• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Cikgu Hairul

Just another Teacher story

  • Home
  • Contact
  • Polisi
  • InfoKerjaya
You are here: Home / Dari Hati / Ketawa sampai mati

Ketawa sampai mati

by Cikgu Hairul on Saturday, November 11, 2017

Mari kita ketawa sampai mati. Matilah kita dalam ketawa. Hidup itu indah. Mati juga mestilah mati dalam keindahan. Matilah kita dalam ketawa.

1. Ketika gerombolan zomba leka dipukau oleh iPhone dan Vivo, kita ketawa. Lihatlah kami yang mengekalkan sinambungan dengan phone RM58, kami tidak dipukau oleh screen warna-warni yang menelan segala isi otak. Kita pun ketawa, kerana kita pun sama.

2. Kita bukan saja bebas dari kena pukau, kita juga bebas dari arus technology. Kita tak hirau pun anak dara kita ber-chatting dengan siapa di WhatsApp, Instagram, malah WeChat. Sebab kita tak tau dan tak peduli pun technology ni. Kita biar anak dara kita, isteri kita dengan technology terkini, sedang kita berteleku dalam gua batu kapur. Kita tidak tahu ada app dalam phone yang boleh digunakan untuk mencanangkan, menjual dan melanggan bughit, peliaq dan pungkoq bila out station. Kita bebas dari dari segala ancaman cyber ini. Jadi, mari kita ketawa. Ketawa sampai mati.

3. Walau kita hidup di zaman digital, kita tiada usaha untuk memastikan kita lebih arif tentang perihal digital melebihi orang-orang yang kita perlu jaga dan lindungi. Jadi dalam kalangan tanggungan kita, kitalah yang paling maju ke belakang. Kita tak mampu pantau apa anak remaja kita buat dengan smartphone dan computer. Kerana kita bebas dari keindahan smartphone yang memukau. Kita tidak jadi zomba. Kita merdeka dari semua itu. Sambil pegang phone RM58, mari kita ketawa, ketawa sampai mati.

Read more:  Cuti Sekolah Yang Panjang

4. Seperti budak WeChat yang terlalu kagum dengan kehebatan app itu mengimbas QRcode, begitulah kita merasa kagum dan ujub diri dengan kepandaian kita menulis blog dan menulis comment di blog kawan-kawan. Ya itu saja yang kita perlu tahu dan pandai. Lebih sikit lagi, kita bicara tentang SEO. Cukuplah setakat itu, jika lebih lagi akan buat kita riak dan megah diri dengan ilmu di dada. Jadi kita perlu bertahan dengan ilmu setakat ini saja. Itu telah sangat cukup hebat. Dengan apa yang seadanya yang kita ada ini, mari kita ketawa, ketawa sampai mati.

Read more:  12 megapiksel

5. Ada dua zomba yang entah datang dari mana suka bicara tentang dunia technology. Dua zomba itu bodoh, usah pedulikan mereka. Kita jauh lebih bertamadun dari apa yang zomba itu kata. Mereka suka kata yang ketua keluarga mesti lebih bijak dari ahli keluarga dalam tanggungannya. Merepek saja dua zomba itu. Kita ketua, kita bodoh pun tak mengapa. Anak nak terdedah kepada kerosakan minda dalam dunia digital, kita peduli apa. Isteri menyumpah di alam cyber dan buka aib kita secara tidak sedar, kita peduli apa. Bukan juga sampai ke telinga kita. Kita harus percaya, yang rosak akhlak itu hanya berlaku kepada keluarga orang lain, bukan keluarga kita. Kita adalah insan yang sangat bernasib baik. Mustahil musibah seperti itu kena pada kita. Kita sentiasa terpelihara kerana kita hanya guna phone RM58, sedang anak isteri guna phone yang jauh sedikit lebih canggih. Maka jangan runsing-runsing, mari kita ketawa, ketawa sampai mati.

6. Apa perlu buat selepas baca? Tak perlu buat apa-apa kecuali ketawa. Ketawa sampai mati.

About Cikgu Hairul

Cikgu Hairul, bukan seorang guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Lepasan UTM dalam bidang Pendidikkan. Kini menjadi tenaga pengajar di salah sebuah Akademi yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia. Tulisannya berkisar kepada apa yang dilalui sepanjang hidupnya. Apa yang baik, boleh diambil menjadi tauladan manakala yang tidak sesuai, jadikan sepadan.

Reader Interactions

Comments

  1. titan says

    Tuesday, November 14, 2017 at 17:21

    itulah.

    aku guna hp murah.

    hp bini aku lagi mahal.

    moga hp anak aku nanti, tak mahal dari hp aku.

    Reply
    • Khairul Amran says

      Friday, December 15, 2017 at 09:41

      tapi tuan orang bijak pandai. hp murah ilmu tinggi.. setakat nak pantau hp anak bini no hal la.

      Reply

Leave a Reply to Khairul Amran Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 · Blogging With Love by Cikgu Hairul.

Porn Central

  • porno carioca
  • porno en español
  • xvideos brasileiro
  • videos pornos