• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Cikgu Hairul

Just another Teacher story

  • Home
  • Contact
  • Polisi
  • InfoKerjaya
You are here: Home / Dari Hati / Saat Aku Diuji, Sabarlah Wahai Hati

Saat Aku Diuji, Sabarlah Wahai Hati

by Cikgu Hairul on Friday, July 5, 2013

Terasa sukarnya untuk bangkit dan merawat hati. Sedih, pilu dan luluh. Terasa sangat diri tidak berharga lagi.

Berat.. Berat sungguh ujian ini. Tak ada la nak merintih bagai, cuma terpaksa juga diluahkan apa yang terpendam. Bisikan-bisikan syaitan sangat halus. Kenapa engkau masih teruskan perjuangan ini?

Tetapi bila difikirkan semula, kita kan ada Allah yang memberi Rahmat. Sekelip mata Dia boleh mengubah segala-galanya.

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja dengan mengatakan, ‘kami telah beriman’ sedang mereka tidak diuji?” (Surah al-Ankabut: 2)

Disaat dapat panggilan temuduga MARA, hati bukan main gembira. Di saat aku sedang menjalani temuduga, terasa berat benar ujian yang melanda. Pasrah..

Read more:  Jangan Terpedaya Dengan Android Murah Lagi, Trik Penjual Melupuskan Telefon Lama

Penantian kedua pula menjelma. SPP mula mengeluarkan satu persatu panggilan. Namun penantian itu benar-benar menyeksakan. Disaat ramai sahabat pergi berjuang, aku terpaksa bersendirian.

“Sebenarnya engkau tak bersendirian“. Bisikan halus menerjah cuping telinga. Aku tersedar.. ya, aku bukan sendirian. Sekali lagi hati ini terpujuk.

Saat orang lain bergembira, saat kegagalan menimpa, saat menyepi, aku belum temui lagi hikmahnya. Aku tahu hikmah itu tersembunyi. Aku sendiri tidak tahu hikmah yang sangat dahsyat menanti di hadapanku.

Read more:  Amalan harian mudah untuk mendapat pahala

Kepercayaan aku cuma satu, setelah Allah berikan saat-saat itu, Dia pasti akan gantikan dengan yang lain pula.

Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan Allah dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah: ayat 153)

Mungkin Allah hendak menguji lagi, lagi dan lagi. Sehinggalah hati ini cukup bersih untuk menerima apa yang dipinta.

Sabar itu kuncinya. Insyallah Allah akan tunjukkan jalan. Ya Allah kuatkanlah aku..

About Cikgu Hairul

Cikgu Hairul, bukan seorang guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Lepasan UTM dalam bidang Pendidikkan. Kini menjadi tenaga pengajar di salah sebuah Akademi yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia. Tulisannya berkisar kepada apa yang dilalui sepanjang hidupnya. Apa yang baik, boleh diambil menjadi tauladan manakala yang tidak sesuai, jadikan sepadan.

Reader Interactions

Comments

  1. titan says

    Friday, July 5, 2013 at 02:13

    haa..ni sebab apakah pula nih..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Friday, July 5, 2013 at 06:51

      Tak terucap dengan tangan bro.

      Reply
  2. Mohd Shubhi says

    Friday, July 5, 2013 at 11:46

    Walau apapun ujiannya bawa bersabar. Petua terbaik utk tingkatkan kesabaran adalah dengan baca ayat terakhir surah at-taubah (Ayat 129) “cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”

    Reply
  3. fyna says

    Friday, July 5, 2013 at 13:43

    sabar ye. tue namanya ujian. Allah sayang kita sebab tue diberikan ujian dan dugaan.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Monday, July 8, 2013 at 17:53

      Insyallah.. Itu je pun yang mampu dibuat. Sabar, sabar dan sabar..

      Reply
  4. waiman takwa says

    Saturday, July 6, 2013 at 07:19

    Bersabarlah dan bertawakallah
    Dalam Kehidupan Ini
    Sesuatu Yang Terjadi Itu
    Tentu Ada Hikmahnya

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Saturday, July 6, 2013 at 13:02

      Insyallah. Terima kasih atas ingatan.

      Reply
  5. Amirul Bin Ramli says

    Saturday, July 6, 2013 at 09:59

    Betul tu cikgu.. kadang-kadang masa yang menentukan segalanya. Semoga doa cikgu dimakbulkan. 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Saturday, July 6, 2013 at 13:01

      Mudah-mudahan.

      Reply
  6. suri says

    Saturday, July 6, 2013 at 10:08

    mesti kuat jangan sesekali layan perasaan entah ke mana tu..baik ingat Allah banyak-banyak..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Saturday, July 6, 2013 at 13:00

      Insyallah kak

      Reply
  7. ciklaili.com says

    Saturday, July 6, 2013 at 10:23

    Allah uji seseorang mengikut kemampuan masing2. moga terus bersabar dalam menerima ujian ini..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Saturday, July 6, 2013 at 13:00

      Insyallah

      Reply
  8. kakiblog says

    Sunday, July 7, 2013 at 03:32

    ujian hidup adalah lumrah…cuma yang berbeza cara kita melihat sesuatu ujian tersebut…kalau tak macam tu..tak akan ada surah insyirah sebagai penawar kepada ujian melanda.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Monday, July 8, 2013 at 17:53

      Banyak pengajaran dari sesuatu ujian. Redho..

      Reply
  9. Amar says

    Wednesday, July 10, 2013 at 12:36

    Bro,
    Sekali-sekala tu namanya MELENGUH. Itu tak mengapa, asal saja bukan MENGELUH.

    Reply

Leave a Reply to waiman takwa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 · Blogging With Love by Cikgu Hairul.

Porn Central

  • porno carioca
  • porno en español
  • xvideos brasileiro
  • videos pornos