• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Cikgu Hairul

Just another Teacher story

  • Home
  • Contact
  • Polisi
  • InfoKerjaya
You are here: Home / InfoKerjaya / Kenapa Pengambilan Guru Wajib Diambil Daripada Kalangan Lepasan SPM Yang Kurang Cemerlang?

Kenapa Pengambilan Guru Wajib Diambil Daripada Kalangan Lepasan SPM Yang Kurang Cemerlang?

by Cikgu Hairul on Sunday, April 17, 2016

Kenapa guru wajar diambil daripada lepasan spm yang kurang cemerlang? Kurang cemerlang bukan bermakna tak pandai atau gagal dalam spm. Kurang cemerlang yang aku maksudkan ialah pelajar memperoleh keputusan bukan semua A. Maknanya ada la sikit-sikit merasa B dan C. Syarat Pengambilan Guru, Keputusan SPM Mesti Kurang Cemerlang! Setuju tak?

Dulu masyarakat memandang profesion pendidikan hanyalah profesion untuk yang tak berapa pandai. Orang bijak pandai masuk Universiti, yang kurang pandai masuk maktab perguruan. Budak pandai ni nanti keluar universiti jadi Pegawai, budak tak berapa pandai keluar maktab jadi cikgu. Generasi tahun 80an ke bawah merasa la keadaan macam ni. Sehinggalah ibu bapa pada waktu tu memandang jelek akan profesion pendidikan.

Syarat Baru Kemasukkan Ke IPGLalu satu perubahan besar-besaran dilakukan dalam sistem pendidikan negara. Dimana syarat untuk masuk ke maktab perguruan (IPG) dinaikkan. Maktab-maktab perguruan juga dinaik taraf menjadi Institut Pendidikan Guru bertaraf Universiti. Semua ni untuk mengikis persepsi masyarakat terhadap profesion pendidikan. Zaman sekarang, lepasan SPM yang cemerlang sahaja akan terpilih ke IPG.

Mungkin kita tak sedar, wujud kepincangan apabila perubahan ini berlaku. Kesannya jelas terlihat pada generasi sekarang. Bukan sahaja anak-anak yang terlahir dari institusi sekolah, malahan guru-gurunya juga terkesan dengan perubahan tersebut. Akan datang mungkin lagi dahsyat.

Read more:  Pengalaman Temuduga Yang Sangat Memalukan! Hakim Kongsikan Pengalaman Beliau Ketika Sesi Temuduga

Pada pendapat aku, syarat untuk masuk ke ipg yang dulu lebih relevan berbanding sekarang. Sebabnya, apa yang aku nampak, orang cemerlang agak sukar mengajar budak-budak sekolah. Mereka tak sesuai jadi cikgu sekolah yang tahap pemikirannya masih belum cukup dewasa. Tetapi orang cemerlang ni layak mengajar di universiti menjadi lecturer yang sememangnya orang yang pandai-pandai je nak belajar.

Orang yang ada pengalaman menghadapi kesukaran memahami sesuatu subjek masa sekolah apabila menjadi guru, dia adalah seorang guru terbaik. Orang pandai jarang tak faham apa yang guru cakap di depan kelas. Bila orang pandai menjadi guru, mereka tak nampak kat mana yang murid-muridnya tak faham. Lepas tu mula la nak marah murid.

Mungkin sebab inilah fungsi guru sudah bertukar daripada mendidik kepada mengajar. Mengajar apa yang disuruh ajar. Memberitahu apa yang perlu murid tahu. Nak jadikan murid pandai, hantarkan saja ke kelas tuisyen. Disana akan dilatih tubi sehingga murid tahu apa yang mereka perlu tahu, dan buat apa yang seperti diajarkan di dalam kelas. Inilah salah satu daripada kesan sampingan apabila guru yang mengajar terdiri daripada orang yang cemerlang dalam pelajaran di peringkat sekolah.

