Aku tengah membelek-belek artikel yang pernah aku buat beberapa tahun dulu yang aku simpan di dalam cloud storage. Artikel ni betul-betul lama, tak silap aku tahun 2011 semasa aku mula-mula menulis. Ia berkenaan tips menulis buku yang aku dapat dari Dr HM Tuah seorang motivator dan seorang penulis terkenal tanahair. Aku publish semula artikel ini buat tatapan semua.
Alhamdulillah, pagi-pagi dah dapat input berguna dari motivator kecil molek jejaka Muor Terakhir. Celoteh Dr HM Tuah pagi ini berkisar kepada tips penulisan buku. Yup.. Beliau telah menulis sebanyak 97 buah buku. Memang layak nak memberi tips.
Tak Main-main.
Menulis bukan satu kerja mudah. Itu pesan dia. Kerja susah kenalah buat betul-betul. Ramai orang menulis cuma main-main. Hangat-hangat tahi ayam gitu. Kesungguhan kurang ada. Menulis ni kena duduk dalam keadaan tenang. Memanglah gadjet canggih manggih sekarang dah banyak yang kununnya boleh digunakan untuk menulis di mana saja. Sampai diusung ipad merata-rata. Dalam meeting pun nak buka ipad kononnya untuk menulis. Tak jadiknyer tengah ramai-ramai macam tu idea nak datang.
Menulis juga memerlukan keselesaan. Menulis dengan berbaring memang tak jadi sebab berbaring itu untuk tidur. Jadinya nak menulis sila cari tempat yang sesuai macam di rumah dan pejabat.
Kesihatan juga penting bagi seseorang penulis. Tak sihat macam mana nak menulis? Otak yang sihat datang dari tubuh yang sihat. Kan ada ungkapan tu. Entah apa jadinya kan menulis dalam keadaan yang sakit? Mesti carca marba. Idea yang cuba disampaikan juga bercelaru.
Cukup Ilmu.
Satu elemen penting dalam penulisan ialah ilmu. Semua orang ada ilmu. Takkan kita nak sampaikan apa yang orang lain dah tau. Tak ada maknanya. Kita kena menulis apa yang orang tak tahu dan apa yang orang nak tahu. Barulah betul. Macam mana tu? Satu cabaran besar untuk seorang penulis menghasilkan buku kan?
Untuk menyampaikan ilmu yang kita ada perlu kreativiti. Kreatif menulis dan idea kreatif. Gabungjalin kedua-dua elemen penting ini akan menghasilkan buku bestsaller. Percayalah!
Tools Kena Tiptop.
Tools untuk menulis biasanya ialah komputer. Ada juga yang masih menulis guna mesin taip. Ada juga yang masih menggunakan pen dan pensil. Tak kesah la apa tools yang digunakan. Apa yang penting ialah tools itu mesti tiptop. Perkara yang sangat menyedihkan ialah bila tulisan kita hampir siap, tiba-tiba komputer diserang virus. Rasa nak menangis pun ada, rasa nak marah pun ada. Silap haribulan boleh jadi gila.
Dah tau awak tu nak jadi penulis, cari la komputer yang best sikit. Tak de la tengah menulis tiba-tiba mati atau hang. Itu penting supaya tulisan kita tak terbengkalai.
Inilah sahaja yang dapat aku share. Mungkin ada yang terlupa dan tertinggal mohon dimaafi. Kita sedang menuju kemuncak jaya. Aku juga nak turut serta dalam misi memandaikan bangsa dengan penulisan. Sasaran kerajaan menghasilkan 20000 judul buku setahun tak akan tercapai tanpa sokongan kita. Seorang guru, pensyarah, tutor dan ahli akademik lain punya peluang besar untuk menulis. Usah sia-siakan ilmu yang ada ok.
Leave a Reply