• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Cikgu Hairul

Just another Teacher story

  • Home
  • Contact
  • Polisi
  • InfoKerjaya
You are here: Home / Dari Hati / Kita Belum Menang

Kita Belum Menang

by Cikgu Hairul on Friday, May 21, 2021

Diam tak diam sudah 9 hari Aidilfitri berlalu. Tahun ini aku patut panjatkan kesyukuran yang lebih kerana diberi kesempatan solat terawih di masjid lengkap 30 hari. Solat hari raya juga dibenarkan walaupun tidaklah semeriah sebelum pendemik ini.

Kita belum menang. Macam tu lah tajuk khutbah Aidilfitri haritu. Sepatutnya 1 Syawal adalah hari kemenangan kita melawan nafsu dan mendapat keampunan Allah. Namun betul lah apa yang diungkapkan dalam khutbah tersebut. Apa yang belum menang?

Ini senarai panjang apa yang dimaksudkan belum menang itu.

  • Bulan Ramadhan sepatutnya menjadikan kita lebih bertakwa. Adakah kita benar-benar mencapai makam itu? Kalau sepanjang Ramadan tangan tak mampu berhenti dari bersengketa, selayaknya kita tak menang!
  • Sepanjang Ramadan aku disable facebook. Aku cuba mencari kedamaian. Alhamdulillah, tiada lagi caci maki melintas depan mata. Tiada lagi fitnah memfitnah untuk aku percaya. Tenang tanpa facebook.
  • Isu penjajahan Israel juga jadi perbalahan kita yang jauhnya beribu batu. Orang politik dengan politiknya, orang awam dengan pertikaiannya. Semuanya mengundang tawa yang panjang si Syaitan yang dibelenggu.
  • PKP yang tak berkesudahan! Juga mengundang aktiviti caci maki sesama kita sepanjang Ramadhan lalu. Sikit pun kita tak ingat yang kita sedang berpuasa. Ia meleret-leret sehingga sekarang. Memang selayaknya kita belum menang.
Read more:  Pecah rumah

Dua kali kita belum menang! 1- mengawal nafsu 2- membedung covid-19. Ujian ini masih belum mampu kita atasi. Sikap kita yang ego dan suka menyalahkan orang menjadi faktor terbesar kegagalan ini. Ya, kita masih belum menang!

About Cikgu Hairul

Cikgu Hairul, bukan seorang guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Lepasan UTM dalam bidang Pendidikkan. Kini menjadi tenaga pengajar di salah sebuah Akademi yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia. Tulisannya berkisar kepada apa yang dilalui sepanjang hidupnya. Apa yang baik, boleh diambil menjadi tauladan manakala yang tidak sesuai, jadikan sepadan.

Reader Interactions

Comments

  1. Amar yg berteleku says

    Wednesday, June 9, 2021 at 13:32

    Jom kita off-kan facebook, intagram dan WhatsApp. Kita manfaatkan unlimited call dan SMS. Kita manfaatkan discord.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 · Blogging With Love by Cikgu Hairul.

Porn Central

  • porno carioca
  • porno en español
  • xvideos brasileiro
  • videos pornos