• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Certot Cikgu

Cerita Kontot Seorang Cikgu

  • Home
  • Penafian
  • Category
    • Teknologi
    • Jom Fikir
    • Travelog
    • Blogsphere
    • Peringatan
    • Guru
  • Hubungi
You are here: Home / Guru / Serangan Ke Atas Kerjaya Pendidik

Serangan Ke Atas Kerjaya Pendidik

Khairul Amran/7 April 2016/9 Comments

Serangan Terhadap Kerjaya Pendidik
Serangan Terhadap Kerjaya Pendidik

Bertubi-tubi serangan dilakukan terhadap kerjaya pendidik mutaakhir ini. Dari segenap penjuru masyarakat menyerang. Tanpa ada rasa hormat dan rasa belas kasihan. Media arus perdana juga tidak ketinggalan menyentap hati pendidik. Media sosial sudah menjadi medan utama melepaskan geram terhadap pendidik.

Jika dilihat trend ini berlaku bukan sahaja kepada pendidik yang mengajar di sekolah-sekolah, malahan keseluruhan kerjaya pendidik telah diserang dengan amat dahsyat oleh masyarakat. Pendidikan formal dan tidak formal menjadi sasaran kegilaan masyarakat. Lihat sahaja guru-guru yang mengajar agama. Bagaimana mereka dicaci dan dihina sedemikian rupa. Isu bayaran, isu perbezaan pendapat, isu amalan.

Pendidik di sekolah dan universiti juga sering diserang oleh media dan masyarakat. Pantang ada kes, terus mereka jadi mangsa kecaman. Serangan terhadap pendidik bukan sedikit-sedikit. Bagi media, yang penting ialah buat cerita sensasi sehingga pendidik dikecam sampai aib seluruh kerjaya pendidik. Barulah media dan masyarakat puas hati.

Namun bila siasatan selesai dijalankan, kebanyakkannya memihak kepada pendidik. Maknanya pendidik tidak bersalah sama sekali. Sedikit pun media tidak mahu menghulurkan kata maaf. Maka akan adalah pihak memutarbelitkan fakta. Fakta yang direka, ditokok tambah sehingga menggambarkan kerjaya pendidik sangat kotor dan jahanam.

Kenapa dengan masyarakat kita? Apa sudah jadi dengan masyarakat kita? Sakit hati? Iri hati? atau  sudah lupa diri? Apakah masyarakat merasakan mereka lahir sahaja terus menjadi seperti sekarang?

Benarlah kata guru-guru kami. Benarlah kata Nabi kami. Menggalas tugas seorang Nabi ini memang besar cabarannya. Membawa dan memimpin tangan manusia dari lohong kegelapan ke ruang cahaya sangat memenatkan. Risikonya, apabila si buta melihat cahaya, mereka terkejut dan melatah. Latahannya tak dapat dijangka. Terkadang tangan yang memimpinnya juga jadi mangsa.

Agenda penjajah semakin terserlah. Untuk menawan sesuatu tamadun, penjajah akan menghilangkan rasa hormat masyarakat kepada pendidik. Pabila hilang rasa horamat kepada pendidik, tiada siapa yang akan mengikut segala cakap-cakap pendidik. Ilmu tak dapat disampaikan. Masyarakat jadi jahil. Maka mudahlah tentera Dajjal menyerap dalam jiwa-jiwa manusia.

Bertabahlah, bertabahlah, bertabahlah.

Avatar

About Khairul Amran

Seorang manusia biasa yang menulis pandangan peribadinya di sini. Ada kalanya ia kelihatan kering dan karut kepada yang bukan ahlinya. Tulisan ini juga langsung tidak bersandarkan kepada mana-mana sanad dan kajian saintifik. Teruskan membaca di atas pilihan sendiri.

Connect with
avatar
This comment form is under antispam protection
9 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
9 Comment authors
iraKhairul ZamriRaihanah Ahmadsemak samanAni Haryani Recent comment authors
Connect with
avatar
This comment form is under antispam protection

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
Notify of
Amar
Member
Amar

Masyarakat perlukan kambing hitam untuk memikul dosa dan kesalahan. Orang yang luhur mudah dijadikan sasaran. Lemparkan saja tohmahan kepada guru-guru. Senang dan efisyen.

Vote Up0Vote Down  Reply
8 April 2016 12:50
Inspirasi Huda
Guest
Inspirasi Huda

Apa sudah jadi pada masyarakat? Kadangkala sesuatu berita yang disampaikan tidak mendapat kesahihan terlebih dahulu. Budaya menyerang kerjaya pendidik tidak hanya berlaku pada 1 lapisan masyarakat, masing-masing ingin menjuarai ‘penghukuman’ yang belum ditentukan kesalahan.

Vote Up0Vote Down  Reply
11 April 2016 10:05
Jebengotai™
Guest
Jebengotai™

menyalahkan org lain tu kan perkara paling mudah..x sempat nk fikir apa2 dah diviralkan…x perlu tahu hujung pangkalnya..hermm

Vote Up0Vote Down  Reply
11 April 2016 14:57
Hafizul
Guest
Hafizul

Semoga tabah wahai pendidik semua..

Vote Up0Vote Down  Reply
12 April 2016 16:01
Ani Haryani
Guest
Ani Haryani

Bagi yang tidak berada di dalam bidang pendidikan pasti tidak tahu cabaran yang digalas. Sungguh, mendidik satu tugas yang mulia 🙂

Vote Up0Vote Down  Reply
14 April 2016 15:08
semak saman
Guest
semak saman

dua profesion yang sering diserang oleh netizen tanpa mengetahui langsung bidang tugas mereka, iaitu guru dan doktor.

Vote Up0Vote Down  Reply
27 April 2016 22:41
Raihanah Ahmad
Guest
Raihanah Ahmad

bertabahlah cikgu2, kesian juga dgn cikgu dan doktor selalu jadi bahan

Vote Up0Vote Down  Reply
25 May 2016 11:00
Khairul Zamri
Guest
Khairul Zamri

Semoga cikgu-cikgu tabah menghadapi ujian ini, dunia hari ini adalah dunia viral sedikit mencabar

Vote Up0Vote Down  Reply
11 June 2016 05:54
ira
Guest
ira

moga para pendidik terus tabah dalam mendidik anak bangsa walau berdepan pelbagai cabaran pada zaman sekarang

Vote Up0Vote Down  Reply
4 December 2016 16:19

Design a simple life.

Made with by Cikgu Hairul

Facebook / Instagram / Twitter

wpDiscuz