerjaan sebelum ini ?
  8. Mengapa kami perlu mengambil anda bekerja ?
  9. Apakah pencapaian utama dalam diri anda ?
  10. Apakah yang boleh anda bawakan kepada pasukan ?

Nampak seperti soalan yang mudah dan boleh “digoreng” biasa. Tetapi ia perlukan struktur dan balas jawapan yang sememangnya kena pada syarikat berkenaan.

Jika anda hanya dapat jawab sahaja tapi tidak menepati jawapan-jawapan yang mereka inginkan. Ia sama sahaja seperti tidak menjawab apa-apa.

Saya ingin kongsikan kepada anda hamper 50 soalan temuduga beserta teknik menjawab yang mampu memukau HR.

 

DOWNLOAD SEKARANG

Filed Under: InfoKerjaya

Comments

  1. wan syahida says

    16 April 2017 at 20:31

    wow perkongsian yang sgt menarik sebagai rujukan masa hadapan.Thank you!

    Reply
  2. wan syahida says

    16 April 2017 at 20:32

    sgt berguna utk freshgrad masa kini

    Reply
  3. Dedaun Comel says

    24 April 2017 at 12:19

    Persediaan yang penuh perlu ada kalau nak pergi interview. Sebab soalan2 dia kadang2 tak boleh jangka dan saja je nak kenakan orang. Haha.

    Pernah pegi interview yang kena suruh menyanyi dan soalan2 yang tiada kaitan sangat dengan karier

    Reply
  4. RAIHANAH AHMAD says

    24 April 2017 at 13:48

    bagus sangat info ni cikgu

    Reply
  5. riangria says

    24 April 2017 at 18:20

    info sangat berguna kpada yng mencari info temuduga..

    Reply
    • Khairul Amran says

      5 May 2017 at 06:26

      Ya, sangat2 berguna. Sebab saya dapati ramai graduan tak tau pun buat resume, adab temuduga pun kelaut.

      Reply
  6. SAPS says

    2 June 2017 at 20:15

    Salam.. saps tak truja kan… ok, pada pndapat sya la kan, perkongsian yang dapat membantu sesiapa di luar sana yang mahu menghadiri temuduga kerja. Adakah semua syarikat akan mengajukan soalan ini sahaja? Ataupun ada soalan lain yang berkaitan dengan syarikat yang perlu diketahui?

    Reply
    • Khairul Amran says

      11 June 2017 at 10:16

      Pada dasarnya setiap syarikat akan menggunakan soalan yang lebih kurang sama. Sebab tujuan temuduga untuk menapis pekerja sebelum mereka diambil bekerja. Cuma mungkin pemberat di sesebuah syarikat berbeza mengikut niche masing-masing.

      Reply
  7. Ira says

    6 June 2017 at 15:41

    Info y dikongsi sangat membantu. Boleh lah buat persediaan lebih awl sebelum menghadiri sesi temuduga. Terima kasih bg tips y bermanfaat ni.

    Reply
    • Khairul Amran says

      11 June 2017 at 10:13

      Sama-sama

      Reply

Trackbacks

  1. Ini Rahsia Pembuatan Winning Resume Yang Wajib Anda Tahu says:
    16 April 2017 at 16:11

    […] resume yang super power bagi menarik bakal majikan membaca resume anda. Sebelum tu, tengok dulu 10 Soalan Temuduga yang patut anda tahu.  Selamat mencuba dan mulakan menulis ikut tips-tips yang saya berikan di […]

    Reply
  2. Keyakinan Diri Memberi Impak Yang Besar Pada Sesi Temuduga Anda says:
    20 October 2017 at 15:08

    […] jawapan-jawapan kepada keberangkalian soalan yang anda akan dapat. Kita dah sediakan contoh-contoh soalan untuk anda […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in