• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Cikgu Hairul

Just another Teacher story

  • Home
  • Contact
  • Polisi
  • InfoKerjaya
You are here: Home / Dari Hati / Kenapa Nak Berubah?

Kenapa Nak Berubah?

by Cikgu Hairul on Friday, January 6, 2012

Kita satu bangsa yang kuat. Bangsa yang tak mudah dipesongkan. Cuma satu je yang bangsa kita mudah… Bangsa kita mudah berasimilasi. Berasimilasi bukan bermakna kita terikut-ikut atau terpengaruh. Berasimilasi bermaksud mengadaptasi mengikut acuan kita sendiri.

Menyesuaikan budaya orang luar dengan budaya kita adalah kepakaran kita. Lihat sahaja pakaian kita, cara makan kita, pertuturan kita dan tulisan kita. Banyak budaya asing telah diasimilasikan. Alhamdulillah… Akidah kita tidak terpesong. Sangat kuat datuk nenek kita dulu kan? Walaupun dah terjajah beratus tahun tetapi akidah mereka kental. Sehinggalah kita ini dilahirkan islam.

Kegagalan penjajah yang amat ketara ialah menukarkan agama bangsa Melayu kepada agama mereka. Bahkan mereka mengakui bahawa bangsa ini mudah dijajah fizikalnya tetapi akidahnya sangat susah dijajah.

Read more:  10 Perkara Tentang Android

Perkembangan mutaakhir ini sangat mendukacitakan. Budaya barat yang dulunya cuma diasimilasikan sahaja sekarang telah diguna menggantikan budaya kita. Bangsa kita kini ramai yang membuang budaya Melayu lalu memasukkan budaya asing dalam cara hidupnya. Kenapa ye jadi macam ni? Dalam situasi kita tak terjajah dan telah merdeka ini orang kita boleh dipesongkan akidahnya.

Cerita murtad bukan jadi satu cerita dongeng lagi. Ia telah jadi kenyataan. Hubungan sejenis sudah jadi budaya masyarakat Melayu. Sex bebas dan pergaulan bebas juga sudah mantap bertapak di alam Melayu. Golongan itu tidak segan silu menyuarakan hak songsang mereka. Kenapa nak berubah? Adakah kemodenan ini yang kita impikan?

Read more:  Masih Ada Yang Percaya

Apakah tahun 2012 ini mencerminkan bangsa Melayu sebenar? Sedikit demi sedikit jatidiri Melayu dihakis dan kemuncaknya adalah tahun 2012. Penjajah dah mula tersenyum. Rupanya untuk menguasai bangsa kuat ini bukan dengan menjajah fizikalnya, tetapi jajah mindanya. Secara tak langsung keseluruhan cara hidupnya akan berubah mengikut mereka.

Kembalilah kepangkal jalan. Untuk diri ini, isteri, keluarga dan sahabat handai… Marilah kita kembali kepada carahidup yang sebenar. Rujuklah carahidup insan Agung sebagai pedoman untuk kita ikuti. Rujuk juga kitab Agung sebagai panduan kita meniti hari hari mendatang.

About Cikgu Hairul

Cikgu Hairul, bukan seorang guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Lepasan UTM dalam bidang Pendidikkan. Kini menjadi tenaga pengajar di salah sebuah Akademi yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia. Tulisannya berkisar kepada apa yang dilalui sepanjang hidupnya. Apa yang baik, boleh diambil menjadi tauladan manakala yang tidak sesuai, jadikan sepadan.

Reader Interactions

Comments

  1. anif says

    Saturday, January 7, 2012 at 13:28

    Semoga bangsa ini sedar akan cabaran yang bakal mereka hadapi untuk tahun-tahun mendatang.

    Penjajahan datang dengan bentuk baharu..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Saturday, January 7, 2012 at 15:35

      Mudah-mudahan ramai yang sedar dengan penjajahan bentuk baru yang dilihat lebih bahaya daripada penjajahan konvesional.

