Cuti sekolah dah pun berakhir. Tempoh seminggu aku rasakan sangat singkat. Tak banyak benda yang dapat dibuat. Sebelum cuti tu macam-macam perancangan dalam kepala otak ni. Aku terima hakikat, masa tak mengizinkan aku untuk buat semua kerja-kerja tu dalam masa cuti sekolah.
Kembara bermula seawal cuti. Lepas je perjumpaan supervisor PSM, bergegas aku balik ke rumah untuk siapkan tesis apa yang patut. Ingatkan dalam masa sehari boleh siap analisis data, tapi rupanya tak sempat juga. Esoknya… hari Ahad aku teruskan agenda cuti dengan balik ke kampung di Pahang. Sempat juga pegi kenduri member kawin. Malam tu hujan lebat. Cuma sempat tulis 2-3 potong ayat untuk tesis aku. Ahhhhhh… tensen dengan Asus Buruk aku ni. Rasa macam nak tukar MacBook Pro.
Dua hari di Pahang rasa tak betah. Asik teringat KL sebab di Kampung tak ada line internet untuk aku siapkan kerja-kerja aku yang tertangguh dulu. Sebelum cuti sempat juga aku siapkan sebuah Kedai Perfume Online yang aku namakan Perfume Shop. Hari ni semuanya dah selesai.. Alhamdulillah.
Seharian duduk di KL sambil menyiapkan kedai online dan tesis. Masih juga belum selesai. Mak di Johor dah telefon. Tanyakan anak lelakinye ni bila nak balik? Rupanya mak nak buat kenduri hari Rabu malam untuk Arwah Ayahnda. Hari Rabu pagi tu jugak aku balik. Kesian Mak tertunggu-tunggu aku. Adik cerita, pantang mak nampak kereta lalu depan rumah, mesti dia sebut…”Abang dah balik ke?”. Terharunya aku. Hati seorang ibu.. Mungkin rindu pada anaknya ni. Bukan aku tak balik sebelum ni. Baru bulan lepas aku balik. Tak sampai pun 3 minggu rasanya. Takpelah aku buat la yang terbaik untuk membahagiakan Ibuku itu.
Malam itu kenduri Arwah berjalan lancar. Alhamdulillah semuanya dah selesai. Terima kasih kepada Makcik-Makcik aku yang tolong mak masak.
Esoknya hari Khamis, macam biasa la kat pekan ada pasar. Mak dah bekira-kira nak ke JB. Aku berkira-kira nak ikut juga. Buat lawatan ke rumah baru adikku. Besarnyee rumah! First impression bila aku sampai rumah adikku. Alhamdulillah.. Adikku telah berjaya.
Aku tamatkan kembara cuti Mei 2011. Penat, letih, puas. Masa yang ada aku gunakan sepenuhnya. Sampai tak sempat aku menyiapkan tesis yang sepatutnya disiapkan masa cuti sekolah. Heheheheh. Petang Jumaat aku balik KL. Malam tu ada Tuisyen untuk Adik Umu Aiman.
Minggu depan sekolah akan bermula. Aku cuba hadapinya dengan penuh ketabahan.
Leave a Reply