Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / TipsMenulis / Blog Mati Tanpa Update

Blog Mati Tanpa Update

31 May 2012 by Cikgu Hairul

Blog tanpa update apakah maknanya? Laman web profile syarikat mungkin ya.. Setahun sekali baru nak update. Bila kita lawat, tarikh terakhir bulan Januari 2011. Mak ai.. lamanya.

Mungkin itu yang akan terjadi bila mod blogging kita menurun. Bagi blogger sepenuh masa mungkin tak jadi masalah ni. Mungkin je.. Kesibukkan bekerja kadang-kadang membataskan aktiviti berblog.

Menulis adalah nadi dalam berblogging. Tanpa tulisan apakah maknanya? Tapi tu la kadang-kadang kita ni sibuk memanjang. Nak mengadap laptop pun susah. Apa yang saya lakukan bagi mengelakkan blog mati tanpa update berlaku.

1. Buat Shedul Entry.

Bila dapat peluang mengadap komputer, catatlah seberapa banyak idea di dalam notepad. Karang sebaris dua ayat. Cari maklumat, karang dan tulis. Sekurang-kurangnya dapat 4 – 5 artikel pun cukuplah. Bagi melengkapkan entri seminggu sekali kita, Shedulkan entry yang kita dah buat. Paling kurang shedulkan entry wordless wednesday. Entry WW je dah ada 4. Cari lagi 4 dah dapat 2 entry seminggu. Kan banyak tu. Cukup bagus la tu untuk blogger separuh masa macam kita.

2. Guna Handset Sebaiknya.

Idea datang tanpa diduga. Kadang-kadang tengah kita naik tren, ada peristiwa mengusik jiwa. Kalau perlu diambil gambar, snap sekeping. Ceritakan dalam 5-6 ayat. Post guna MMS. Bagi smartphone yang ada fungsi email, gunakan sebaiknya. Post guna fungsi email pun boleh.

3. Draf atas kertas.

Ini juga sangat penting. Seelok-eloknya ada sebuah buku dalam poket. Buku ni kita namakan buku idea. Apa sahaja idea yang datang tanpa diduga kita catat. Ia sebenarnya selari dengan tips no 2. Cuma yang no 2 ni kalau ada peristiwa bergambar. Maka bolehla terus guna MMS untuk update blog.

Harap-harap blog kalian tidaklah sampai setahun tak update. Ehh.. Kalian ada dengar berita Pacifista tak? Lama dah dia tak update blog. Kalau ada sesiapa tahu nasib beliau sekarang roger-roger la member kita tu. Rasanya dia dah tak update sejak dari bulan Disember 2011. Saya cuba contact guna email dan fb tak ada jawapan. FB nya juga tak ada update. Apalah yang berlaku ye?

Filed Under: TipsMenulis

Comments

  1. Hafizul says

    31 May 2012 at 10:31

    Oooo kena sediakan buku note ni..kadang2 timbul jugak masalah nk mengarang ni..maklum la tumpuan byk kat kerja lain..haiya…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      31 May 2012 at 20:50

      Buku la.. kalau kertas, takut terbuang.

      Reply
  2. anif says

    31 May 2012 at 11:05

    Mahu jadi blogger perlu ada komitmen. Manfaatkan sepenuhnya teknologi 😀

    Reply
    • Mus says

      31 May 2012 at 11:58

      betul tu.. samartphone banyak membantu untuk updated blog

      Reply
  3. Mus says

    31 May 2012 at 11:57

    saya sendiri kadang-kadang kehabisan idea..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      31 May 2012 at 20:53

      Jalan-jalan cari idea. Saya buat blogwalking je kalau kering sangat idea..

      Reply
  4. shraqs says

    31 May 2012 at 13:37

    Gunakan phone sebaik mungkin utk buat drafting & etc2

    Reply
  5. auc dot com says

    31 May 2012 at 18:53

    biasanya kalau nak cuti lama balik kg dh standy entri utk berapa hari bercuti tu, dan dipublish secara automatik setiap hari

    Reply
  6. arrizz says

    31 May 2012 at 19:02

    takde smartphone..tulis kat notepad jer..hehe

    Reply
  7. Jebeng Otaiâ„¢ says

    31 May 2012 at 23:38

    yela..dh lama juga pacifista x update blognya..ade yg domainnya sdh expired..mungkin mereka ade komitmen lain agaknya..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 June 2012 at 21:24

      pergi tanpa pesan.

      Reply
  8. titan says

    1 June 2012 at 01:23

    dia sibuk sangat kot. takpun, kena posting kerja kat hutan barangkali. hehe..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 June 2012 at 21:23

      mungkin jugak..

      Reply
  9. kulanz says

    1 June 2012 at 01:34

    Idea menulis tu kadang memang ada.. cuma nak susun satu-satu ayat tu agak susah.. tu yang kadang blog terbiar tanpa update

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 June 2012 at 11:16

      jangan terbiar lama-lama bro.

      Reply
  10. Izzuddin Fauzi says

    1 June 2012 at 09:21

    Hahaha… Time tak sebok memang macam2 nak update… Time sibuk terbengkalai terus blog…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 June 2012 at 11:15

      tula pasalnye kena ada rancangan menulis. Kadang2 kita tak perasan dah sebulan tak update. Macam2 sawang ada.

      Reply
  11. chii says

    1 June 2012 at 10:32

    chii pun kadang2 kalau tgh duduk2..tetiba dtg idea..terus amik tepon..type..then save kt draft..kat umah baru trnsfer kt lappy

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 June 2012 at 11:13

      jangan dibuat di dalam tandas.. Hahaha

      Reply
  12. Ahmad Ijat says

    1 June 2012 at 11:49

    Antara sebab kenapa blog AI jarang update. Langsung tak buat tiga-tiga perkara di atas. 🙂

    Reply
  13. tehr says

    2 June 2012 at 09:07

    aku memang ada buat draf
    tapi nak menyudahkannya tu yang ambil masa
    mujur tiap minggu aku masih sempat update

    Reply
  14. muazfaris says

    5 June 2012 at 01:07

    pacifista?? wah.. hilang sesenyap je mamat tu.

    Reply
  15. Master Zuheir says

    10 June 2012 at 01:33

    thanks atas ilmu yang diberi 🙂
    memang kadang2 xde idea.sama juga dengan design.kadang nak kena conteng2 dulu atas kertas.huhu

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      10 June 2012 at 01:44

      sama2. bila bermain dengan idea macam tu la. Kena perah2.. kadang2 tu dah habis perah takmo keluar2 gak.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in