Temuduga SPP memang betul-betul menguji kesabaran. Macam-macam ujian diberi sebelum bergelar pendidik. Sabar aja lah. Saya dapat kumpulkan beberapa contoh soalan temuduga spp yang dialami oleh beberapa orang rakan yang dah menghadapi Temuduga SPP tempoh hari.
- Tanya nama, latarbelakang.
- Soalan-soalan dasar pendidikan kebangsaan.
- Law of teaching.
- Berapa kali majlis raja-raja bersidang?
- Siapa Yang Dipertuan Agong ke tiga?
- Apa berita di tv semalam?
- Berapa peruntukan budget 2013 untuk pendidikan?
- Dasar pandang ke timur diperkenalkan pada tahun bila?
- Buaya di negeri mana di Malaysia ni paling besar, apa namanya?
- Siapa ketua pengarah pendidikan?
- Siapa nama Permaisuri Agong ke 13?
- Apa beza antara munafik dan fasad?
- Apa ciri-ciri insan inovatif?
- Kenapa murid putus asa?
- Macam mana nak buat kalau emosi terganggu?
- Kenapa kuda berlari, katak melompat?
- Apa dia minda kelas pertama?
- Antara beruang jantan dan beruang betina, degupan jantung sapa lagi laju?
- Apa sumbangan yang boleh anda beri kepada sistem pendidikan negara?
- Apa kekuatan diri anda?
- Apa kelemahan diri anda?
- Apa ciri-ciri sekolah bistari?
- Setuju tak kalau sistem pendidikan satu sessi dilaksanakan, kenapa?
- Berapa tinggi bangunan KLCC?
- Katakan pembantu makmal selalu datang lewat, pintu makmal selalu lambat dibuka, sebagai guru sains apa tindakan awak?
- Apakah langkah keselamatan utama di dalam makmal?
- Kenapa saya perlu pilih awak untuk mengisi kekosongan jawatan guru ini?
Banyak lagi soalan-soalan yang boleh kita fikirkan terutamanya soalan atas soalan. Contohnya soalan yang berkaitan dengan pendapat. Kalau panel tak setuju atau berbeza pendapat dengan kita, sediakan jawapan terbaik dan jangan terlalu emosional.
Dowload Rahsia Persiapan Temuduga
Saya nampak banyak soalan-soalan temuduga SPP mencabar bakal guru. Bukannya apa, bekerja sebagai seorang guru memerlukan guru kalis tekanan. Mungkin penilaian dari sudut menerima tekanan juga diambil kira untuk memilih guru terbaik di antara yang terbaik.
Jangan terlalu konfiden soalan ini akan keluar, tapi sekurang-kurangnya kita boleh bersedia dengan pelbagai kemungkinan soalan dan jawapan yang masuk akal.
Selamat menghadapi temuduga wahai sahabat..
shraqs says
Pernah jugak dengar cerita dr kawan2 guru pasal temuduga SPP ni,.. macam2 soalan yang tak terduga ditanya diorang… ada yang pernah saya ingat :
1. Berapa panjang sungai Sarawak?
2. Sebutkan 5 sungai terpanjang di dunia..
3. Tanda tangan siapa di duit kertas RM1
4. Ada yang siap kena menyanyi lagu Negaraku & lagu sekolah pun ada,
dan macam2 lagi… 🙂
Cikgu Hairul says
Pengetahuan am memang banyak ditanya. Kadang-kadang tak tercapai akalku..
budak felda says
tapi yang paling penting bagi aku jangan terlalu diam dlm bilik temuduga hehehe.buat2 kecoh mcm tahu hehehe
Cikgu Hairul says
Kena hati-hati jugak. Takut terlepas cakap benda yg memang betul-betul kita tak tahu. Parah juga..
Leeza Dayasari says
like n dah share juga link entri ni… bakal dikunjungi oleh rakan2 taulan.
Jebeng Otai™ says
ketinggian klcc pon ditanya..mmg mencabar tu..huhu
Norizwan says
dalam banyak interview ini…kali pertama saya pernah ditanya, suruh berdiri suruh baca doa qunut….huhu
daddydee says
Good luck pada semua calon.
Aarman says
Bagi yang beragama islam, juga akan di tanya berkaitan dgn agama. Contoh hafal surah.
cik tom says
good luck pd calon temuduga!
Aarman says
Pasal agama pun sering ditanya cth..baca doa qunut, bab sembahyang, dan hafazan surah-surah pendek. Ini masa awal 2000-an dulu masa aku interview pelantikkan guru. Tapi interview utk lantikkan SPP yg baru aku hadiri pd bulan Mei yang lepas tidak ada sedikit pun menyentuh berkaitan agama. Walaupun pun penemuduga juga beragama islam. Mungkin sekarang ini untuk temuduga SPP ia dibuat secara berkumpulan. setiap kumpulan ada 5 orang. Jadi oleh kerana kita 1Malaysia, dlm kumpulan tu ada macam2 bangsa/agama jadi perihal agama tidak ditanya.
Rina says
Semoga sukses ya buat semua yang mengikuti SPP 🙂