
Gunung Machinchang dan Cable Car, originally uploaded by KHAIRUL AMRAN.
Wah gayat weh naik menda ni. Tapi disebabkan oleh ibu mertua ku teringin sangat naik, kugagahi juga untuk naik kali kedua. Hahaha… Aku dapat free dulu masa first time naik. Maklumlah gunakan pas pekerja. Tapi kali ni aku naik berbayar. Mula-mula tu cuak gak bila tengok harga dia. RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Aku beranikan diri ke kaunter. Walla… Ada diskaun rupanya untuk pemegang mykad. Fuhhh lega rasanya. 4 dewasa dan 3 kanak2 cuma RM75 berapa banyak da diskaun dia bagi.
Kat atas tu macam-macam aksi aku jumpa. Yang paling kelakar tu ada yang merangkak masa kat jambatan gantung dek kerana gayat. Hehehe. Aku cam biasa la.. Rilek di tempat tinggi. Mungkin sebab dah 2 kali aku naik kot aku tak berapa gayat kali ni.
Apapun kat sini boleh la dibanggakan dengan teknologi yang dia gunakan. Sapa la designer dia yang cipta menda cable car ni. Pemandangan dari atas memang Subhanallah… Cantik sangat. Terpesona dengan ciptaan Allah. Tak rugi naik cable car kat gugung machincang.
Leave a Reply