• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Cikgu Hairul

Just another Teacher story

  • Home
  • Contact
  • Polisi
  • InfoKerjaya
You are here: Home / Dari Hati / Normal Baharu Dalam Perniagaan

Normal Baharu Dalam Perniagaan

by Cikgu Hairul on Wednesday, April 29, 2020

Normal Baru dalam perniagaan yang terpaksa kita terima. Online saller, pos, delivery, cod dan macam-macam lagi bentuk yang kita tak pernah terfikir pun selama ni kita akan buat.

Sapa sangka, bulan Ramadhan tak ada bazar Ramadan? Baik pelanggan mahupun peniaga, mungkin tak terfikir langsung macam mana ramadhan tanpa bazar.

Para petani dan nelayan skala kecil dan besar, terkejut dengan Normal Baru. Buntu mereka nak memikirkan macam mana nak jual semua hasil pertanian mereka.

Beruntung bagi mereka yang dah standby, sebelum krisis ini berlaku mereka ada sedikit pengetahuan dan pengalaman handle order online, delivery, cod, dah ada database pelanggan. Mungkin kurang panik dalam menghadapi situasi genting ini.

Macam mana pulak mereka yang tak pernah tahu dan tak nak ambil tahu Normal Baru ini? Cuma tahu menyalahkan kerajaan? Ada segelintir mereka terus down dan tak putus-putus memekak di media sosial menyalahkan pihak lain.

Tetapi ramai juga yang terus meredah suasana genting ini bersama tawakal yang tinggi. Mereka mula berniaga secara online, post iklan dan tawarkan perkhidmatan mereka di group whatsapp kejiranan, page-page pasar dan mana-mana saja yang terlintas di kepala masa ini.

Pelanggan juga menerima perubahan Normal Baru ini. Maka terjadilah jual beli di whatsapp dan facebook. Mencanak-canak order sampai tak terlayan. Yelah, mana nak terima order, mana nak cari bahan mentah, bila nak masak, macam mana nak buat delevery, pening dan akhirnya pelanggan mula kecam.

Sekarang bukan masa untuk mencuba itu dan ini. Tak payah fikir nak buat web macam shopee dan lazada. Fokus menjual di whatsapp dan facebook.

kam, 2020

Sist tempahan yang efektif dapat mengelakkan kita terlepas order, tersilap hantar, terlupa pelanggan dan macam-macam lagi. Paling penting, pelanggan boleh bayar terus ke akaun kita dan tinggal tunggu delivery je.

Mengurus tempahan dari system lebih baik dari menerima tempahan dari whatsapp dan facebook. Dalam masa yang sama, kita dapat menguruskan data pelanggan dengan mudah.

Sekarang macam-macam system pengurusan tempahan orang bangunkan. Harganya boleh tahan juga la. Tapi ada satu sistem ni, harganya RM1 je sehari. Makcik Kiah jual pisang goreng pun mampu tau.

SAYA NAK TAHU

Masih belum terlambat untuk kita memulakan Normal Baharu ini. Kita perlu menghidupkan ekonomi kita semula dengan apa cara sekalipun. Covid-19 ini adalah pemangkin. Lihat hikmah dalam musibah dengan hati yang cerah.

Semoga perniagaan tuan-tuan bertambah maju. Dipermudahkan segala urusan, dan paling penting ada makanan atas meja.

Baca Juga Artikel Ini

About Cikgu Hairul

Cikgu Hairul, bukan seorang guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Lepasan UTM dalam bidang Pendidikkan. Kini menjadi tenaga pengajar di salah sebuah Akademi yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia. Tulisannya berkisar kepada apa yang dilalui sepanjang hidupnya. Apa yang baik, boleh diambil menjadi tauladan manakala yang tidak sesuai, jadikan sepadan.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Blogging With Love by Cikgu Hairul.

Porn Central

  • porno carioca
  • porno en español
  • xvideos brasileiro
  • videos pornos