• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Cikgu Hairul

Just another Teacher story

  • Home
  • Contact
  • Polisi
  • InfoKerjaya
You are here: Home / Dari Hati / Minyak naik ke, tak naik ke, sama aje..

Minyak naik ke, tak naik ke, sama aje..

by Cikgu Hairul on Thursday, May 26, 2011

Horrey! harga minyak tak naik. Bersyukur sangat bila pak mail umumkan keputusan kajian rasionalisasi yang dibuat semalam.

Maknanya kita akan mengecapi harga minyak yang murah lagi. RM1.90 seleter, sapa boleh lawan beb. Minyak kita je yang murah. Satu dunia minyak mahal. Hehehehe klakakakaka..

Hei! Jangan suka sangat. Ingat harga tu kekal sampai bila-bila. Nanti harga minyak dunia naik, takkan nak kekal harga tu lagi. Kerajaan pun pikir mana nak korek duit untuk bayar subsidi minyak korang. Banyak tu kerajaan kena tanggung.

Aku pernah bersembang dengan seorang kontraktor cina. Dia cakap ‘minyak naik kita lugi, minyak tak naik pun kita lugi woo’. Kenapa pulak? Aku dengan bengapnya tertanya-tanya. Dia pun cerita la hal sebenarnya. Owh telopong aku mendengarnya.

Read more:  Macam masuk bendang

Katakanlah harga minyak tak naik. Tapi harga minyak dunia naik. Kerajaan terpaksa belanja duit untuk bayar subsidi. Kerajaan pakai duit sapa? Tak ke pakai duit kita. Duit cukai tu la..

Okeh kalau minyak naik pulak, dah tentu kita keluarkan duit sendiri untuk bayar kenaikkan tu. So what? Duit kita juga dia guna.

Sama la macam harga tol. Naik pun kita kena keluar duit. Tak naik pun kita kena keluar duit. Konsepnya sama macam harga minyak tu. Kalau tol tak naik, kerajaan kena bayar pampasan kepada konsesi lebuhraya. Pakai duit sapa? Takkan nak korek poket sendiri. Mestilah pakai duit kita kan?

Read more:  Mungkin Inilah Sebab Sebenar Ibu Bapa Marah Sangat Soalan UPSR Bocor

Fikir-fikirkanlah. Tak payahla nak melalak kalau ada kenaikkan. Tak payahla nak memuji bila harga dikekalkan.
Rakyat ni mentimun. Kerajaan ni durian. Itulah perumpamaannya. Mengesel kita sakit, digesel juga kita sakit. Tak ada bezanya.

About Cikgu Hairul

Cikgu Hairul, bukan seorang guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Lepasan UTM dalam bidang Pendidikkan. Kini menjadi tenaga pengajar di salah sebuah Akademi yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia. Tulisannya berkisar kepada apa yang dilalui sepanjang hidupnya. Apa yang baik, boleh diambil menjadi tauladan manakala yang tidak sesuai, jadikan sepadan.

Reader Interactions

Comments

  1. ejoncb says

    Friday, May 27, 2011 at 14:05

    Setuju dengan pendapat cikgu tu. Bagi saya, dari berpolemik mengenai minyak naik ni baik kita berusaha membangunkan diri bagi berjaya, sekurangnya ada la sumbangan pada negara juga. Boleh bagi income tax banyak, boleh bagi zakat bayak, boleh juga tolong ekonomi. Dari, cakap byk2 tapi kerja dia lepak kedai kopi jer lagi tak menguntungkan.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Saturday, May 28, 2011 at 09:03

      pernah tak dengar ungkapan ” bersyukurlah dengan apa yang ada. Kita kena fikir apa yang kita dah bagi pada kerajaan, jangan asik fikir apa yang kerajaan kena bagi pada kita” Ayat tu biasanya orang2 tua kat johor guna.

      Reply
  2. titan says

    Friday, May 27, 2011 at 19:41

    setuju. sama aje. rakyat gak kena bayar..pak-pak menteri..minyak semua free..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Saturday, May 28, 2011 at 09:00

      Lepas ni cuba jangan jadikan pak menteri tu menteri lagi. Baru dia rasa sama macam kita rasa.

      Reply
  3. Amar says

    Friday, May 27, 2011 at 19:50

    Tapi Konsesi sentiasa untung.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Saturday, May 28, 2011 at 08:59

      Apa kata kita beli syarikat konsesi tu. Pasti untung.. hehehehe

      Reply
      • Zil-el-Saif @ The Encik Saif says

        Sunday, May 29, 2011 at 09:19

        dalam perancangan…

        Reply
  4. afzal laidin says

    Saturday, May 28, 2011 at 07:15

    yg orang komplen sebab tak dapat ketelusan. tapi setju gak dgn pendapat cikgu. Mana-mana pun guna duit cukai gak. Perumpaan yang baik pasal mentimun ngan durian tu.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Saturday, May 28, 2011 at 08:59

      Ketelusan ni yang masalah utama sekarang. Tak tau la nak buat macam mana.

      Reply
  5. sizuka says

    Saturday, May 28, 2011 at 10:05

    nice.suka part hujung sekali yang durian dengan timun tu.memang logik.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Saturday, May 28, 2011 at 15:59

      Entah bila pulak durian nak jadi tempoyak ye. Timun akan tenyeh cukup-cukup.

      Reply
  6. Sabahan Bloggers Club says

    Saturday, May 28, 2011 at 16:53

    Ada juga beza tuan.
    Kalau harga minyak naik, harga barang yang lain akan naik juga. Kos minyak ni, impak dia besar kepada ekonomi negara.

    Reply
    • anif says

      Monday, May 30, 2011 at 11:51

      Betul tu.. 😀

      Reply

Trackbacks

  1. Cukupkah Hanya Dengan Pengimbas Suhu? | Cikgu Hairul says:
    Sunday, April 5, 2020 at 01:07

    […] dia ini ke pasaraya, pergi isi minyak, pegi curik² sembang santai dengan jiran², gi jogging kat taman permainan.. tanpa terfikir pun […]

    Reply

Leave a Reply to Cikgu Hairul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 · Blogging With Love by Cikgu Hairul.

Porn Central

  • porno carioca
  • porno en español
  • xvideos brasileiro
  • videos pornos