• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Cikgu Hairul

Just another Teacher story

  • Home
  • Contact
  • Polisi
  • InfoKerjaya
You are here: Home / Dari Hati / Salam 30 Ramadhan

Salam 30 Ramadhan

by Cikgu Hairul on Friday, May 22, 2020

Assalammualaikum, salam 30 Ramadhan buat pembaca semua.

Ada tak dalam kalangan sahabat² saya telah berjaya meloloskan diri dari SJR dan dah berada di kampung halaman tercinta?

Ada dengar kot² jiran-jiran kampung telah diziarahi oleh “tetamu istimewa”? Awas! Ramai mata-mata sedang memerhati ni. Kalau belum ada, baguslah.

Dua tiga hari ni mesti rasa tak tenteram kan? Tulah, tak guna juga dapat bebas bersama keluarga tercinta, namun jiwa rasa terseksa dek kerana tertunggu-tunggu kunjungan tetamu istimewa.

Saya memilih untuk berada di atas kayangan sambil menikmati lemang dan rendang yang telah diorder seminggu sebelum puasa haritu. Ketupat nona dengan kuah kacang frozen pun ada juga ni. Ketupat palas frozen bersama serunding daging juga bersedia untuk dinikmati.

Tapi, maaf, saya tak buat open house tahun ni walaupun tahun ni beraya di 🏠 dan tak bertugas macam tahun-tahun dulu.

Selamat menyambut Aidilfitri. Salam perpisahan buat Ramadhan 😭😭. Semoga puasa kita bukan puasa yang cuma mendatangkan lapar dan dahaga. Semoga Ramadhan kali ini mampu menanggalkan segala dosa-dosa kita. Rahmat dan keampunan Allah jua yang kita harapkan.

Amin…

Baca Juga Artikel Ini

About Cikgu Hairul

Cikgu Hairul, bukan seorang guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Lepasan UTM dalam bidang Pendidikkan. Kini menjadi tenaga pengajar di salah sebuah Akademi yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia. Tulisannya berkisar kepada apa yang dilalui sepanjang hidupnya. Apa yang baik, boleh diambil menjadi tauladan manakala yang tidak sesuai, jadikan sepadan.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Blogging With Love by Cikgu Hairul.

Porn Central

  • porno carioca
  • porno en español
  • xvideos brasileiro
  • videos pornos