Hai, semua. Dah lama rasanya tak menulis sejak raya Aidilfitri yang lepas. Hari ni lepas beberapa hari keputusan SPM 2020 keluar baru ada mod nak menulis. Isu ni terasa dekat di hati memandangkan SPM tahun lepas adalah SPM paling bersejarah. Nampaknya keputusannya pun boleh tahan jugak hebatnya.
Ada yang pening mencari tempat sambung belajar? Buat masa ni, tak perlu risau sangat. Sebab banyak universiti tengah kosong. Susah sikit mereka nak tolak permohonan pelajar baru. Tapi, jangan sampai kita terpedaya dengan iklan-iklan program mereka .
PKP sejak tahun lepas mungkin boleh menjadi indikator kepada kita untuk memilih kursus apa yang sesuai diambil masa masuk universiti. Kalaupun bukan core business, mungkin rantaian kepada essensial service boleh kita pilih.
Ada beberapa sektor yang saya tengok tak terjejas walaupun dalam tempoh pendemik. Sektor perubatan dan rantaiannya, sektor awam terutamanya Polis dan Tentera, sektor perkilangan dalam industri pembuatan makanan, sektor pertanian dan jawatan-jawatan penting seperti akauntan.
Oleh itu, pemilihan yang tepat patut kita buat dari sekarang sebab akan datang kita tak tau samada pendemik ini akan berakhir atau berterusan untuk jangkamasa lama.
Saya nak bagi satu tips bagaimana mencari kursus yang sesuai. Lihat dulu senarai sektor yang tak terjejas. Kemudian semak pulak kursus-kursus di universiti yang sesuai dan akhir sekali cari beberapa universiti untuk dipilih.
Bila dah dapat sambung belajar nanti, cepat-cepat survey industri tersebut. Untung-untung masa kita tengah belajar pun boleh kita sambil-sambil cari pengalaman bekerja.
Sekarang zaman semua orang nak survive untuk hidup. Seboleh-bolehnya jangan buat pinjaman untuk sambung belajar. Macam mana nak buat? Terpulanglah kepada diri kita. Kalau saya, saya akan cari tempat belajar yang boleh belajar secara percuma atau mengenakan yuran paling minima.
Okey, selamat belajar dik. Struggle masa nak belajar tahun lepas boleh dijadikan panduan untuk kita menghadapi struggle masa belajar nanti. Struggle masa sambung belajar, diharap ia dapat membantu kita struggle mencari kerja nanti. Struggle mencari kerja diharap dapat menjadi pendorong kepada kita untuk terus berjaya dalam kerjaya nanti.
Leave a Reply