Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / TipsMenulis / Wajib Ada

Wajib Ada

28 June 2012 by Cikgu Hairul

Dalam sesebuah rekabentuk blog, apa yang sangat penting bagi saya ialah mudah untuk berjalan-jalan. Butang-butang navigasi sentiasa ada untuk ditekan bila-bila masa dan kemana sahaja yang kita rasa nak pegi. Antara benda yang wajib ada dalam sesebuah blog saya senaraikan di bawah. Ini mengikut citarasa saya lah. Citarasa orang lain saya tak pasti. Secara umumnya sesebuah blog mudah dilayari dan diselongkar bila ada benda wajib ni.

1. Butang Home

Butang home berfungsi untuk kita kembali ke paparan utama. Biasanya ia dilabelkan dengan nama Home, Utama, Rumah, Main dan sebagainya. Bayangkan jika ada pelawat yang datang ke sesuatu entri dari carian google. Mereka berminat mencari informasi lain. Sudah semestinya butang home akan dicari dulu. Tapi bila mereka tak jumpa, butang [x] akan menjadi jalan keluarnya.

2. New Posts

Sidebar blog kita tak perlulah letak bermacam-macam widjet tak mendatangkan manafaat kepada pembaca. Banyak lagi benda wajib boleh kita letakkan di sini. New Post adalah salah satunya. Istilah lain yang mungkin boleh digunakan ialah New Entry, Racent Posts, Tulisan Terkini dan istilah yang seumpama dengannya. Macam juga butang home, New Posts akan menjadikan blog mudah dilungsuri. Kadang-kadang pembaca datang dari entri 4 tahun lepas. Keinginan mereka untuk mengetahui tulisan terbaru jangan dibantutkan dengan tidak meletakkan widjet new posts di sidebar.

3. About

Tak kenal maka tak cinta. Percayalah sedikit informasi di dalam ruangan About akan menjadikan jatuh cinta dengan blog tersebut. Tak payah tulis secara detail, cukuplah sekadarnya. Bukan apa, kadang-kadang pembaca ni nak tau juga siapa yang menulis, latarbelakang penulis dan sebagainya. Bila kita kenal, bolehla usik mengusik, tanya pendapat, tukar fikiran dan kalau bernasib baik kita boleh jelmakan persahabatan di alam sebenar.

Cukuplah tiga je Wajib Ada pada blog. Kalau ada apa-apa penambahan sila beri cadangan kalian di ruangan yang tak pernah ditutup di bawah ni ye.

p/s: sebelum tu, cuba tengok entri pertama saya pasal kenapa blog kurang pengunjung. Mungkin sedikit sebanyak ia boleh membantu memperbaiki mutu penulisan kita. Menulis untuk keabadian.

Salam kejayaan dari perantauan.

Filed Under: TipsMenulis

Comments

  1. anif says

    28 June 2012 at 10:03

    Setuju sangat! ๐Ÿ˜€

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      28 June 2012 at 11:09

      hehe ๐Ÿ™‚

      Reply
  2. sweetkurma says

    28 June 2012 at 11:00

    betul sangat tu cikgu ๐Ÿ˜€

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      28 June 2012 at 11:08

      ๐Ÿ™‚

      Reply
  3. titan says

    29 June 2012 at 00:43

    kira betullah tu. hoho..

    Reply
  4. chii says

    7 July 2012 at 11:47

    mmg antara elemen yg wajib ada dlm blog ๐Ÿ™‚

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 ยท BG Minimalist on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in