• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Cikgu Hairul

Just another Teacher story

  • Home
  • Contact
  • Polisi
  • InfoKerjaya
You are here: Home / Dari Hati / Kenapa PPPM 2013-2025 Terpaksa Dilaksanakan?

Kenapa PPPM 2013-2025 Terpaksa Dilaksanakan?

by Cikgu Hairul on Tuesday, September 10, 2013

pppmPPPM 2013-2025 atau nama panjangnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang baru dirasmikan oleh TS Muhyiddin Yassin Jumaat lepas adalah transformasi pendidikan besar-besaran ke atas sistem pendidikan negara. Plan ini bertujuan meletakkan pendidikan negara setanding dengan negara maju.

Transformasi ini memang sangat diperlukan. Walaupun kesannya hanya boleh dilihat pada tahun 2026, pelan jangka panjang ini wajar dilaksanakan secepat mungkin. Beberapa sebab kenapa PPPM 2013-2025 ini perlu dilakukan.

1. Pendidikan kita jauh ketinggalan.

Terimalah hakikat itu. Lihat saja lah rangking universiti kita. Ada yang duduk di top 10 rangking dunia? Jauh.. Malahan yang ada pun semakin merosot dan terus merosot. Bukan kita tak cerdik. Tengoklah pelajar-pelajar kita yang belajar di luar negara. Mereka belajar dengan sistem terbaik, maka hasilnya adalah mereka cemerlang.

Read more:  Jangan Sombong Boleh Tak?

Itu di peringkat pengajian tinggi. Kalau diperingkat menengah dan rendah, lepasan SPM atau lepasan UPSR takat mana tahap pemikiran mereka? Kita pun nampak kan kat mana letaknya mereka berbanding dengan orang luar.

rangking-universiti-malaysia

2. Kemudahan Sekolah tahap sedih.

Percaya atau tidak, sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak lagi maju dari sekolah di tengah bandar. Projektor pun tak ada. Komputer apatah lagi. Kadang-kadang tu cikgu kena bawak laptop dan projektor sendiri demi untuk memandaikan bangsa.

3. Cikgu tiada integriti.

Bukan nak kata semua. Tapi sebahagian cikgu memang dah demoralize. Apa taknya, kerja banyak nak kena siapkan. Dengan P&P lagi, dengan program lagi, dengan dokumentasi lagi.. Macam tak cukup tangan jadinya. Pengakhirannya, masing-masing lelah. Itu yang menjadikan kualiti pun macam hampas kelapa.

Read more:  Cerita korea berhantu

4. Matlamat belum tercapai.

Matlamat utama pendidikan kita adalah menjadikan falsafah pendidikan negara satu realiti. Namun daripada 4 teras, cuma 1 yang nampaknya dicapai. Dari segi intelek memang output (pelajar) cemerlang. Tapi dari segi jasmani, emosi dan rohani memang hancur. Cuba tengok sekeliling kita. Berapa ramai manusia yang tak dapat mengawal emosinya? Berapa ramai yang tak sihat? Berapa ramai yang jiwanya tertekan? Masih bersekolah lagi perangai dah macam tut.

Mungkin ada banyak lagi sebab yang tak terfikir dek akal waras kita sebab-sebab PPPM dilaksanakan. Kita tunggu plan ini dilaksanakan. Fasa pertamanya sedang berjalan. Pada tahap ini cikgu-cikgu kena bersedia dibrainwash dan ditransformkan menjadi seperti yang dikehendakki.

About Cikgu Hairul

Cikgu Hairul, bukan seorang guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Lepasan UTM dalam bidang Pendidikkan. Kini menjadi tenaga pengajar di salah sebuah Akademi yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia. Tulisannya berkisar kepada apa yang dilalui sepanjang hidupnya. Apa yang baik, boleh diambil menjadi tauladan manakala yang tidak sesuai, jadikan sepadan.

Reader Interactions

Comments

  1. titan says

    Tuesday, September 10, 2013 at 21:55

    tu pasal..gua tak faham..apa pasal orang marah sangat dengan cikgu-cikgu..

    ingat kerja cikgu ni senang sangat kah??

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Tuesday, September 10, 2013 at 22:09

      hanya jauhari mengenal manikam..

      Reply
    • hafizmd says

      Tuesday, September 17, 2013 at 13:36

      sapelah yg suka marah2 cikgu ni, mmg ambe tak faham

      bagi ambe, hanya mereka yg layak dan kental saje layak jadi cikgu…hanya mereka yg terpilih akan dipilih…

      jadi, mana2 mak bapak yg asyik suka marahkan cikgu..kenalah muhasabah diri byk2…

      p/s-ambe bukan cikgu, tapi ambe teramat menghormati seseorang yg berstatus guru

      Reply
  2. Irwan Alessa says

    Wednesday, September 11, 2013 at 00:21

    Ada saudara yang mengajar di Sarawak, memang kalau nak mengajar bangun awal pagi.. Makmal komputer memng terhad penggunaanya.. Ke sekolah pun terpaksa harungi hutan setiap hari.. Tapi dia cekal..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Wednesday, September 11, 2013 at 09:41

      Situasinya masih lebih baik dari sekolah di bandar. Semuanya takde… kalau ada pun rosak dan tak boleh digunakan kemudahan yang ada. Sampaikan tandas pun takde air selalu gara-gara PPD tak bagi peruntukan maintanance pam air. Huh!

      Reply
      • hafizmd says

        Tuesday, September 17, 2013 at 13:37

        ini mmg menyedihkan

        Reply
  3. Joe says

    Wednesday, September 11, 2013 at 15:18

    Pelajar masih kurang kebolehan menyelesaikan masalah. Mostly ipt student hanya study untuk lulus exam.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Thursday, September 12, 2013 at 00:34

      Bukan setakat pelajar. Menteri pun sama. Hahaha.

      Reply
  4. Khairul Zamri says

    Wednesday, September 11, 2013 at 20:29

    perubahan itu penting selagi mana ia terbaik untuk pendidikan negara kita, sokonglah yang mana baik

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Thursday, September 12, 2013 at 00:35

      Yeee.. kami menyokong sepenuhnya. Tapi beban tu yang tak larat nak tanggung.

      Reply
  5. hafizmd says

    Tuesday, September 17, 2013 at 13:38

    Ambe bukan seorang cikgu ttp byk kali juga membaca dan cuba memahami (pasti tak dapat faham sepenuhnya kerana hnaya mereka yg bergelar guru lebih faham).

    Beban yg ditanggung oleh guru pasti akan bertambah. Moga2 guru2 diberi kekuatan dan cekal dalam misi memandaikan anak bangsa dan agama kita….ameen

    Reply

Trackbacks

  1. Pengantar Pengajian Profesional – Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 – IPG Kampus Internet says:
    Monday, January 8, 2018 at 23:40

    […] Kenapa PPPM 2013-2025 Terpaksa Dilaksanakan?. (2013). Blog Cikgu Hairul. Retrieved 26 March 2016, from http://www.cikguhairul.com/kenapa-pppm-2013-2025-terpaksa-dilaksanakan/ […]

    Reply

Leave a Reply to Cikgu Hairul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 · Blogging With Love by Cikgu Hairul.

Porn Central

  • porno carioca
  • porno en español
  • xvideos brasileiro
  • videos pornos