• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Cikgu Hairul

Just another Teacher story

  • Home
  • Contact
  • Polisi
  • InfoKerjaya
You are here: Home / Dari Hati / Kenapa Dah Berpuasa Tapi Tak Kurus Juga

Kenapa Dah Berpuasa Tapi Tak Kurus Juga

by Cikgu Hairul on Saturday, August 20, 2011

Alhamdulillah hari ini masuk fasa terakhir berpuasa. Menanti debaran lailatulkadar yang entah bila akan tiba. Semua umat Islam yang beriman pastinya akan menantikan malam yang lebih baik dari malam seribu bulan itu.

Sepanjang berpuasa apakah yang kita rasakan? Adakah perubahan pada tubuh badan kita? Makin kuruskah, makin gemukkah. atau makin lemah longlai? Semua perubahan pada diri akan berlaku bila kita mula berubah cara hidup.

Ada yang pelik kenapa dah berpuasa 20 hari tapi masih tak turun berat badan. Makin naik ada la. Orang yang dulunya sihat, tiba hari ke 20 mula sakit-sakit. Adakah berpuasa memudaratkan? Pastinya tidak. Ramai saintis barat dah buat kajian yang berpuasa ini akan menyihatkan badan. Tapi kita sebaliknya. Di bawah ini dinyatakan beberapa amalan yang menyebabkan berat badan kita tak turun walaupun dah berpuasa.

  1. Cara pemakanan salah.
    Salahnya kita apabila tiba bulan Ramadhan adalah serbu bazar. Pembaziran berlaku apabila kita melayan nafsu. Nafsu yang sepatutnya dikurung kita suburkan di waktu berbuka. Kita berbuka sampai tersandar. Perut yang penuh akan merangsang kita untuk menjadi malas.Begitu juga waktu malam kita penuhi dengan makan. Macam-macam kita makan lepas berbuka sampai lupa solat terawih. Lagi parah bila lepas makan tidur sampai pagi. Waktu sahur pulak makan macam orang kebulur. Macam-macam lauk ada. Lepas sahur pulak tidur. Macam mana berat badan tu nak turun.
  2. Banyak tidur.
    Ini lagi satu tabiat buruk kita semasa bulan puasa. Pantang ada waktu terluang mesti nak tidur. Sambil kerja pun boleh tidur. Lepas sahur tidur, lepas buka tidur, waktu rehat tengahari tidur.. tak habis-habis tidur. Kan elok waktu terluang tu baca alQuran. Tidur ni akan jadikan kita bertambah penyakit. Kalau banyak tidur, percayalah kita masih rasa mengantuk. Itulah penyakit tidur namanya.
  3. Kurang aktiviti.
    Bila tiba bulan Ramadhan je, semua aktiviti riadah beku. Hujung minggu yang biasanya kita jogging akan dipenuhi dengan aktiviti tidur dan berehat. Pengurangan aktiviti hidup hampir 50% akan menyebabkan kita naik lemak. Naik lemak bermakna kita bertambah berat. Keluar office pun awal masa bulan Ramadahan ni kan. Nampak sangat bulan Ramadhan ni mengurangkan produktiviti kita.
Sepatutnya bila kita berpuasa kita akan bertambah sehat. Rupanya sehat bersyarat. Syaratnya kena ikut cara hidup Rasulullah. Berbuka sekadarnya, sahur sekadarnya, solat terawih, bertadarus, qiamulail, beriadah dan kurangkan tidur. Kalau kita ikut cara Rasulullah insyallah kita akan jadi bertambah sihat dan menjadi kurus. Bukan saja badan yang kurus, nafsu juga akan kurus.
Read more:  LayAR

About Cikgu Hairul

Cikgu Hairul, bukan seorang guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Lepasan UTM dalam bidang Pendidikkan. Kini menjadi tenaga pengajar di salah sebuah Akademi yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia. Tulisannya berkisar kepada apa yang dilalui sepanjang hidupnya. Apa yang baik, boleh diambil menjadi tauladan manakala yang tidak sesuai, jadikan sepadan.

Reader Interactions

Comments

  1. titan says

    Saturday, August 20, 2011 at 17:26

    hoho..lebih ramai jadi gemuk berbanding yang berisi.. 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Saturday, August 20, 2011 at 18:43

      Banyak makan & Banyak tidur = gemuk dan berisi.. ehehhe

      Reply
  2. Sobri Mansor says

    Wednesday, August 24, 2011 at 10:04

    Setuju sangat. Berpuasa bukan halangan untuk kita teruskan aktiviti harian. Kalau asyik tido sahaja, semua benda tak masuk. Berat badan kompom la naik sebab tido sahaja.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Wednesday, August 24, 2011 at 15:37

      Boleh batal puasa kalau tidur telebih ni.

      Reply
  3. Pacifista says

    Friday, August 26, 2011 at 01:23

    entri ni macam untuk aku je.huhu…

    Reply
  4. Amar says

    Friday, September 2, 2011 at 17:11

    Berpuasa tu cuma jasad yang tahan makan. Ruh terus makan selamber jer (zikir). Kalau dua-dua (jasad dan ruh) tahan makan… Nasik tak makan, zikir pun idak… Memang lembik cam sotong ler sepanjang berpuasa.

    Reply

Leave a Reply to Cikgu Hairul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 · Blogging With Love by Cikgu Hairul.

Porn Central

  • porno carioca
  • porno en español
  • xvideos brasileiro
  • videos pornos