Resume nak ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris? Itu persoalan biasa untuk graduan yang baru nak memohon kerja. Ada yang kata nak senang, gunakan Bahasa Inggeris kerana banyak template yang boleh kita guna dan edit terus dari laman web.
Ada juga berpendapat, gunakan Bahasa Melayu juga tidak menjadi kesalahan. Cuma dengan resume tersebut sukar untuk memohon di Syarikat Multinational yang kebiasaannya mengunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Di universiti, kebanyakkan pelajar belajar membuat resume dalam Bahasa Inggeris. Mungkin universiti berpendapat Bahasa Melayu tiada tempat di hati majikan. Mungkin la. Malahan, ramai juga pelajar beranggapan, bahasa Inggeris adalah bahasa utama di sektor swasata.
Sebenarnya, nak buat resume bergantung kepada syarikat yang kita mohon. Buat sedikit research berkenaan syarikat tersebut. Kalau boleh telefon HR bertanya. Kadang-kadang walaupun syarikat multinational, tetapi pihak HR lebih suka pemohon menggunakan Bahasa Melayu dalam penulisan email permohonan dan resume.
Jangan sekali-kali menghantar resume melalui email kepada beberapa syarikat. Itu pantang besar dalam memohon kerja. Kita berharap dengan satu email dan satu resume yang kita buat semasa kita belajar sesuai untuk permohonan kerja di semua sektor. Itu juga satu kesilapan.
Leave a Reply