Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / InfoKerjaya / Ini Rahsia Pembuatan Winning Resume Yang Wajib Anda Tahu

Ini Rahsia Pembuatan Winning Resume Yang Wajib Anda Tahu

13 April 2017 by admin

Persedian resume yang lengkap, padat dan kelihatan profesional sangat penting untuk menunjukan anda seorang yang ada karisma dari segi hasil kerja yang anda berikan kepada mereka. Hari ini saya nak kongsikan satu rahsia pembuatan resume yang wajib anda tahu.

Sebenarnya kan, resume yang berbentuk konventional iaitu mempunyai sehingga 3-4 muka surat sudah tidak releven pada dunia IT kini. Semakin moden teknologi, manusia semakin nak benda yang simple.

“Thumbs Up Rule” mengatakan resume yang baik cukup sekadar 1 muka surat dan 2 muka surat maksima jika pengalaman anda kurang dari 10 Tahun.

DOWNLOAD DI SINI

Sebelum anda tahu nak membuat resume, anda kena tahu dahulu apa itu RESUME?

  • Medium untuk anda menjual potensi kepada syarikat
  • Ringkasan info yang padat mengenai diri anda
  • Salah satu pemasaran melalui komunikasi tulisan
  • Ayat yang ringkas dan memukau
  • Satu dokumen untuk meyakinkan majikan anda mengenai siapa diri anda dan juga bahagian apa yang anda mahir
  • Dokumen yang menunjukan dengan jelas anda punya ‘goals’

Kenapa ia sangat-sangat penting ?

  • Ia adalah medium komunikasi pertama diantara anda dan majikan. Ingat, first impression counts!

Apa yang perlu ditulis dalam Resume?

  • Personal Information
  • Summary of Qualifation
  • Current Work Experience
  • Education and Traning
  • Reference

Ini part yang paling penting!

Bagaimana mahu menulis “winning resume”:

  • Anda kena buat sendiri, ini akan membuatkan anda lebih teratur untuk keluarkan idea dan maklumat peribadi.
  • Pastikan dia tidak ada kesalahan bahasa, rujuk resume anda kepada orang yang lebih berpengalaman seperti pensyarah
  • Pastikan ia kelihatan cantik, maksudnya disini elakan menggunakan kertas yang murah jika anda print resume tersebut
  • Gunakan ‘font’ yang sesuai
  • Jujur, ringkas dan logik, jangan overclaimed/overstate dalam penulisan resume anda
  • Sentiasa positif, tekankan hasil kejayaan anda, elakan merendah diri
  • Sentiasa update & edit resume. Pastikan anda menggunakan ayat-ayat yang betul dalam penulisan di dalam resume. Jangan buat sekali dan puas hati. Buat sehingga anda benar-benar puas hati.
  • Pastikan ia kemas, bersih dan tersusun.

Tulisan yang sesuai untuk resume anda :

Times New RomanArial
Century GothicFranklin Gothic Book
Gill Sans MtLucida Sans

Okeh, macam mana dengan tips ni? Mungkin ia sangat berguna untuk anda menghasilkan resume yang super power bagi menarik bakal majikan membaca resume anda. Sebelum tu, tengok dulu 10 Soalan Temuduga yang patut anda tahu.  Selamat mencuba dan mulakan menulis ikut tips-tips yang saya berikan di atas.

Filed Under: InfoKerjaya

Comments

  1. Anuar says

    1 June 2017 at 12:56

    Menarik… Boleh share maklumat ini dengan adik-adik kita yang baru tamat pengajian dan sedang mencari kerja..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in