• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Cikgu Hairul

Just another Teacher story

  • Home
  • Contact
  • Polisi
  • InfoKerjaya
You are here: Home / InfoKerjaya / Musim Konvokesyen : Selamat Datang Pencari Kerja

Musim Konvokesyen : Selamat Datang Pencari Kerja

by Cikgu Hairul on Thursday, October 20, 2011

musim konvokesyen selamat datang pencari kerja

Sana-sini majlis konvokesyen. Tiap-tiap minggu dalam bulan September sampai bulan Oktober dipenuhi dengan majlis yang gilang gemilang itu. Berapa ramai ye graduan yang dikeluarkan tahun ni? Aku agak-agak paling kurang pun 10000. Yelah kita kan banyak universiti. Itu tak termasuk universiti luar negara. Sangat ramai kan?

Apa akan jadi kalau pasaran pekerjaan tak dapat menempatkan jumlah graduan ini? Sudah semestinya akan ada ramai penganggur di Malaysia. Tambahan pulak kerajaan dan swasta dah meningkatkan umur persaraan sehingga 60 tahun. Ruang yang sepatutnya diisi oleh fresh graduate dah semakin mengecil. Terpaksalah graduan ini mencari alternatif lain untuk mencari sesuap nasi.

Selamat Datang Wahai Pencari Kerja.

Teringat aku kesah 2001 semasa aku mula-mula grad Diploma dulu. Masa tu ekonomi agak gawat. Masing-masing merebut tempat di pasaran pekerjaan Malaysia. Apakan daya, tempat terhad. Ramai jadi penganggur berijazah. Bukannya malas tapi peluang terlalu kecil. Nasib baik kerajaan yang baik hati ada bukak skim sangkutan, skim apprantis, skim latihan graduan dan macam-macam skim lagi pada masa tu. Tidak kurang juga graduan yang menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi dengan harapan bila keluar nanti ekonomi akan pulih. Ternyata hampa!

Gawat = Cari Ilmu.

Harap-harap situasi macam tu tak berulang. Tapi apakan daya. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Di musim graduan naik pentas, kerajaan mengumumkan pengambilan kakitangan awam dibekukan pulak. Siapa-sapa yang nak masuk sektor awam, terpaksa melanggut dulu. Cubaan dari Allah.

Cik adik, cik abang sayang semua. Jangan pening kepala, jangan risau. Allah dah tentukan rezeki masing-masing. Cepat atau lambat je dia datang. Berusaha dan tawakkal kepada Allah Maha Pemberi Rezeki.

Read more:  Resume Dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris?

Apa nak buat?

  • Siapkan resume cantik-cantik dan hantar kepada seberapa banyak majikan yang boleh. Follow up tiap-tiap satu.
  • Persiapkan diri dengan ilmu temuduga. Carilah panduan dan tips-tips berguna tu di internet. Daripada mengadap facebook je cari juga ilmu tambahan.
  • Berani cabar diri sendiri. Maksud aku cuba sesuatu yang di luar daripada bidang yang dipelajari. Sementara menunggu temuduga atau peluang kerja, usah malu cari rezeki dengan kepakaran yang ada. Contohnya kalau anda pandai buat blog, ambil upah buat blog pun satu punca rezeki. Seharian duduk depan internet takkan tak boleh cari sorang dua yang nak upah anda kan. Gunalah ayat-ayat power masa mengayat awek dulu untuk cari pelanggan. Kalau anda boleh siapkan satu blog dengan upah RM100 satu blog pun dah cukup lumayan.
  • Kategori cabar diri yang ni agak extreem. Cuma satu idea. Aku pun tak pernah buat lagi. Ok apa kata sapa-sapa yang ada kepakaran ambik gambar tu duduk kat tepi pantai, stesen komuter, KLCC atau kat mana-mana tempat menarik. Gunakan camera yang boleh print terus dan ambik gambar sapa-sapa yang nak. Target market pasangan bercinta, pelancong atau sapa-sapa sajalah yang sesuai. Kalau satu gambar boleh anda caj RM5 pun dah datangkan rezeki.
Read more:  2 Pantang Larang Dalam Temuduga

Sebenarnya ada banyak lagi idea. Nantilah aku sambung. Sekarang nak fokus pada tajuk.

Teringat kata-kata Prof Diraja Ungku Aziz satu waktu dulu yang mengatakan graduan kita malas dan sangat memilih kerja. Aku malas nak ulas. Tanya pada diri sendiri. Samada kita malas atau kita memilih sangat dengan kerja.

Selamat mencari kerja para graduan semua. Semoga berjaya.

About Cikgu Hairul

Cikgu Hairul, bukan seorang guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Lepasan UTM dalam bidang Pendidikkan. Kini menjadi tenaga pengajar di salah sebuah Akademi yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia. Tulisannya berkisar kepada apa yang dilalui sepanjang hidupnya. Apa yang baik, boleh diambil menjadi tauladan manakala yang tidak sesuai, jadikan sepadan.

Reader Interactions

Comments

  1. Pacifista says

    Thursday, October 20, 2011 at 12:36

    terima je apa kerja yang pertama datang dalam diri kita ni selagi ianya masih halal…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Friday, October 21, 2011 at 07:55

      Betul tu. Jadikan kerja pertama sebagai batu loncatan untuk kerja yang lebih baik.

      Reply
  2. Denaihati says

    Friday, October 21, 2011 at 15:01

    jangan memilih sangat utk pekerjaan pertama. selepas 1-2thn, buat lah keputusan samada kerja tu sesuai atau x.
    x sesuai carilah kerja baru. jangan ambil masa terlalu lama utk bertukar jika kerja memang x sesuai.
    Kadang2 kerja pertama kurang minat, lama2 boleh jadi minat.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Saturday, October 22, 2011 at 14:26

      Betul tu. Kalau peluang yang di depan mata tak di sambar, jangan mimpi peluang lain nak kunjung tiba. Manafaatkan peluang pertama sebaiknya. Jangan kata kita tiada peluang. Itu cuma satu alasan.

      Reply

Leave a Reply to Denaihati Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 · Blogging With Love by Cikgu Hairul.

Porn Central

  • porno carioca
  • porno en español
  • xvideos brasileiro
  • videos pornos