• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Cikgu Hairul

Just another Teacher story

  • Home
  • Contact
  • Polisi
  • InfoKerjaya
You are here: Home / Dari Hati / Kewajipan Haji Cuma Sekali

Kewajipan Haji Cuma Sekali

by Cikgu Hairul on Friday, September 30, 2011

Sumber : Google.com.my

Menunaikan ibadah,

Di Tanah Suci Mekah….

Penerbangan pertama dah berlepas. Ramai bakal mak Hajjah dan Pak Haji akan mengerjakan Rukun Islam kelima itu.

Sedarkah kita bahawa kewajipan menunaikan fardu haji itu cumalah sekali seumur hidup? Kalau dah pernah buat ibadah tu maknanya kita dah tak wajib lagi. Sekali je… faham tak makna sekali? Sekali tu maknanya bukan dua, bukan tiga malahan bukan berkali-kali.

Wahai orang yang banyak duit aka kaya dunia. Berhati perutlah sikit… Berilah peluang kepada nenek-nenek tua yang tak pernah menunaikan fardu haji itu. Berilah peluang kepada orang-orang muda yang bersemangat menunaikan fardu haji. Janganlah mengambil hak orang lain. Asik-asik engkau, asik-asik engkau yang dapat pergi haji.

Read more:  Rasa Kehilangan Apabila Berakhirnya Bulan Keampunan

Sekarang ni kalau sesiapa yang mendaftar kat Tabung Haji, paling awal pun boleh pergi haji 2041. Memang aku faham, nak pegi haji kena bersabar. Sapa cepat dia dapat. Sapa cukup duit dulu, dia pegi dulu. Masalahnya orang yang dah pernah pegi haji tak payah la menyebok lagi nak pegi.

Eh.. mungkin ada yang menempelak.. “Engkau tak ada duit, buatlah cara tak ada duit. Aku banyak duit, suka hati aku la nak pegi berapa kali pun”. Yess.. itu memang kenyataan bahawa engkau ada banyak duit. Tapi macam mana dengan hak orang lain? Orang lain yang dah ada duit tapi tak dapat pegi dek kerana ada nama engkau terselit. Itu namanya ambil hak orang.

Read more:  Kalau Jauh Dekatkanlah

Sedarlah wahai umat islam. Negara kita ada kuota yang sangat terhad untuk menunaikan haji. Berilah peluang kepada semua rakyat Malaysia menunaikan kewajipan itu. Jangan dek kerana sifat tamak haloba segelintir orang yang kaya, ramai rakyat Malaysia terlepas mengerjakan rukun islam tersebut.

Duit yang banyak boleh disedekahkan kepada rumah anak-anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal, orang yang nak belajar dan banyak lagi kebajikan yang lebih panjang lagi pahalanya. Kalau tak pun, cubalah sponser mana-mana orang yang tak ada duit untuk pegi haji. Besar pahalanya tau.

About Cikgu Hairul

Cikgu Hairul, bukan seorang guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Lepasan UTM dalam bidang Pendidikkan. Kini menjadi tenaga pengajar di salah sebuah Akademi yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia. Tulisannya berkisar kepada apa yang dilalui sepanjang hidupnya. Apa yang baik, boleh diambil menjadi tauladan manakala yang tidak sesuai, jadikan sepadan.

Reader Interactions

Comments

  1. Pacifista says

    Friday, September 30, 2011 at 17:12

    betul jugak bila difikir2kan benda ni.ramai yang pergi haji banyak kali tapi guna tabung haji jugak.apa la salahnya diorang guna yang swasta punya.kan dah kaya,buat apa nak berkira.alahai…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Friday, September 30, 2011 at 21:24

      Kesian kat orang yang menunggu bertahun. ada yg tak sempat pegi dah meninggal.

      Reply

Leave a Reply to Cikgu Hairul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 · Blogging With Love by Cikgu Hairul.

Porn Central

  • porno carioca
  • porno en español
  • xvideos brasileiro
  • videos pornos