Satu persoalan yang selalu bermain di minda. Iyalah masing-masing ada pendaptnya. Dan semua pendapat itu betul belaka. Mana ada pendapat yang salah kan? Ada blogger guna gantidiri aku, saya, gua, ana, namablog dan macam-macam lagi.
Dalam banyak-banyak tu, mana satu yang menjadi pilihan? Pilihan tu mestilah bersebab dan sesuai dengan identiti yang ingin kita bawakan. Kadang-kadang gantidiri itu juga boleh mencerminkan perasaan si penulis.
Saya…
Penulis ni ala-ala skema. Biasanya blog agak formal. Membahasakan diri sebagai saya itu semua orang merasa selesa. “Saya” istilah yang selamat untuk semua blogger. Blog berniche boleh guna “saya”, blog motivasi pun boleh guna “saya”.
Aku...
Penulis ni biasa-biasa je. Blog kebanyakkan menceritakan perihal “aku”. Cerita peribadi, cerita perasaan, cerita luahan rasa kebanyakkannya menggunakan aku. Bahasa yang agak kasar bagi sesetengah orang. Dalam kehidupan di alam sebenar sekalipun jika kita bahasakan diri sebagai aku kepada orang yang baru dikenali nampak kasar kan? Kalau dengan kawan-kawan “aku” adalah biasa.
Gua…
Penulis memang brutal. Ingin menunjukkan dirinya seorang yang ganas dan mempunyai unsur gangsterisma. Walaupun sebenarnya dalam hati ada taman. Kata gantidiri ini selalunya mencerminkan kemarahan penulis. Bahasa itu kasar, hanya yang selesa sahaja akan terus membaca. Bagi yang tak rasa selesa, walau sepanas mana pun tajuk yang anda sampaikan, mesti pembaca cabut lari.
Ana..
Ala-ala islamik gitu. Agak ke-arab araban. Macam orang agama pun ada. Jangan takut.. Penulis ini menulis ayat takde la kasar. Semua orang pun boleh terima dan tak terasa hati. Kalau nama penulis tu Ana…. Dia pun akan guna gantidiri ana.. Heheh
Nama Blog…
Ini juga langkah selamat. Lebih fleksibel bila mengomen di blog orang lain. Orang akan cepat kenal dengan blog kita.
Aku menggunakan kata gantidiri “aku”. Bagi aku itu lebih mesra. Macam kita dah kenal lama kan? Semua pembaca blog ini adalah kawan-kawan. Tak kesahla baru kenal ke, belum kenal ke, atau yang masih nak kenal ke… Sebat je la.
Ada satu ketika aku menggunakan katagantidiri “saya”. Rasa macam skema je.. Bila baca semula entri tu terasa malu la pulak. Walau apa pun kata ganti diri yang kita gunakan ia tetap merujuk kepada “aku”. Aku seorang blogger.
Apa katagantidiri yang korang guna?
Pacifista says
bagi aku,penggunaan ganti diri ‘aku’ ni lebih sempoi dan berbahasa.sekurang2nya mudah untuk berkawan dan beramah di blog sendiri mahupun blog rakan blogger 😀
Cikgu Hairul says
“Aku” lebih fleksibel..
titan says
aku = lebih kacak. Hehe..
Saya = skema sangat kot. hehe..
sayacomel says
say atau aku. Itu yang selalu guna.
Isu Panas says
wah… bagus..
saya atau admin..
kadang2 letak nama web, mana2 yg sesuai dgn post..
azman says
Aku guna ikut mood..bila tersangat teruja atau idea dtg mencurah2 akan guna aku,bila dalam mood santai guna saya. 🙂