      Reply
  2. ayu jamal says

    Saturday, January 7, 2012 at 22:39

    seram juga bila fikirkan apa la y akan berlaku, sekiranya semua ni masih berterusan…harap2nya tidak begitu.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Sunday, January 8, 2012 at 08:50

      Kita cuma mampu berusaha dan berharap je kak ayu..

      Reply
  3. tehr says

    Sunday, January 8, 2012 at 15:54

    ada yang masih menganggap cara hidup barat adalah lebih nampak maju dan dihormati
    memang payah bila ada orang macam ni

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Sunday, January 8, 2012 at 16:57

      Mungkin sogokan budaya barat berlebihan di media buat kita terpesona. Manakala budaya kita sering sahaja digambarkan sebagai kuno dan ketinggalan. Kita kan punya semangat inquiri dan ingin mencuba yang tinggi cikgu..

      Reply
      • shraqs says

        Thursday, January 19, 2012 at 12:57

        Segala aspek kehidupan kita sekarang banyak disogok dengan acuan dari luar… kalau tak hati2 memang hanyut dibuatnya

        Reply
  4. kimmie says

    Sunday, January 8, 2012 at 21:32

    penjajah minda lagi menakutkan sebenarnya, kerana kita tidak sedar yang kita sedang dijajah. Ia merupakan cara halus mereka menjajah kita. Semoga kita semua akan sentiasa sedar tentang hakikat ini dan berusaha untuk kembali ke jalan yang lurus.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Sunday, January 8, 2012 at 23:02

      Usaha2 menyedarkan masyarakat harus kita jalankan dengan apa cara sekalipun.

      Reply
  5. titan says

    Monday, January 9, 2012 at 04:12

    lebih baik jadi diri sendiri.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Monday, January 9, 2012 at 06:34

      Itulah yang sebaiknya bro..

      Reply
  6. suri says

    Monday, January 16, 2012 at 17:00

    bila melayu lupa diri mmg mudah orang asing nak perdayakan kita..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Monday, January 16, 2012 at 22:51

      Mudah sangat kita bi lupa kan? Sampai mudah orang memperdaya.

      Reply
  7. ciksembang says

    Tuesday, January 17, 2012 at 13:12

    anak sy di Kolej Melayu, kerap diingatkan mengenai bangsa Melayu. Lagu mengenai Melayu kerap dinyanyikan. Saya dah lupa liriknya tapi sangat membakar semangat

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Tuesday, January 17, 2012 at 13:44

      Ciksembang, baguslah cam tu. Selalu diingatkan supaya tak lupa.

      Reply
  8. shafaric says

    Tuesday, January 17, 2012 at 16:40

    Melayu memang mudah lupa. Sejarah dah pun membuktikannya. Kita tunggu je lah .. Tak lama lagi je lagi ia akan berulang kembali …

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Thursday, January 19, 2012 at 08:15

      Sebab tu kita kena saling ingat mengingati.

      Reply
  9. shraqs says

    Thursday, January 19, 2012 at 13:02

    Insyaallah kita sama2 memperingati diri sendiri dan orang di sekeliling. Blog ni pun satu platform terbaik jugak utk pemyebaran maklumat..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Friday, January 20, 2012 at 20:34

      Kalau boleh disebar2kan pun ok juga.

      Reply
  10. Khidhir says

    Friday, January 20, 2012 at 10:57

    berubah lah kepada yang lebih baik. pegangan jangan dilupa.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Friday, January 20, 2012 at 20:34

      Kalau sudah baik, jadilah yang lebih baik kan..

      Reply
  11. Amirez says

    Sunday, January 29, 2012 at 13:43

    Barat dah jajah Melayu secara halus, terutamanya untuk rosakkan orang Muslim…sama ada kita sedar atau tak…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Sunday, January 29, 2012 at 14:05

      Rasanya ramai yang sedar. Tapi masih lalai dengan kesenangan yang ada.

      Reply

Leave a Reply to suri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 · Blogging With Love by Cikgu Hairul.

Porn Central

  • porno carioca
  • porno en español
  • xvideos brasileiro
  • videos pornos