• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Cikgu Hairul

Just another Teacher story

  • Home
  • Contact
  • Polisi
  • InfoKerjaya
You are here: Home / Dari Hati / Sepinggan Nasi, Sejemput Garam

Sepinggan Nasi, Sejemput Garam

by Cikgu Hairul on Tuesday, April 23, 2013

Sepinggan Nasi PutihPernah tak korang makan sepinggan nasi dan sejemput garam je? Sure, rata-rata daripada kita memang tak pernah. Sesusah mana pun kita, paling kurang pun ada la sayur atau ikan kering. Itu dulu la, sekarang orang kaya je makan ikan kering. Mahal weh!

Cerita makan nasi dengan garam ni memang benar-banar berlaku. Bukan di negara orang lain, tapi kat Malaysia juga. Malahan ia berlaku di kedai mamak di KL. Sungguh tak disangka.

Pada mulanya saya tak percaya. Tapi itulah, jenguk patlima kali juga la nak pastikan ianya benar. Nak ambik gambar tak sampai hati.

Saya perasan ada sekumpulan Bangla berpakaian smart ambik nasi saja dan duduk di satu sudut. Pelik jugak, sebab dia cuma ambik nasi. Lepas tu panggil mamak dan mintak sesuatu. Tak lama kemudian, mamak tu bawak serbuk putih dalam pinggan kecik dan sejag air kosong.

Read more:  Hukum saya masuk neraka

Saya perhatikan lagi. Ada juga diantara mereka yang ambik kuah dal dan dicampurkan dengan nasi. Sebahagian mereka mencampurkan serbuk putih yang saya agak garam tu dalam nasi dan dicurah dengan air kosong. Pasti! mereka makan nasi dan garam berkuahkan air kosong. Dengan penuh berselera mereka menjamah hidangan.

Tiba-tiba hati rasa sayu. Perlakuan mereka betul-betul menyentuh rasa hati. Cepat-cepat muhasabah diri. Mereka sanggup makan macam tu semata-mata nak hidup. Di bumi bertuah ini mereka kumpulkan duit bukan nak melantak semata-mata, mungkin untuk membantu keluarga mereka yang langsung tak jumpa nasi macam mereka. Sedangkan kita kadang-kadang membazir lauk tak hengat dunia.

Read more:  Patutlah Tak Boleh Edit

Dalam perjalanan pulang ke rumah, baru saya terfkir. Kenapa tidak aku ambilkan seketul dua lauk buat mereka. Ambilkan semangkuk sayur buat mereka. Bayaran setakat RM10 bukan besar sangat kalau untuk menjamu mereka. Ish.. bersalahnya aku. Langsung tak ada sensetiviti. Tapi cepat-cepat perasaan itu dibuang jauh. Oh! mungkin juga mereka vegeterian.. 🙂

About Cikgu Hairul

Cikgu Hairul, bukan seorang guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Lepasan UTM dalam bidang Pendidikkan. Kini menjadi tenaga pengajar di salah sebuah Akademi yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia. Tulisannya berkisar kepada apa yang dilalui sepanjang hidupnya. Apa yang baik, boleh diambil menjadi tauladan manakala yang tidak sesuai, jadikan sepadan.

Reader Interactions

Comments

  1. UmmiKami says

    Wednesday, April 24, 2013 at 15:23

    Assalamu’alaikum cikgu.. 🙂

    Memang belas memang kesian….terkenang masa zaman Ummi kecik-kecik dulu waktu belum bersekolah….makan nasi bergaul dengan sisa minyak goreng ikan yang dicampur dengan sedikit garam…memang ketika itu zaman kanak-kanak tidak faham tapi makan ja sambil disuap oleh ibu Ummi….rasanya sungguh sedap berlemak masin….lagilah sedap disuap dari tangan ibu sendiri……..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Wednesday, April 24, 2013 at 19:53

      Waalaikumsalam Umi,
      Pernah juga Umi mengalami situasi macamni.
      Beruntunglah, mesti kesenangan hari ini digunakan dengan sebaiknya kan?

      Reply
      • hafizmd says

        Wednesday, April 24, 2013 at 20:46

        sayangnya, tiap kali kalau ambe makan di kedai, kalau ada 10 meja, lebih separuh ada pembaziran yg byk…

        bukan sekali dua ambe tgk, tp byk kali…sedih tgk situasi camni

        Reply
      • UmmiKami says

        Thursday, April 25, 2013 at 00:33

        Alhamdulillah syukur sangat-sangat walaupun seadanya… 😀

        Reply
  2. staibaqhang says

    Wednesday, April 24, 2013 at 16:02

    tu la… kesian kat depa. kita ni makan pun kadang2 tak habis.. membazir ja

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Wednesday, April 24, 2013 at 19:54

      Bila tengok sendiri situasi macam ni harap-harap ia dapat mengubah sikap kita yang selalu membazir.

      Reply
  3. titan says

    Wednesday, April 24, 2013 at 17:23

    kat sabah dulu..gua nasi dengan kicap aje. sedap gak apa..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Wednesday, April 24, 2013 at 19:56

      Nasi dengan kicap tu biasa. Sesusah kita pun masih mampu beli icap kan?

      Reply
      • titan says

        Thursday, April 25, 2013 at 22:47

        tak. aku tak mampu. kicap tu pau roomate sebelah. haha..

        Reply
  4. suri says

    Wednesday, April 24, 2013 at 17:47

    yg cari duit mmg betul tpi ada gak tka betul huu.wahualam.sedih saya

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Wednesday, April 24, 2013 at 19:57

      Kita fikir positif je. Yang buat tak betul tu mungkin 1 dalam seribu.

      Reply
  5. Along says

    Wednesday, April 24, 2013 at 18:34

    Pengalaman mematangkan hati jiwa dan perasaan . Saya pun kena muhasabah diri.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      Wednesday, April 24, 2013 at 19:57

      Alhamdulillah. Sama2 koreksi diri.

      Reply
  6. Oneblogsocial says

    Wednesday, April 24, 2013 at 20:53

    Terimakasih kerana berkongsi hal ini cikgu

    Reply
  7. Melastik Bintang says

    Thursday, April 25, 2013 at 08:38

    sayu kisah ini… mungkin bro terlupa soal mengambil lauk tu….

    dalam dunia ni masih ada orang yang susah sebenarnya….

    Reply
  8. Hairul Azni says

    Thursday, April 25, 2013 at 14:35

    Mungkin diaorang vegetarian?..haha..setuju..

    Reply
  9. Amar says

    Thursday, April 25, 2013 at 23:22

    Mungkin setakat itu saja yang mereka berkehendak dari dunia ni.

    Reply
  10. Hazmin Hamudin says

    Tuesday, April 30, 2013 at 16:12

    Punya la mereka nak jimat untuk hantar wang saku dekat keluarga. Tapi ada jugak bangla yang berlagak siap mengorat anak dara dekat sini.

    Reply

Leave a Reply to Melastik Bintang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 · Blogging With Love by Cikgu Hairul.

Porn Central

  • porno carioca
  • porno en español
  • xvideos brasileiro
  • videos pornos