Saya ni celik je mata terus pegang handphone tengok jam pukul berapa. Lepas tu sementara ‘roh’ nak masuk penuh dalam badan saya akan buka wasap dan email.
Notifications banyak masuk. Kena tengok apa yang berlaku. Bila mata dan badan ok sikit barulah saya bangun untuk solat subuh.
Dah selesai solat subuh semua tu, baru lah saya pegang handphone buka Facebook.
Satu benda yang tak best buka Facebook ni kadang-kadang awal pagi dah terbaca berita pasal ada orang mati kemalangan, mati kena bunuh, mati bunuh diri dan sebagainya.
Ada satu hari tu kepala saya terus jadi pening bila baca berita anak bunuh ibu kerat 15 gara-gara harta pusaka!
Memang kejam gila. Seorang anak sanggup buat macam tu dekat emak yang jaga dari kecil hanya kerana harta.
Walaupun berlaku tu berbangsa cina, ianya tak mustahil akan berlaku kepada apa-apa bangsa mahupun agama termasuk agama kita Islam.
Jangan main-main ooo bab-bab harta ni. Manusia boleh hilang pertimbangan bila tak puashati pasal harta. Sanggup buat apa sahaja.
Sebab tu dalam Islam digalakkan kita atau ibubapa yang berharta supaya ketika masih hidup perlu buat wasiat atau hibah kepada waris.
Bukannya selepas sudah tiada baru nak uruskan harta pusaka. Ini yang merumitkan lagi keadaan. Kita ingat bila dah ke ’alam lain’ urusan kita sudah selesai tapi rupanya masih belum selesai.
Jadi marilah kita pakat-pakat belajar tentang cara wasiat dan hibah yang betul.
Nak belajar dekat mana?
Belajarlah dengan Ustaz Ghazali Ibrahim. Dia baru sahaja hasilkan ebook berkaitan panduan hasilkan surat wasiat dan hibah iaitu EBOOK BAGAIMANA KAYA DENGAN HARTA PUSAKA.
Bagaimana caranya?
Korang klik link ni untuk baca apa yang Ustaz sampaikan dan boleh terus dapatkan Ebook:
P/s: Saya pasti ebook ni sangat berbaloi dan tak rugi pun kalau korang miliki hari ini. Bertindak sebelum terlambat.
Leave a Reply