Musim-musim graduan naik pentas mungkin dah berakhir. Ramai yang menanti untuk panggilan temuduga. Tak kesah la samada panggilan temuduga sektor awam atau swasta, pastinya debaran menanti. Orang bijak akan gunakan segala peluang yang ada untuk cari tips menghadiri temuduga. Yang lagi bijak akan cari kerja tanpa temuduga. Hehehe maknanya kerja sendiri la tu.
Berdasarkan pengalaman aku menghadiri temuduga dan pembacaan dari pelbagai sumber, ada beberapa pantang larang yang perlu diambil perhatian. Pantang larang ni sebenarnya command sense je. Kalau penemuduga jenis kebal dan bebal tak jadi masalah punya nak jawab apa pun.
1. Menipu.
Penemuduga juga manusia. Kita jangan anggap mereka ni tak tau apa-apa. Apa yang ditanya mesti dijawab dengan jujur. Toksahla kelentong. Tak tau cakap tak tau. Ini kadang-kadang nak menjawab punya pasal dikelentongnya penemuduga. Bila dah terkantoi kan malu sendiri. Dah la malu, kerja pun tak dapat. Majikan semestinya taknak ambik kita bekerja. Nanti dikelentongnya majikan tu habis jatuh bankrup.
2. Memburuk-burukkan Majikan Lama.
Ini pun satu masalah jugak. Tau la kita cari kerja ni sebab dah menyampah dengan tempat kerja lama. Tapi jangan sekali-kali memburuk-burukkan majikan lama. Contoh soalan maut yang penemuduga tanya ” kenapa nak menyertai syarikat ini?” Atau boleh juga mereka tanya “kenapa nak berhenti kerja sedangkan dah ada kerja?” Soalan-soalan ini perangkap buat kita. Emosi mesti di kawal. Jangan sekali-kali beri jawapan yang memburukkan tempat kerja lama contohnya stress la, banyak kerja la, bos mangkuk la, kawan cemburu la…dan macam-macam lagi yang buruk kita tonjolkan.
Cuba tampilkan diri kita sebagai seorang yang profesional. Jangan sentuh sikit pun tentang tempat kerja lama. Kalau boleh beri jawapan berdasarkan kekuatan syarikat yang kita nak kerja tu. Contoh jawapan yang boleh diberikan mungkin kita boleh kata syarikat awak memberikan peluang kerjaya yang cerah buat saya berdasarkan prestasi di BSKL yang saya lihat setiap hari. Nampak tak? Penemuduga akan kagum sebab kita ambik tau perkembangan syarikat tu.
Rasa-rasanya 2 tips tu cukup untuk kita beringat. Jangan sampai lakukan kesilapan yang pernah aku lakukan satu waktu dulu. Tips-tips menghadiri temuduga macam ni perlu juga kita ambik tau. Mungkin tips ni berguna satu hari nanti.
Aya says
Tips yang bagus.. kalo kita memburukkan majikan lama, penemuduga ni yakin dia ni pun boleh buat benda yang sama kat syarikat diorang..betul tak? 🙂 .so just fikir yang positif je…
Cikgu Hairul says
Betul tu.
ohcikgu says
em..betul tu. jangan burukkan sapa-sapa masa dalam temuduga tu..
Cikgu Hairul says
nampak tak bijak bila memburukkan company sendiri dalam temuduga.
Yas says
Lama dah aku tak gi temuduga…
Cikgu Hairul says
Insyallah nanti ada temuduga naik pangkat.
yas says
Hehehe…dah 19 taun aku keje kat sini…takat nak naik pangkat tu ibarat mimpi disiang hari je la cikgu…
Kamarulzaman says
Diharapkan persediaan untuk temuduga kerja ni berjalan lancer. Maklumlah persaingan nak cari kerja sekarang bukannya mudah, tambahan pula dengan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ni. Lagilah orang berebut-rebut nak cari kerja.
Kalau nak tau sumber-sumber yang dapat memantapkan lagi persediaan kita untuk menghadiri temuduga, bolehlah juga layari laman web ini ye..
Cikgu Hairul says
Insyallah
Pacifista says
banyak lagi pantang larang ni bro.aritu bila dengar kat radio IKIM,rasa macam nak interview lagi pulak.hehe… 😛
Cikgu Hairul says
Memang banyak. tapi yang ni adaptasi dari cerita sendiri. pengalaman dulu-dulu. heheh. Insyallah ntvu jadi pengetua nanti.
Dulu Lain Sekarang Lain says
Menipu paling ler bahaya. Kalu si temuduga pandai pusing soalan, adeh mahu tak terperangkap nanti. Plus majikan lama tu dah bagi rezeki (biar mcm mana buruk pon) kena lah kenang jasa juga kan?
Cikgu Hairul says
Itu la yang selalu dibuat orang. Mereka ingat bakal majikan tak tau. Sekali dia pagi terror la.. Terkantoi sudaa
iAwani says
thanks bro atas infonya .. walaupun sudah lama limpas temuduga ni, tapi andai kata di temuduga semula tetap nervous juga.
saha says
Tapi, yang kedua tu memang selalu, sebab bila berhenti kerja dari tempat tu, mesti ada “something” yang tak kena. Kalau dia tanya, boleh tak dia hubungi majikan lama untuk mengetahui pasal kita. Kena jawablah tak de masalah. Kalau, kita teragak-agak diaorang (penemuduga) boleh agak dah yang datang tu bermasalah.