• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Cikgu Hairul

Just another Teacher story

  • Home
  • Contact
  • Polisi
  • InfoKerjaya
You are here: Home / Dari Hati / Lombong Bijih Timah di Sungai Lembing Tarikan Pelancong ke Pahang

Lombong Bijih Timah di Sungai Lembing Tarikan Pelancong ke Pahang

by Cikgu Hairul on Wednesday, March 13, 2013

pintu masuk lombong bijih timah sg lembing
Saya berkesempatan menjadi orang terawal yang dapat melawat terowong bijih timah di Sg Lembing, Pahang yang baru dibuka untuk pengunjung. Lombong bijih timah ke terowong bijih timah? Haha. Biasa kita dengar lombong bijih timah tapi yang ni betul-betul dalam terowong. Terowong ni baru je lagi dibuka setelah ditamatkan operasinya puluhan tahun yang lalu dan sekarang ni masih dalam tempoh promosi sebagai tempat bersejarah. So, harga pun harga promosi lagi la. RM15 seorang. Harga normal nanti RM30.
naik tren sg lembing
Apa yang best? Kita akan dibawa menaiki tren angkut bijih untuk masuk dalam terowong tu. Perjalanan sejauh 80m tu bagi saya pengalaman baru. Biasa naik LRT, smooth je, tapi yang ni lain sikit.. Lepas tu kita kena jalan kaki lebih kurang 1km kat dalam tu. Sepanjang terowong ada la serba sikit info berkaitan sejarah bijih timah di Sg Lembing ni. Ada tayangan bekaitan kehidupan seorang pelombong bijih timah, aktiviti pelombongan dan sebagainya. Memang banyak info yang ramai orang tak tahu..
IMG_3352
Laluan asal pelombong pun masih ada kat sini. Cuma pelancong tak dibenarkan masuk. Kita hanya boleh intai2 je. Agak menakutkan jugak laluan tu.  Gelap dan sempit. Dari info yang diberikan, terowong ni ada 14 tingkat ke bawah. Bayangkan, macam manalah agaknya pelombong dulu duduk berjam-jam kat dalam terowong ni. Makin ke bawah, makin panas. Patutla pelombong hanya pakai seluar pendek dan topi keselamatan ketika berada dalam terowong.
Di penghujung laluan terowong ni, ada tangga menuju ke tingkat atas. Di situ ada simulator lif angkut bijih timah yang digunapakai oleh pelombong. Unik!
IMG_3370
Kalau nak ke sini senang je. Jika melalui expressway (LPT),exit Kuantan pastu ikut je signboard ke Sg Lembing. Jalannya memang jalan kampong yang berliku-liku. Kalau nak naik bas pun boleh. Dari terminal bas Makmur(Kuantan), ambil bas Rapid nombor 500. Bas ni betul-betul berhenti kat depan Muzium Sg Lembing. Pastu, bolehla gunakan khidmat van untuk naik ke terowong ni..guest house pun ada kat sini.. Kawasan Sg Lembing ni sebenarnya kawasan old town orang Cina zaman koboi dulu- dulu. Cuma koboi sini tak naik kuda, koboi ni naik Wish, Grandis, Honda Accord…hehehe.
IMG_3379

 

Read more:  Cerita Awal Tahun Yang Orang Sibuk Ambil Tahu.

About Cikgu Hairul

Cikgu Hairul, bukan seorang guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Lepasan UTM dalam bidang Pendidikkan. Kini menjadi tenaga pengajar di salah sebuah Akademi yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia. Tulisannya berkisar kepada apa yang dilalui sepanjang hidupnya. Apa yang baik, boleh diambil menjadi tauladan manakala yang tidak sesuai, jadikan sepadan.

Reader Interactions

Comments

  1. leeza dayasari says

    Wednesday, March 13, 2013 at 22:00

    aduhai.. jeles tgk u all jalan2 tau.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Thursday, March 14, 2013 at 17:54

      Takpe Liz, nanti kalau dah ada kat sekolah pun berpeluang jenjalan camni. Jalan sambil belajar.

      Reply
  2. Hairul Azni says

    Thursday, March 14, 2013 at 13:22

    Alamak..saya yg tinggal dekat dengan lokasi ni pun belum sampai lagi,cikgu hairul dah sampai..jeles ni.. 😀

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Thursday, March 14, 2013 at 17:53

      Cuti sekolah ni boleh la pegi. Nak best lagi pegi ramai-ramai.

      Reply
  3. hafizmd says

    Thursday, March 14, 2013 at 17:09

    Peluang camni kalau dapat mmg tak boleh lepas. Baru kita tau betapa payahnya mereka dulu2 =)

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Thursday, March 14, 2013 at 17:51

      Sejarah mengajar kita.. Kadang2 bila kita tengok tempat2 macam ni barulah kita sedar, alangkah ruginya kita.

      Reply
  4. suri says

    Thursday, March 14, 2013 at 21:36

    hai..jauh jalan nampak sampai bawah tnah jalannya hee.sy pernah baca degar gugur bercerita tapi untuk alami seperti pis dia atas setakat ini belumlah lagi.

    ada peluang ras anak pergi juga 😉

    Reply
  5. Hazmin Hamudin says

    Friday, March 15, 2013 at 11:16

    Macam menarik je. banyak boleh belajar dekat sini. Rasanya sesuai jugak untuk pelajar2 sekolah buat lawatan dekat sini.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Saturday, March 16, 2013 at 07:19

      Sesuai sangat la. Kalau kita tak reti nak cerita kat murid-murid, ada pegawai-pegawai yang comel lagi cute bersedia menerangkan kat kita satu persatu.

      Reply
  6. TehR says

    Saturday, March 16, 2013 at 00:06

    memang tak berani aku nak masuk dalam terowong ni

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Saturday, March 16, 2013 at 07:18

      Sekarang dah kena berani cikgu. Banyak cerita kat dalam tu.

      Reply
  7. Achik Ezz says

    Tuesday, March 19, 2013 at 20:25

    Huhuhu…pengalaman baru dan info baru..

    Reply
  8. titan says

    Wednesday, March 20, 2013 at 15:59

    kat mana lembingnya nih..

    Reply
  9. Aya says

    Monday, April 1, 2013 at 16:13

    menakutkan lah bila tengok terowong tu..huhu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 · Blogging With Love by Cikgu Hairul.

Porn Central

  • porno carioca
  • porno en español
  • xvideos brasileiro
  • videos pornos