Sejak kebelakangan ini saya malas menulis. Berbanding dengan beberapa bulan lepas, hampir 70% performance menurun. Bukan sibuk dengan kerja, tetapi penyakit MALAS telah datang.
Pada saya sibuk cuma satu alasan yang dibuat-buat. Malas itulah punca sebenarnya bagi seorang blogger tidak menulis. Ahh.. bukan ada yang peduli pun.
Kadangkala jadi pelik. Facebook dan Twitter boleh je update sejam sekali. Tapi nak menulis blog punyalah susah. Idea dalam kepala punyalah banyak. Sampai depan komputer, hancuss!
Update facebook tak sama dengan update blog. Memang tujuannya sama, iaitu menyampaikan sesuatu. Di facebook mudah je nak update. Tulislah apa sahaja yang terlintas depan mata. Kurang memerlukan kajian. Menulis blog sebaliknya.
Seboleh-bolehnya apa yang saya nak sampaikan kenalah ada maklumat, pengajaran, nasihat, teguran, makian dan informasi. Kalaupun bukan untuk orang lain, untuk saya dikemudian hari. Bila tiba penyakit itu, apa pun tak boleh.
Diam dan buat blogwalking jadi pilihan bila penyakit itu datang. Santai dan sembang-sembang dalam komen rakan blogger. Bila dah hilang penyakit tu nanti saya tulis la semula.
Saya taknak semua tulisan saya jadi macam sampah (walau hakikatnya cam tu la.. hehehe) Saya kena dapatkan momentum untuk menulis semula. Lepas terlebih makan daging korban mungkin boleh buat penyakit itu hilang bersama hilangnya nyawa-nyawa peragut itu.
lewisdotmy says
memang betul juga apa yang ditulis, malas tu memang susah nak dihandle
Cikgu Hairul says
nak handle kena cari penghendel yang handal. kalau tak hanyut la kita dalam kemalasan
Leeza Dayasari says
hmmmm leeza ni malas dh tulis status di fb.. twitter tu kekadanglah, sbb bukn ramai follower… update status fb bila ada new entri.
Cikgu Hairul says
pulak dah.. sesekali kita rehat dari hirukpikuk fb dan tweet pun best juga.
babycomel says
saya dgn penyakit M tu memang takleh nak dipisahkan.. idea ada, tp baru start je nak menulis tak bergerak kat situ jgk.. fb? 3hari skali baru la post.. huhu,
nasibla saya ni buka full time, bukan jugak part time blogger. menulis sekadar bercerita. Thanks
Cikgu Hairul says
wah.. sampai tak boleh dipisahkan? kena cari ubat cepat2 ni.
titan says
hemm..aku tulis aje bila aku ada mood. haha..
Cikgu Hairul says
itu yang sebaiknya bro. kalau menulis time takde mood.. hancus la ayat yg keluar.
Jebeng Otai™ says
sama la cikgu..kdg2 xleh paksa2..jdik x seronok pula.. 🙂
zool says
tulis blog mana sama dengan update fb. update fb boleh hentam je. hehehe
Hafizul says
Emm pernah rasa juga apa yang cikgu rasa..susah jugak mencari mood untuk menulis dalam blog ni..memang tak sama FB ngn blog..hehe
shraqs says
Banyak makan daging korban tang lemak kot cikgu… 🙂
Cikgu Hairul says
Lemak dah buang siap2.