Kenapa bila kita post apa-apa ayat yang ada sikit unsur iklan, facebook akan gaibkan dari pandangan kawan-kawan kita?
Artificial intelligent facebook sudah semakin canggih. Pelbagai bahasa Mekzu ajar supaya dia boleh kenalpasti apa saja yang kau tulis itu adalah iklan.
Apa masalahnya? Masalah besarnya ialah kau mengharap ia menjadi medium free untuk beriklan. Itu silap besar. Mekzu buat platform ini untuk dia kaut duit.
So macam mana nak buat?
1. Kau bayar kat mekzu untuk buat iklan kat tempat dia. Itu pun kalau kau mampu layan harga telaviv dia. Berbaloi juga pulangan dari pelaburan tu.
2. Kau pelbagaikan medium menulis. Contohnya kau buat satu blog atau website, kemudian setting SEO supaya apa yang kau nak iklankan akan jumpa di carian. Tapi yang ini pun kena pandai sebab enjin carian macam google, bing dan Yandex pun nak duit juga. Nak rangking baik, kau bayar. Cuma, kau boleh dapat free kalau tau cara.
3. Kau gunakan pelbagai medium untuk mengiklan contohnya video. Buat video dan upload. Namun nak buat video juga ada seninya. Paling penting tajuk kena memukau. Nak viralkan video tu, tajuk kena power.
Dalam ketiga-tiga kaedah ni, aku suka kat kaedah yang ke dua. Aku dah buat benda ni sejak 2012 lagi. Mungkin nak bertukar kepada yang lain agak sukar.
Cuma, pertimbangan untuk membuat kaedah ke tiga mula timbul bila satu ebook ni ajar macam mana nak buat headline youtube yang power.
Macam-macam yang diajar. Pendek kata ini macam step by step la nak buat video supaya orang excited nak tengok video aku nanti.
Kalau korang pun rasa nak tau macam mana nak buat headline youtube yang power, aku tak reti nak cerita kat sini. Download dan baca sendiri kat sini.
p/s: tengah berjuang cari duit, jangan malu untuk belajar sesuatu yang baru.
Leave a Reply