Macam tak percaya je bila tengok iklan kerja di sebuah protal pencari kerja ni. Gaji permulaan untuk seorang pemegang PhD cumalah RM2000. Apalah nasib lepasan PhD sekarang ni. Jawatan yang ditawarkan pensyarah kolej. Tapi cuma ditawarkan gaji RM2000 sebulan? Lekeh sangat kot kerjaya pendidik zaman sekarang ni.
Itu graduan yang ada PhD. Bukan Ijazah Sarjanamuda Pendidikan dari universiti swasta mahupun sijil dari kolej vokasional. Tengok pada kelayakkan, macam-macam yang diminta. Siap request at least ada 12 bulan pengalaman mengajar. Takkan cuma tawarkan RM2000 untuk Phd dan ada setahun pengalaman mengajar?
Bila direnung-renung semula, aku cuba menduga-duga mungkinkah ini jawapannya. Pensyarah Pengajian Islam rupanya. Owhhh.. patutlah tak sanggup nak bayar mahal. Ilmu tu kan free. Allah yang bagi. So, RM2000 tu kira murah la. Kalau ikutkan Majikan ni, dia suruh je pemegang PhD tu mengajar Pendidikan Islam di Kolejnya secara percuma. Tapi macam tak patut pulak kan. Maka keluarlah iklan macam ni….
Haritu kecoh tangga gaji cikgu lebih baik dari tangga gaji pensyarah universiti. Aku macam tak berapa percaya. Tapi bila tengok sendiri iklan jawatan ni, ada betulnya juga.
Bertabahlah wahai pendidik. Kalian sedang berada di dalam zaman kegelapan. Majikan cuma tahu memerah keringat. Tak apa lah, kalau pun tak mampu senang di dunia, di Sana nanti insyaallah senang.
Khairul Zamri says
Kalau degree tu pun macam boleh terima lah sikit-sikit pun. Pengalaman pun banyak tu
KHAIRUL AMRAN says
Nak jimat bro. Pengalaman tiada nilai sekarang.
lokmanamirul says
phd pun rm2000 ja, kalau diploma macam saya entah camna.
Ira says
ekonomi makin gawat, moga para pendidik terus tabah dalam mendidik anak bangsa.