Cikgu, guru, teacher, ustaz, ustazah.. semuanya satu panggilan yang memberi maksud yang sama. Perguruan dah diiktiraf sebagai salah satu profesion yang tertua di dunia. Kini ianya telah memasuki satu dimensi baru.
Dulu, cikgu cuma dikenali sebagai penyampai ilmu pengetahuan dalam mata pelajaran dalam bidang tertentu. Tapi sekarang semuanya dah berubah. Cikgu bukan sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan. Tanggung jawab guru diluaskan lagi sebagai pemudah cara pengetahuan dan harus mempunyai persediaan yang cukup untuk membentuk dan mewujudkan kondisi pelajaran dan pembelajaran secara cekap dan efektif.
Kerjaya dalam bidang perguruan ini mempunyai cabaran yang besar. Sebelum bergelar guru, banyak aspek yang perlu diberi perhatian, misalnya dari segi kelayakan akademik dan ujian kemasukan yang perlu dihadapinya iaitu ujian dan temuduga Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI).
Ramai bakal guru berjaya melepasi ujian bertulis yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) dengan kerjasama Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) namun ramai yang tidak berjaya melepasi ujian temuduga yang diadakan.
Apakah sebabnya kebanyakan calon-calon guru mengalami kegagalan dalam temuduga ini? Susah sangat ke?
Baru-baru ini rakan saya, Cikgu Ikhwan ada membuat kajian berkaitan dengan masalah ini. Dalam kajian yang dijalankan, terdapat 15 kajian kes kegagalan calon KPLI, DPLI dan ISMP sepanjang temuduga pendidikan dijalankan.
Bagi sesiapa yang belum kenal dengan Cikgu Ikhwan, beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar di sebuah institusi kemahiran swasta yang berpengalaman di dalam bidang pendidikan. Beliau telah menghasilkan beberapa artikel pendidikan sebagai satu sumbangan di dalam mendidik rakyat Malaysia mengenai kepentingan pendidikan.
Bukti kesungguhan beliau telah dibuktikan lagi dengan terbitnya sebuah panduan untuk calon guru DPLI yang bertajuk “Panduan DPLI : Tips Peperiksaan dan Temuduga MEdSI”.
Buku tu dia bagi percuma je tau. Tapi tak tau la sampai bila. Kena ambik peluang ni cepat.
AJAT says
cikgu, test medsi ni sy da jawab 2 kali..tp masih gagal.. sy confuse part bahagian minat kerjaya.. ada soalan mengenai anda minat merekod akaun? anda minat pada invois? anda minat memancing? anda minat tengok gerhana bulan? anda minat kerja2 perkayuan? anda minat cucuk tanam? anda minat menjahit? anda minat muzik? kalau soalan macam ni, sy harus jawab tidak ke atau ikut pada kaitan course yg sy mohon?
Cikgu Hairul says
Jawab jer apa-apa. Yang tu cuma nak tengok sikap dan sifat je. Tiada jawapan yang betul atau salah. Ujian tu cuma menilai kita. Kalau gagal tu saya tak pasti kat mana silapnya. Dah dapatkan ke panduan Medsi?
AJAT says
da dapatkan dah..sy paling confuse part ni la.. sbb arahan dia part minat n kerjaya… sy jadi confuse..kalau sy jawab minat merekod akaun tu, kang kata sy minat nk jadi akauntan lak…kalo kate minat kerja2 bertukang, repair basikal, kang kate sy minat kerja mekanik lak… confuse sgt2 =..( padahal, course sy mohon pendidikan kemahiran hidup… kan sy kena belajar bende2 akaun, kayu2, masak2, tanam2, repair2, elektrik2 tu sume… kalau pendapat ckgu cmne? kat buku panduan tu, skema part ni xde kan..
AJAT says
ckgu, nnt da free sket, email sy. [email protected] (ila)
ada soalan nk tnye..lagi 2 hari da nk test..
da bnyk org, yg sy tanye.. sbb dulu sy amek course akaun kat utm semarak..skang sy nk smbung pendidikan kemahiran hidup kat utm gak.. semua kate x sepatut nye la kalau sy jawap TIDAK pada soalan minat invois n merekod akaun tu.. tp bukan ke soalan tu mcm akan detect kite minat nk jadi akauntan.. bnyk lagi mende2 yg confuse ni.. mcm, kerja ikut struktur ke, bnyk la..tolong ae ckgu..
Cikgu Hairul says
Ajat, email je. Saya memang free. Tak pun blh chat kat fb.
AJAT says
name pe letak kt fb? email pls
Cikgu Hairul says
KHAIRULAMRAN
Ayabizz says
Bidang perguruan dan kesihatan adalah antara bidang yang masih banyak peluang pekerjaan di Malaysia ini..
Cikgu Hairul says
Tapi masih ada lambakan guru yang belum posting.
syafiq_ac SAY says
cikgu ble share,akan dikreditkan….
farisya ajis says
apa yg menyebabkan temuduga tu gagal? lepasan spm pun kalau pilih pendidikan ada temuduga jugak ke?
Cikgu Hairul says
Lepasan spm pun ada juga temuduga. Gagal tu saya tak pasti apa sebabnya. Yang pasti kalau penampilan dan keyakinan kita depan penemuduga teruk, besar kemungkinan akan digagalkan.
farisya ajis says
kalau lepasan spm yg pilih bidang pendidikan pun ada interview jugak ke? apa yg menyebabkan interview kita tu gagal?