Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / InfoKerjaya / Checklist Utama Dokumen Yang Perlu Anda Bawa Ketika Temuduga

Checklist Utama Dokumen Yang Perlu Anda Bawa Ketika Temuduga

12 April 2017 by admin

Apabila ke sesi temuduga, memang perkara wajib untuk anda membawa beberapa dokumen yang diperlukan oleh pihak HR seperti kad pengenalan, sijil-sijil pelajaran, resume anda dan sebagainya.

Semua dokumen ini mestilah di Photostat dan disarankan untuk mendapatkan pengesahan oleh Pensyarah/ Pengetua/ Pegawai Kerajaan Bahagian 1 atau yang sewaktu dengannya.

Semua dokumen yang telah siap hendaklah dimasukkan ke dalam “Clear Folder” supaya ia kelihatan tersusun dan kemas, ini yang kita panggil sebagai portfolio ringkas.

Ingat ‘First Impression Counts’.

Anda mesti memastikan dokumen penting ini dibawa semasa sesi temuduga, tiada alasan tertinggal di kampung atau dimakan haiwan peliharaan anda.

Jika anda kemukakan jawapan begini, bolehlah memohon semula pada tahun hadapan. Sila asingkan folder dokumen asal dan juga dokumen yang sudah difotostet.

Ini merupakan dokumen-dokumen yang penting untuk anda bawa ketika sesi temuduga. Jadikan ini sebagai checklist anda sebelum ke sesi temuduga :

  • Kad Pengenalan
  • Gambar terkini ukuran passport 4 keping (Gambar Profesional)
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Sijil SPM Asal
  • Sijil Diploma/Ijazah Sarjana Asal
  • Transkrip Diploma/Ijazah Sarjana Asal
  • Sijil anugerah yang anda sudah capai (Best student/Dekan/Etc)
  • Sijil kokurikulum anda, dari tingkatan 4 dan ke atas (Diploma/Ijazah/Master/etc)
  • Resume & Cover Letter

* Sijil akademik dan koko semasa sekolah rendah hingga tingakatan 3 tidak perlu dibawa. Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas tingkatan 3 sahaja.

Jangan mengambil mudah mengenai dokumen-dokumen ini, kerana ia merupakan maklumat penting yang diperlukan oleh pihak HR. Jika sampai-sampai sahaja ketika sesi temuduga. Mereka meminta anda dokumen dan anda tidak dapat memberikannya.

Disitulah bermula “judgement” mereka terhadap calon sama ada layak atau tidak dalam mengisi jawatan kekosongan yang diberikan.

Diharap, tips dan senarai checklist dokumen penting untuk dibawa semasa temuduga ini berguna untuk kalian menghadapi temuduga nanti.

Owh ya, kalau anda klik link ni, anda akan di bawa ke satu laman web panduan untuk pencari kerja menghadapi temuduga. Apa yang anda boleh dapat dari laman web InfoKerjaya ini ialah Ebook Panduan untuk membantu pengguna melakukan tindakan awal selepas mereka dipanggil ke temuduga. Ramai yang terkejut dan takut apabila mereka mendapat panggilan temuduga. Rase nerves dia lain macam. Kini rasa takut tu bakal dihilangkan serta merta.

DOWNLOAD SEKARANG

Filed Under: InfoKerjaya Tagged With: contoh soalan temuduga. skema soalan temuduga, kerja kerajaan, soalan temuduga, temuduga, temuduga kerja, temuduga kerja kerajaan, temuduga swasta

Trackbacks

  1. Ramai Tidak Tahu Tahu Format Menulis Cover Letter Dengan Betul says:
    16 April 2017 at 16:05

    […] Cover letter adalah salah satu surat yang amat penting yang dihantar bersama-sama dengan resume anda apabila memohon di satu-satu syarikat yang dilamar. ==> Lihat juga Senarai dokumen yang perlu dibawa semasa temuduga. […]

    Reply
  2. Keyakinan Diri Memberi Impak Yang Besar Pada Sesi Temuduga Anda | Cikgu Hairul says:
    2 June 2020 at 13:55

    […] Dokumen-dokumen yang lengkap yang perlu ada pada sesi temuduga. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in