Dalam artikel-artikel sebelum ini, banyak aku ceritakan apa persediaan sebelum pergi temuduga. Selain daripada checklist temuduga yang aku dah listkan dulu, ini adalah beberapa benda yang majikan lihat semasa menemuduga.
Antara faktor majikan memilih kita untuk ditemuduga ialah keputusan akademik. Selain daripada itu, pengalaman yang tertulis di dalam resume juga boleh menarik minat bakal majikan memilih kita.
Dua perkara ni tak dapat divalidate hanya dalam sekeping kertas. So, masa temuduga si penemuduga akan validate samada betul ke kita ni cemerlang. Betul ke kita ni ada pengalaman. Dengan 2-3 soalan je, mereka dah dapat tau adakah kita seperti yang digambarkan dalam resume.
Tapi sebenarnya dua elemen itu belum cukup meyakinkan bakal majikan untuk mengambil kita jadi staffnya. Ada sesetengah majikan tak tengok pun kelayakkan akademik dan pengalaman kita. Jadi banyak elemen lain yang mereka akan pertimbangkan.
Masa kita mula masuk dalam bilik temuduga, masa kita nak duduk, masa kita memperkenalkan diri, masa kita mula menjawab soalan-soalan semua tu akan dinilai. Bukan cuma isinya saja. Tapi apa yang body language kita sampaikan dapat juga dibaca dan dinilai.
Bab body language ni, pihak HR memang cukup masak. Dah itu permainan dia. Mungkin mulut boleh kelentong, tapi body language jarang berbohong.
Ada yang nak sorok perangai sebenar masa temuduga? Jangan la. Kadang-kadang pakaian dan penampilan pun boleh bongkar segala-galanya.
Masa menjawab soalan-soalan, penemuduga boleh menilai samada kita ni belagak, tak beradab, suka cakap belakang dan tak reti buat keputusan.
Sebegitu detail penemuduga ni scan kita ye. Sebab tu la kita wajib buat persediaan. Bukan setakat baca info-info macam ni, tapi dapatkan juga pengalaman orang yang pernah pergi temuduga. Semakin banyak pengalaman orang kita dapat, semakin confident kita menjawab temuduga.
Ingat ye majikan ni ada satu gaya pemikiran yang boleh dikatakan sama. Kalau kita jadi majikan pun mungkin kita akan berfikiran sama macam dia. Majikan tak kesah cari staff yang tak ada skill. Event fresh graduate pun kebanyakkan takde pengalaman. Tapi bagi mereka attitude yang baik itu penting.
Apa guna dapat staff yang 4 flat dan punya skill tinggi tapi suka cakap belakang. Suka tangguh kerja dan tak jujur semasa bekerja. Ada skill hebat, namun sikit pun tak boleh ditegur. Belagak pandai dan sombong. Skill boleh develope sepanjang bekerja. Attitude ni dah macam gifted. Susah nak ubah. Jadi, tapisan dibuat sehabis baik semasa temuduga.
Ingatlah, attitude yang baik sangat dititikberatkan oleh majikan. Ia terbentuk melalui persekitaran hidup, cara kita bergaul dan minat yang kita ada. Attitude akan membentuk nilai yang akan kita pertontonkan kepada bakal majikan.
Nilai inilah yang akan menentukan samada kita layak mengisi kekosongan jawatan atau cuma layak menjadi senarai calon kecundang.
No name says
Assalamualaikum cg.adakah pelajar2 graduan yang masuk ke ipg sekarang kesemuanya tetap dapat kerja sebagai seorang guru selepas ijazah?atau adakah seperti apa yg cg tulis di artikel pd thun2 sblum ini tetap sama ‘ jgn pilih ipg ‘ ?atau menteri kini sudah ubah kan lagi tentang graduan pljr2 dari ipg?terima kasih
Cikgu Hairul says
Waalaikumsalam.Sekarang saya tak pasti polisi kerajaan telah berubah atau belum. Cuma, kekurangan cikgu sekarang ni di sektor swasta mungkin boleh jadi penyelamat kalau lepasan IPG tidak diterima dalam sektor awam. Apapun, saya nasihatkan kalau nak ke IPG juga, skor biar keputusan cemerlang dan juga aktif dalam aktiviti kokurikulum. Itu akan jadi satu asset penting nanti semasa temuduga.