Sudah banyak teknik blogging efektif dibincangkan oleh blogger diluar sana. Tips untuk menarik pengunjung yang satu ni sangat berkesan. Dilihat dari statistik harian, satu-satu entri boleh menarik sehingga seribu pembaca. Wow! Sangat berkesan kan?
Teknik yang dimaksudkan ialah COPY AND PASTE.
Aku tak nak menggelarkan mereka blogger copycat. Walaupun hakikatnya ramai yang kata macam tu. Aku tengok dah macam kosmo online pun ada. Habis semua entri dari akhbar online dimasukkan. Sebijik sama tak ubah langsung. Kira boleh jadi one stop center akhbar online lah.
Pada aku perbuatan tu tak salah. Blog korang, suka hati la nak tulis apa. Lagipun ada permintaan. Apa nak takut.. Copy and paste je la. Cuma jangan terkejut kalau ada surat saman sampai rumah. Iyelah hak orang kita curi. Takkan selamanya mereka nak diam.
Copy and paste hasil kerja orang memang mudah. Mencuri hasil tulisan orang juga mudah. Cuba fikir apa persepsi pembaca terhadap kita? Adakah kredebaliti kita akan meningkat? Mungkin tidak. Sangat menjengkelkan bila kita search kat google, bukak-bukak blog tu copypaste dari akhbar online. Harapan di hati dapat membaca pandangan blogger, rupanya meleset sama sekali.
Lepas ni jom la kita publish hasil tulisan kita sendiri. Kalau nak cerita yang suratkhabar cerita tu pun boleh cuma kenalah olah ayat dan cara penyampaian. Masukkan sikit cerita sendiri pun takpe. Nampak lebih menarik dan lebih asli. Jadi taklah artikel tu menjengkelkan.
P/S: Pesanan buat diri sendiri juga. Bila traffik macam gampang, terasa nak je copypaste artikel yang best-best pastu publish kat blog ni macam tulisan sendiri, macam harta sendiri. Ya Allah berikanlah aku idea setiap kali aku nak menulis artikel….
anif says
Itu pun yang mudah… Tapi memang tak mencabar minda la. ๐
Cikgu Hairul says
Masa awal-awal berblogging dulu ada juga buat. heheh. Tapi bila dua tiga kali baca rasa malu la pulak. Terus delete dengan blog-blog tu sekali. Ramai yg nak mudah..
anif says
Bila melibatkan fakta memang tiada cara lain. Kena guna kaedah ini. Takut bila diolah semula akan merubah fakta.
Jadi copy & paste bukanlah buruk sangat pun. Asalkan jangan lupa memberi kredit serta nyatakan sumber asal. ๐
supra says
rasanya tmpt encik dan artikel encik kurang sambutan , pasal tu muncul idea encik nak boikot ornag copy n paste . Sebenarnya encik , copy n paste ada hak mereka tertentu . Copy dan letak link laman2 yang terambil artikel tadi jadi org lain akan masuki keruang halaman yg di copy artikel tadi .
Tak boleh menuduh copy n paste ni satu kesalahan jenayah cyber , dorang ni ada juga rasa nak bantu arkitel orang lain dgn menyebar2 berita online . Dari sudut itulah korang akan dapat user dan user dapat pengetahuan dari blog korang …
Sya tengok blog encik lenggang macam dalam gua … Apasal jadi macam ni ? Pasal encik kedekut dgn apa yg encik ada … Orang kedekut ni layak dipanggil bodoh sombong ๐ …
Cikgu Hairul says
First.. thanks sebab mengomen.
Saya tak pernah boikot. Mana ada statement boikot tu? Berikan line dan mukasuratnya.
Mana statement saya kata copy and paste satu kesalahan jenayah cyber? Sila baca guna mata dan akal. Jangan baca tajuk dan terus komen. Statenmen tu ada kat baris ke 9. Sila rujuk semula artikel di atas.
Saya kedekut? Yes itu betul satu tuduhan. Kalau betul sila tunjukkan mana ayat kata saya kedekut.
Meletakkan blog yg copy paste tanpa kebenaran. Oh itu tidak mungkin. Saya guna perisian tynt publisher tools untuk kesan kemana artikel saya pergi. Saya taknak la bagi link percuma kat orang yang copypaste tanpa kebenaran. Yang copy paste dengan kebenaran ok la jugak.
W.HabibuRahman says
Adeh!! gila kesat ayat.Sabar je lah Cikgu.Lawak pon ada.Hahaha..
eliss says
plagiat, memang ramai suka jugak buat benda ni masa dari zaman U lagi..dah terbiasa gamaknya ๐ me kadang2 copy paste jugak artikel menarik tapi olah sendiri jugak lah.. tu tak dikira plagiat. kalau tiru, kena kreditkan ke empunya asal artikel.
Cikgu Hairul says
sesuatu yang efektif, rugi kalau tak buat. betul salah itu peduli apa. betul salah itu cuma tanggapan orang je kan..
lazaac says
hahaha, aku sokong sangat entri ni… aku tgk skrg ni semua berlumba-lumba nak jadi pesaing Harian Metro, Utusan, even Harakah… gaya mengalahkan wartawan… tp satu jer aku nak bgtau, aku pun mcm bro la, dah naik menyampah dan rasa mual jer ngan blogger mcm tu… xde kreativit langsung, nak kata fokus pada niche, pe nyer… copy cat.. :p lucu mcm kartun…
p/s : org lain buat blog, dia pun nak wat… err… ada yg terasa tak..? :p
Cikgu Hairul says
Mestilah ada yg terasa lazaac.. Hehehe. Takpe sapa yg makan cili dia terasa pedasnya.
titan says
cerita aje kat sekolah ko buat apa. Sure ramai nak baca punya.. ๐
Cikgu Hairul says
Syutt.. Takmo cita, nanti orang tau aku ngulo.. Wakaka
yas says
Aku pun kenkadang suka copy paste berita2 jugak…edit sikit dahh…kenkadang bg sumber…kenkadang maleh…ikut mood…org nak komen atau tak, terpulang laa…berblog ikut citarasa dan yg penting happy…
Soal2 lain…kemudian citer…hahaha
Cikgu Hairul says
Betul tu.. yang penting kita happy berblogging. Blog kita acuan kita, citarasa kita.
nizamghazi says
Artikel saya dah banyak kena copycat oleh beberapa blogger
terutamanya tutorial. Header lama saya juga turut dicopy. Malang betul.
Copy tanpa kredit apa2 dan claim itu adalah hasil tulisan mereka.
Nak buat apa ye kalau kena macam tu?
jomkongsi.info says
kalau copy paste, lpas tu ubah2..kira okla…jgnla 100% ciplak haha
Cikgu Hairul says
Itu yang sebaiknya.
chii says
sebab tu jarang chii amik berita2..sebab satunya..x reti nak mengedit2..pastu nak goreng..lagi la..kalau ada pun yg chii copy..renungan2 dan juga cerita motivasi yg boleh memberi kesedaran dan memberi manfaat pada pengguna..tp make sure mention dapat dari sumber mana..so xde la nnt kalau owner tetiba terbaca,,,x terkejut ๐
Cikgu Hairul says
Jangan takde sumber sudah. Nanti jatuh kredebiliti.