Read more:  Ramai Tidak Tahu Tahu Format Menulis Cover Letter Dengan Betul

Kita tidak mahu melihat fenomena menghantar anak ke kelas tuisyen ini menjadi satu budaya sebab guru tidak mampu memahamkan murid di dalam kelas. Kita mahu melihat anak-anak faham sesuatu yang diajar di sekolah tanpa menghadiri kelas-kelas tusyen. Situasi ini akan menampakkan kegagalan fungsi guru di dalam kelas. Sedih sangat bila ada ibu bapa yang marahkan cikgu sebab terpaksa hantar anak ke kelas tuisyen semata-mata nak bagi faham subjek yang sudah diajar di sekolah.

Pada aku, sudah sampai waktunya pengambilan ke IPG diwajibkan dari kalangan lepasan SPM yang kurang cemerlang. Takkan hina la orang yang kurang cemerlang ni menjadi guru kepada anak-anak kita. Semua tu cuma persepsi yang telah disumbatkan dalam fikiran kita.

About Cikgu Hairul

Cikgu Hairul, bukan seorang guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Lepasan UTM dalam bidang Pendidikkan. Kini menjadi tenaga pengajar di salah sebuah Akademi yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia. Tulisannya berkisar kepada apa yang dilalui sepanjang hidupnya. Apa yang baik, boleh diambil menjadi tauladan manakala yang tidak sesuai, jadikan sepadan.

Reader Interactions

Comments

  1. Nurolhuda says

    Monday, April 18, 2016 at 21:29

    Salam khuwah. Pengambilan guru di kalangan mereka yang kurang cemerlang SPM sekurangnya dapat memberi mereka peluang untuk memberi khidmat yang lebih baik.

    Reply
  2. mrhanafi says

    Monday, April 18, 2016 at 22:48

    orang yang pandai bukan semuanya ada bakat menjadi cikgu..

    cikgu yang berbakat ialah cikgu yang boleh membentuk pelajar supaya menjadi manusia yang seimbang dari segi akhlak dan emosi

    Reply
  3. saps says

    Thursday, April 21, 2016 at 07:35

    betul juga tu, mana yang tak berapa ok, bila jadi cikgu dia akan fahama bagaimana struggle murid tu untuk memahami subjek.

    Reply
  4. Raihanah Ahmad says

    Thursday, April 21, 2016 at 10:14

    tak semua yg pandai tu berbakat dan sabar jadi cikgu. ada juga yang cemerlang dan mahu jadi cikgu.

    Reply
  5. Amar says

    Saturday, April 23, 2016 at 15:58

    Orang yang cepat faham apa yang diajar, sukar untuk faham kenapa orang lain tak faham. Tapi orang yang faham sesuatu dengan cara yang sukar, terhantuk kepala 16 kali, kena ulang berpuluh kali baru faham… Bila dia pula menyampai, dan anak murid tak faham, dia boleh teka dimana sebenarnya yang anak murid tadi keliru… Sebab dia dulu pun camtu. 🙂

    Reply
  6. Afif Rayyan says

    Thursday, April 28, 2016 at 15:40

    Entri yang menarik.. terbuka sekejap minda saya nie pasal profesion perguruan

    Reply
  7. Khairul Zamri says

    Sunday, May 15, 2016 at 18:03

    Dulu dapat interview masuk maktab cikgu tapi tak pergi

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      Saturday, May 21, 2016 at 01:35

      loo kenapa tak pegi? saya pun dapat juga, tak pegi juga. hhehehe. tapi last2 ambik juga degree pendidikan. emmm….

      Reply
  8. Amar says

    Monday, May 16, 2016 at 15:17

    Selamat hari guru Cikgu Hairul.

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      Saturday, May 21, 2016 at 01:34

      terima kasih

      Reply
  9. ira says

    Thursday, December 1, 2016 at 16:20

    betul, beri peluang kepada semua orang

    Reply

Leave a Reply to Amar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 · Blogging With Love by Cikgu Hairul.

Porn Central

  • porno carioca
  • porno en español
  • xvideos brasileiro
  • videos pornos